Buat 1 Kebaikan Di Balas 7 Kebaikan

Alhamdulillah! Diberi kesempatan lagi oleh Allah yang maha esa untuk aku sekali lagi menitipkan secebis kata di blog kesayangan ku ini. Aku rasa sangat terharu dan sedikit malu apabila ada seseorang yang telah membuat review pasal blog ini. Terharu kerana ada juga yang sudi buat review tanpa disuruh dan malu kerana gambar aku diletakkan disitu(semestinya wajah yang tengah serabut waktu tu..kurang 0.000001% kekacakan daripada 95% kekacakan yang dimiliki). Hahahaha! Just kidding!

Walaupun review itu tersangatlah simple dan pendek tetapi masih terharu juga. Beliau berkata aku seorang yang tidak kedekut ilmu dan selalu membantunya dalam dunia blog. Entah! Aku pun tak pasti apa yang aku bantu cuma jika ada yang ditanya dan aku mampu tolong maka aku akan tolong sebaik mungkin. Bagi aku tak perlulah kita kedekut ilmu kerana aku masih mengingati kata - kata ustazah yang paling aku suka dan sayang diantara semua ustazah sewaktu aku belajar CTU di semester 3 waktu di Melaka dahulu. Katanya,"Jangan risau untuk membuat kebaikan kerana 1 kebaikan itu akan dibalas 7 kebaikan oleh Allah!"

Memang betul! Ialah! Kita buat kebaikan bukannya semata - mata mengharapkan untuk menerima 7 kebaikan tu tetapi seikhlas mungkin kita buat baik kepada sesiapa yang perlu dan patut menerima kebaikan itu. Jadi, bagi aku tak salah sebenarnya. Kadang - kadang aku pelik juga kepada sesiapa yang terlalu susah untuk berkongsi ilmu atau apa yang mereka tahu kerana mereka mahu menjadi lebih baik daripada orang lain. Sebenarnya tak salah pun berkongsi kerana yakinlah tak akan rugi kamu berkongsi ilmu kamu.

Jadi, disini aku ingin berkongsilah apa yang aku baca di novel Ranggau karya Ramlee Awang Murshid. Baru baca 100 muka surat tetapi menarik. Novel ini novel lama tetapi baru aku berkesempatan untuk membeli dan membaca. Jadi, selamat membaca untuk kesedaran dan manfaat kepada kita semua.


Sabda Rasulullah s.a.w : Bacakanlah Surah Yassin atas orang yang mati diantara kamu. Hadith Riwayat Abu Daud, Nasa-i, Ahmad dan Ibnu Hibban/ membacakan Surah Yassin itu akan memudahkan roh keluar dari jasad. Sebab mati itu didahului dengan kesulitan dan sakarat.



Rasullullah s.a.w bersabda - Daripada Abu Hurairah r.a mengatakan: Apabila mati anak Adam maka putus hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh. Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda : Yang mengikuti mayat itu ke kubur tiga perkara. Dua di antaranya kembali pulang. Hanya satu yang tetap bersamanya. Sedangkan yang tetap bersamanya itu ialah amalannya.



Firman Allah dalam Surah Al - Jumaat ayat 8:- Katakanlah sesungguhnya kematian kamu larikan dirimu daripadanya itu tetap akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t yang mengetahui segala yang tersembunyi dan segala yang nyata, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang pernah kamu lakukan. Allah s.w.t berfirman dalam Surah An-Nisa' ayat 78:- Dimana pun kamu berada namun kamu pasti mati sekalipun di dalam benteng yang tinggi.



Firman Allah s.w.t : Barang siapa yang berdoa, nescaya Aku kabulkan doanya itu. Ibu dan bapanya yang sedang berbaring di lahad menanggung berbagai penderitaan, selalu mengharap - harapkan doa daripada anaknya. 


Disini juga aku ingin memberitahu kepada peminat - peminat novel karya Ramlee Awang Murshid yang berada di sekitar Putrajaya. Novel terbarunya, Rayyan Fantasi akan di lancarkan di MPH, Alamanda pada 4 Disember 2010 ini pada pukul 10.00 pagi manakala di cawangan - cawangan lain hanya akan menjual novel tersebut selepas 4 Disember ini. Jadi, selamat membeli dan membaca yer!



P/S : Tak Sabar Nak Baca Rayyan Fantasi



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. malu ke?
    hahahaaa...
    blogger otai katanye...
    mesti ramai peminat...
    abg hans nak sain...
    hahahaaa..jgn marah!

    ردحذف
  2. dauz : malu sedikit...peminat tak ramai pun...ku bukan orang femes...

    eazy : sila2

    ردحذف
  3. semestinya wajah yang tengah serabut waktu tu..kurang 0.000001% kekacakan daripada 95% kekacakan yang dimiliki

    LOL

    ردحذف
  4. aku pernah baca novel 2 kali jer.. hehe..

    ردحذف
  5. mesti kau banyak tolong die. dats why dia betul2 appreciate. :)

    ردحذف
  6. baguslah macam tu :) biasalah, kebaikan yg tak pernah kita ingat terhadap orang lain adalah lebih bermakna. bukan macam sesetengah orang, buat baik lepas tu balasan diharap. macam.."hari ni aku belanja, esok ko pulak" haha..boleh lak cenggitu, takde ikhlasnya kalau belanja macam tu :)

    ردحذف
  7. wei aku suke la lagu kau ni haha. n yeh, nak sian! artis u~~~ XDDD

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم