Seperti mana yang kita semua tahu, Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang amat ditunggu - tunggu oleh kanak - kanak dan juga merupakan hari yang amat menakutkan buat segelintir orang dewasa. Hal ini kerana kanak - kanak akan mula mencongak berapakah hasil 'gaji' mereka pada bulan Syawal manakala orang dewasa pula mula membuat kira - kira berapakah jumlah perbelanjaan mereka pada bulan yang mulia itu.
Jadi, kepada anda di luar sana sama ada masih kecil atau sudah remaja atau pun sudah remaja dan masih ingin mendapatkan duit raya, saya ada sediakan beberapa tips yang sesuai untuk anda semua praktik atau amalkan bagi mendapatkan duit raya atau meningkatkan lagi jumlah duit raya anda yang sedia ada.
1) Carilah Rumah Besar Yang Dipercayai Orang Kaya Yang Dermawan
Cari Rumah Yang Macam Nih! Hahaha.
Pastikan rumah yang anda tuju itu mempunyai ciri - ciri seperti orang kaya yang terkenal dengan sifat pemurah. Jika boleh, cuba buat sedikit kajian untuk mengetahui siapakah 'mangsa' anda pada raya kali ini. Mengikut kajian saya, rumah sebegini selalunya akan memberikan anda duit raya yang agak besar juga nilainya. Bertuah owhhh!
2) Catatkan Nama Pemberi Duit Raya Anda Pada Tahun Ini
Ada Lagi Ker Buku Nih? Hahaha
Anda sudah boleh membeli buku 555 dan juga sebatang pensil 2B untuk mula mencatat siapakah pemberi duit raya anda. Dari sini sahaja anda sudah boleh mengetahui siapakah yang memberikan anda duit raya terbanyak dan boleh dijadikan rujukan pada raya akan datang sebagai rumah yang 'wajib' untuk dilawati. Betul tak?
3) Bawalah Baju Melayu Atau Baju Kurung Lebih
Masukkan pakaian dalam beg nih! Hahaha!
Ini boleh diaplikasikan jika anda keluar beramai - ramai bersama rakan - rakan anda sambil menerjah rumah yang anda sendiri pun tidak kenal siapa penghuninya. Walaupun perkara ini agak berisiko namun ia agak berbaloi kepada anda asalkan anda pandai berlakon sedikit. Mungkin boleh ditukar baju sambil menambah aksesori lain seperti songkok, tudung atau cermin mata.
4) Puji Tuan Rumah Dengan Kata - Kata Yang Cukup Manis
Anda boleh memuji tuan rumah dari segi pakaian, makanan, kuih muih, perabot, kebersihan dan sebagainya. Tunjukkan pujian anda itu dengan menzahirkan keikhlasan pada wajah anda dengan seikhlas mungkin. Mungkin kadang - kadang makanan yang tuan rumah sajikan tidak menepati selera anda namun katakan saja sedap. Insyaallah, jumlah duit raya anda daripada RM1 menjadi RM3. Siapa tahu bukan? Hehehe!
5) Gunakan Kelebihan Pada Diri Jika Ada
Kalau Muka Korang Macam Nih Walaupun Dah Besar..Hah! Tunggu Lagi? Hohoho!
Jika anda selalu dipuji kerana kelihatan seperti kanak - kanak maka ini adalah peluang keemasan untuk anda. Menyamar sahaja menjadi kanak - kanak dan turut serta bersama mereka pergi mengelilingi satu bandar mencari duit raya. Teori ini sesuai digunakan oleh anda yang kelihatan rendah dan berwajah keanak - anakan. Jangan sia - siakan kelebihan anda. Hikhikhik!
Banyak lagi sebenarnya tips - tips yang boleh dikongsi namun cukuplah setakat ini sahaja. Agak bahaya jika segala tips diturunkan kerana orang dewasa akan mula berasa resah jika lebih banyak tips sebegini diberi pada anda semua. Apa - apapun, selamat mengumpul duit raya kepada anda semua.
P/S : Hari Raya Bukanlah Hari Untuk Mengumpul Wang
Tapi Lebih Kepada Mengeratkan Silaturahim Sesama Kita.
haha..mmg bez la bro! aq nk cari byk2..wakakaka~
ردحذفnice tips!
ردحذفleh praktik nih..
=P
haha..terbaek~
ردحذف>>_<<
hahaaa..
ردحذفbrp eh boleh dapat tahun ni?
nak duit raya jgk! =)
ahahah..
ردحذفboleh dipratikkan..
aku agakla hang dah cuba semua ni..haha
tahun ni aku yg kena bagi orang duit dah~
ردحذف=)
bro..ko dapat ker lagi duit raya?jeles aku nih..aku dh x dpt dh..
ردحذفnanti bleh ak p raya umh ang..huhuhu
ردحذفKecik2 dulu senang2 boleh dapat duit raya RM200++. Sekarang dah besar macam haram nak dapat RM50 pun payah. Hahaha!
ردحذفaku akan try praktikkan..
ردحذف-HAPPY RAYA-
tp kalau muka dah tua, badan macam bapak budak, xguna ada taktik2 ni...kompem xberjaya...huhu..sudey...
ردحذفhye shah rukh khan..haha
ردحذفwalawey~ siap ade tips nih :)
ردحذفnk tambah satu lagik.
jgn balek selagi tak dpt duet raye.
haa.. bole tak camtu?
agagagaga~
hahaha ko mmg lawak kan? dh lame tak dpt duit raye. tige thun kt australia, dh takde duit raye dh! nex yer plak dh start keje... T.T ok, zara nk duit raya! XDDD
ردحذفkan bagus aku masih kecil... boleh praktikkan.. huhu
ردحذفak serang umah beso2 dluuuu sambil buat muke sedihhh
ردحذفaku malas nak pulun cari duit raya tahun ni..
ردحذفhaha~
bole try ke ni. kalao ruma besar tu ada pak gad dtny. nak apa gmana :D tak brani ar
ردحذفteringat zaman kecik2 cari wet raya punye la teror bodek tuan uma last last dapat 50sen je punyela kdekut huk3..
ردحذفow ni pun masih dapat wet raya lg tau huahuahua
hans, kau dah cukup dewasa la nak duit raya banyak2. haha
ردحذفp/s: nak duit raya. LOL
ko minat shah rukh khan ke???
ردحذفuhuk..siapa laa sudi bagi aku duit raya tahun ni... :(
ردحذفni bukan macam minta duit raya ni.. ni dah bersungguh2 macam nak paw duit adalah..hehe.. nice2.. :)
ردحذفhans..ko jangan amalkan tips2 ni..ko dah tua tau walau bawah 25 tahun... hahaha :)
ردحذفbagus gak cadangan ni..
ردحذفnti aku suh anak buah aku buat..
hahha...
ردحذفaku nk test petua ni
bapak! Pandai ek ko kembar..
ردحذفGambar x kuar ar, sayang tul!!!.. Aku buka guna hp nie..
Tahun nie aku xde raya g umah mana2.. So xde la duit rayo.. Huhuhuhu. Lain la mcm ko!!!
baguih2 idea nih.. dah la lepas raya nih byk nak pakai duit.. leh try guna tips nih...
ردحذفhehe
ردحذفaku dh aplikasi..
ردحذفtak jadi pun
owh yeah ....
ردحذفnice tips !
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com