Hikayat Sang Ayam, Lembu Dan Kambing Di Aidiladha - Part 1

 Drama: 
Hikayat Sang Ayam, Lembu Dan Kambing Di Aidiladha

Watak - Watak:


Sang Lembu


Sang Kambing


Sang Ayam


Arakian tersebutlah kisahnya berlaku pada setiap kali munculnya hari raya Aidiladha atau mesra disebut hari raya korban. Maka tidak senang duduklah hatta berdiri sekalipun bagi keluarga - keluarga sang ayam, lembu dan kamping sepanjang menunggu ketibaan hari bersejarah tersebut.


Ayam : Hoi sang lembu! Aku dapat berita Haji Dollah kedekut tu buat korban tahun nih. Dengar kata sampai 3 ekor lembu. Betul ker?

Lembu : Betul lah tu! Entah kenapa tahun nih Haji Dollah kedekut tu boleh jadi pemurah pula! Sob Sob Sob! (bercakap sambil menangis)

Kambing : Kenapa dengan kau nih sang lembu? Kenapa kau menangis? Kita kan kawan baik! Cuba beritahu aku! Mana tahu aku boleh bantu kau wahai sang lembu!

Ayam : Kau nih kalau aku kata kau lembab nanti kau marah aku pula sang kambing! Tetapi hakikatnya kau memang lembab betul lah wahai sang kambing! Sudahlah malas mandi! Busuk! Dah tu bengap pula! Memang complete kelebihan kau nih! Hahaha!

Kambing : Kau nih dah kenapa sang ayam? Kau tak puas hati dengan aku ker? Kalau tak puas hati cakap!! Mari kita bertendang! Lihat siapa yang menang!!

Lembu : SUDAHHHH!! Jangan kerana aku menyebabkan kamu berdua bertekak disini!! Wahai kawanku sang kambing! Sebenarnya aku adalah salah seekor daripada 3 lembu yang menjadi pilihan si Haji Dollah tu untuk dijadikan korban tahun nih. Sebab itulah aku sedih! Kesian anak bini aku! Kami baru nak mengecapi keindahan hidup bersama - sama sebagai sepasang suami isteri tapi...tapi...arghhh...aku speechless! Sob sob sob!

Kambing : Ini tak boleh jadi nih! Wahai sang lembu! Kau kena buat sesuatu! Kau tak boleh biarkan perkara ini berlaku! Bantulah sang lembu ini wahai sang ayam yang becok!

Ayam : Itulah! Aku dah cakap dari dulu lagi pada kau wahai sang lembu! Bila makan tu jangan makan terlampau banyak! Ini tidak! Kau degil! Sudahnya sekarang bila kau dah berisi macam nih memanglah kau jadi pilihan Haji Dollah tu! Apa - apapun, aku malas mahu masuk campur! Apa aku kisah! Kalau hari raya korban nih korang dua jer lah yang kena sembelih. Aku selamat! Hahahahaha(gelak jin)

Kambing : Tak guna sungguh dikau wahai sang ayam. Kau bukannya kawan sejati! Pergi kau dari sini sebelum aku kerjakan kau!!

Ayam : Hahahaha! Wahai sang lembu! Jika selama nih aku ada berbuat salah  pada kau maka pada hari ini aku berharap kau maafkan lah aku! Selamat menghayati kehidupan dikau yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi nih dengan gembira. Hahahaha!

Kambing : Tak guna kau! Siap kau aku kerjakan!!


Sang ayam terus berlari selaju kilat sambil ketawa berdekah - dekah manakala sang lembu pula menangis teresak - esak tanpa henti! Sang kambing mendekati sang lembu perlahan - lahan.


Kambing : Wahai sang lembu! Berapa hari lagikah sebelum sampainya hari malang buatmu itu?

Lembu : Lagi 3 minggu! Kenapa wahai sang kambing?

Kambing : Aku ada idea untuk selamatkan kamu wahai sang lembu?

Lembu : Apakah ideanya wahai sahabat karib ku?

Kambing : Idea aku adalah..........................


Bersambung...........

5 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم