Bila Kita Komen Tu..Fikirlah Sikit Perasaan Orang Yang Baca Komen Anda

Kadang - kadang kita rasa bila kita komen benda tu macam lucu atau sebenarnya kita ambil berat pasal orang yang kita komen tu. Tapi, orang yang membaca komen anda mungkin kadang - kadang salah faham dengan apa yang anda tulis atau taip.

Apabila kita menaip maka yang keluar hanyalah angka dan huruf yang menjadi satu perkataan atau satu ayat. Tiada ada langsung bunyi atau nada setiap perkataan yang kita tulis. Jadi, si pembaca komen anda akan membacanya dengan bermacam nada. Mungkin sewaktu anda marah dan menaip dengan penuh kemarahan tetapi orang yang membaca ingat anda sedang gembira dan membaca komen anda dengan rasa lucu.

Kadang - kadang apa yang anda komen itu berbunyi lucu tetapi apabila dibaca dengan rasa tak senang hati maka lain jadinya. Kadang - kadang benda macam nih boleh buat perhubungan yang selama ini baik menjadi buruk. Senang cakap bila kau menulis komen pasal seseorang yang ada pertalian darah dengan orang yang kau komen yang telah pun meninggal dunia maka janganlah bertanyakan benda - benda yang agak sensitif.

Sebagai contoh, entry aku sebelum nih aku menceritakan kesedihan aku sebab tak dapat melihat jasad anak sepupu aku yang baru berusia tak sampai 5 tahun yang meninggal dunia pagi semalam akibat kanser otak buat kali terakhir. Jadi, janganlah persoalkan atau tanya dekat aku,"Macam mana budak umur 5 tahun dah boleh kena kanser otak? Bukan fikir apa - apapun!" Bila aku baca benda tu ibarat macam aku dituduh cuba menipu.

Aku nak bagitahulah kematian nih tak kira tempat. Kalau hari nih kau hidup, esok lusa belum tentu lagi kau hidup. Kadang - kadang kau lihat seorang tua yang terbaring sakit tapi masih bernafas esok harinya. Kadang - kadang kau tengok seorang remaja segar bugar sahaja tapi tiba - tiba esoknya dah meninggal dunia. Macam tu lah juga dengan takdir yang menimpa anak sepupu aku. Sudah Allah tentukan dia akan pergi dahulu dengan cara macam tu. Lagi mau tanya aku soalan - soalan macam tu?

Tolonglah bila komen tu kalau boleh fikir dulu ayat apa nak guna. Kalau nak tahu kau pergilah dekat mana - mana wad kanak - kanak. Budak umur setahun ker dua tahun pun dah ada kena macam - macam kanser. Habis tu kenapa kau tak persoalkan kanak - kanak umur tak sampai setahun dah ada penyakit kencing manis? Celah mana pula dia makan gula - gula ker aiskrim ker sampai baru umur berapa bulan dah dapat penyakit kencing manis? Sebab kau tahu itu penyakit keturunan kau tak persoalkan?

Haih! Serius aku agak rasa marah dengan komen yang aku baca tadi. Mungkin apa yang dia maksudkan sebenarnya lain tapi sebab sususan ayat dia membuatkan maksud yang dia cuba sampaikan tu lari daripada matlamat asal. Jadi, kesimpulannya bila komen tu gunalah perkataan dan susunlah ayat yang menampakkan sedikit hormat. Biar yang komen rasa puas hati dan baca pun faham apa yang cuba disampaikan.

Paling senang aku bagi contoh 2 ayat yang sama tapi bila dibaca dengan intonasi berbeza akan sampaikan mesej yang berbeza juga.

Ayat 1 : Eh, wangi betul awak hari nih! Awak pakai perfume apa? (nada baik)

Ayat 2 : Eh, wangi betul awak hari nih! Awak pakai perfume apa? (nada menyindir)

Sendiri fikirlah!!!!!!!!


P/S : Kalau Entry Panjang Dan Tak Larat Baca! Jangan Baca! Jangan Komen! Ini Baca Pun Baru Suku Lepas Tu Terus Komen! Kalau Komen Tu Tepat Tak Apa! Ini Lari Daripada Tujuan Entry! Baik Tak Payah Komen! Senang! Jujur Pada Diri Sendiri Adalah Lebih Bermakna! 



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

15 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hans,

    takziah ya....
    macam tu laa sikap mereka yang takde sensiitiviti..

    ردحذف
  2. aku sokong kau hans.. kdg2 kita xsedar kita buat org terasa dgn komen kita..

    sorry klu selama aku komen ada buat kau terasa..

    ردحذف
  3. kita ni sebagai penulis terpaksa bersabar sahaja.Kadang kala apa yg hendak diluahkan/disampaikan kepada kamu tu bernada lain tetapi si penulis pula bermaksud lain..

    ردحذف
  4. betul2, taktau apa2 baik jangan komen. jgn berlagak tau sangat. atau jangan mencapub nak jugak komen padahal tak baca entry. jangan jadi pengkomen yg bangang.

    ردحذف
  5. lain org lain ragam ni.
    mybe niat dia nak bergurau tapi bairla kena tempatnye...

    ردحذف
  6. takziah,,moga rohnya dicucuri rahmat Yang Esa. Penyakit datang tanpa mengira usia, walhal kita berjaga-jaga sekalipun. Isu komen nih disebabkan kebebasan bersuara manusia tapi tak pandai ambil kira sensitiviti orang lain.

    ردحذف
  7. banyak orang ..byk ragam..
    ada jenis org sker mcm tu..ada org sker mcm ni..
    kita juga takleh paksa melayu hari2 mkn kari..sbb tu budaya india..begitu juga sebaliknya...

    ermm..internet sumber terbuka..so ramai yang selamba..kerana kononnya selamat..huhuhu..ntah la..

    yang penting kena bersedia dan faham..

    per pun alfatihah untuk sikecil (sedih )

    ردحذف
  8. salam takziah yer..
    adat dalam penulisan.. takut juga lain yang cerita lain yang sampai..

    ردحذف
  9. em? saper? harap bukan akue k ...

    kalau akue, nak minta maaf ... : )

    ردحذف
  10. sbr la yer... tp ko tau mrh gak ye... slalu hepi go lucky je... ngeee... (jgn mrh aku plak)

    ردحذف
  11. hans..takziah..owh manusia tu xde perasaan ker?? joke x bertempat tol.

    ردحذف
  12. salam takziah & al-fatihah
    hans, tenang2 ya

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم