Sila Sediakan Plastik Kerana Takut Anda Termuntah Membaca Entry Ini..Hahahahha!


Raya tahun nih memang sangat best. Semalam aku teman anak - anak buah aku main bunga api. Seronok gila! Hahaha!! Dari kecik lagi aku suka main bunga api. Mungkin sebab aku suka tengok cahaya atau percikan api yang keluar daripada bunga api seperti mana tongkat pari - pari dalam laksamana doremi atau pun percikan bunga api sewaktu sambutan tahun baru.
Aku tak suka main mercun. Mungkin takut hilang jari. Tapi aku suka tengok orang main mercun. Kadang - kadang aku ikut orang main mercun tapi aku tak main pun. Cuma memeriahkan suasana. Hahaha. Semalam dapat melihat macam - macam mercun yang dimain oleh budak - budak di sepanjang jalan dekat rumah aku. Kagum seketika. Rasa macam nak turut serta tapi rasa janggal pula. Hohoho!


Kemudian, aku sedar banyak benda yang aku rasa aku mulai teringin untuk bermain semula. Contohnya, layang - layang. Tapi, aku dekat sini panggil wau jer. Hohohoho! Seronoklah bila waktu kecil. Semua permainan bermusim. Sekarang dah susah nak tengok layang - layang terbang dekat sini. Mungkin budak - budak sekarang lebih fokus pada PS3, Ice Skating, Bowling atau apa - apa permainan moden sekarang.

Raya kali nih meriah. Menu yang dimasak semuanya habis tanpa perlu dibuang - buang. Dapat berjumpa dengan kawan - kawan sekolah memang kenangan yang selalu diimpikan dan kali nih seronok sebab makin ramai kawan - kawan yang datang. Kecewa sikit sebab tak ada transport nak pergi rumah terbuka. Melepas nak jumpa beberapa orang kawan sekolah rendah. Haih!

Tengok kawan - kawan banyak yang dah kerja. Dah ada kereta. Dah boleh pegang duit sendiri. Rasa teringin sangat. Kadang - kadang rasa bosan pula belajar lama - lama nih. Harap habis belajar dapatlah kerja elok - elok. Nak rasa duit sendiri. Nak pegang duit sendiri. Nak kongsi duit dengan mak ayah. Dulu aku pernah kerja dan gaji tak banyak mana. Walaupun hanya mampu belanja mak ayah makan KFC jer tapi rasa puas sangat waktu tu sebab duit sendiri.


Tetamu yang datang terdiri dari rakan mak abah aku dan masing - masing bawa anak dan menantu. Melihat pada anak dan menantu mereka yang berjalan sambil membawa atau mendukung anak membuatkan diri ini tiba - tiba rasa tak sabar nak kahwin. Hahaha! Ada orang komen di status fb aku yang aku nih gatal bila buat status aku nak kahwin cepat - cepat. Tapi, baguslah kahwin daripada rogol atau bersekedudukan bukan? Bila aku cakap macam tu dia rasa bersalah dan minta maaf. Ingat aku marah la tu padahal aku cuma cakap jer. Hahaha!

Yeah! Rupa - rupanya keluarga aku ada genetik kembar. Hahahaha! Jadi, nak cari awek yang ada genetik kembar jugalah. Senang sikit dapat bayi kembar. Hahaha! Cepat! Sesiapa  yang macam Lisa Surihans silalah mengurat saya sementara stok masih ada. Hahaha. Saya dah cetak borang penyertaan nih. Sila minta dan isi yer. Hahahaha! Tiba - tiba tak sabar nak ada anak! Okay! Fine! Nampak macam dah kemaruk nak kahwin pula. Kerja pun tak ada lagi! Tapi, tak apa! Ini sebagai angan - angan yang wajib dikejar untuk menjadikannya kenyataan.


Tak sabar nak habis belajar. Pastu nak kerja betul - betul! Dan nak kahwin! Nak anak kembar(boleh tak taip macam nih?)! Hahahha! Doakan impian menjadi kenyataan.

P/S : Jiwa Aku Kembali Menyukai Bayi Dan Budak - Budak Selepas 3 Tahun! Alhamdulillah!

7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hehehe...nk anak kembar eh...larat ke nk jg tu...
    >_<

    ردحذف
  2. dyna : owh...entah...xpernah ada anak lagi mana tahu larat ker tak? hahaha

    ردحذف
  3. baguih ada angan2 baru da usaha utk capai cita2...

    weh sok nk p raya umah hg ahaha

    ردحذف
  4. oh mercun...taun ni teman kanak2 men bunga api jer...

    dah xde lagi nak men mercun gempak2 macam masa zaman sekolah dulu..

    dah kureng minat.huhu..

    *uwek...*alamk , lupa sedia plastik.huhu

    selamat hari raya bro :)

    ردحذف
  5. He he he....suker baca entri org hepi beraya nih.

    ردحذف
  6. miaahaha! jauh angan2. bagus! xpe. gua doakan nnti anak lu kembar!

    ردحذف
  7. gua rasa dah sampai masa gua kahwin haha nanti hang langkah bendul pula

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم