Lepas NihTak Payah Beli Baju Dah...Spray Jer Dekat Badan

Berita nih sebenarnya dah lama dan aku dapat tahu benda nih dari surat khabar Kosmo. Memang hajat tu nak kongsi tapi terlupa sampailah tiba - tiba tadi teringat balik pasal benda nih. Itu pun sebab memikirkan nak beli baju baru tapi duit tak ada. Hahahaha.

Ada satu semburan khas dimana semburan ini boleh menghasilkan baju dan dipakai seperti pakaian biasa. Semburan khas ini dicipta oleh seorang pereka fesyen dari Sepanyol iaitu Dr. Manel Torres. Semburan yang mengambil masa selama 10 tahun untuk dicipta itu dihasilkan daripada campuran fiber kapas, polimer dan pelarut untuk membentuk larutan sebelum dimasukkan ke dalam tin aerosol.

Hanya perlu semburkan pada badan dan biarkan ia kering dalam tempoh kurang 15 minit. Semburan yang bertukar menjadi baju segera itu boleh ditanggal, dibasuh dan di pakai semula dan mempunyai pelbagai warna bergantung kepada penyembur yang disembur.







Tapi, bila aku tengok model dia dan cara baju nih dihasilkan maka yang pasti badan kena cun dan tough la. Paling tidak perut tak boleh buncit sebab baju nih fit dan ikut saiz badan. Jadi, kalau dah perut boroi ker atau selambak ke depan tu memang macam tak cantik jer baju yang dihasilkan. Maka, esok akan aku mulakan diet serta gaya hidup yang sihat untuk mengtoughkan diri aku. Hahahaha!

Menu sarapan pagi esok ialah 4 keping roti canai dan 2 pinggan bihun. Amacam? Okay tak diet ala - ala orang Arab nih? Moga dengan diet sihat nih berat badan akan berkurangan dan mencapai target! Hahahahaha! Okaylah! Layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu kejap! Chalo Beteh! Assalammualaikum!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

17 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ko confirm tk bleh, perut obvious hehehe

    ردحذف
  2. izul : hahaha...kuang jaq hang noh...xpa2...tunggu lah aku upah paparazi amik pic perut ang yang 'kurus' tu...hahahaha

    ردحذف
  3. wallaweh. gile best. kalo dapat kat aku, macam2 pesen la aku nak buat :P

    ردحذف
  4. bnyakla menu sarapan tu.
    nice model. ahaks

    ردحذف
  5. haha... tu bukan diet tuh... err, blanja aku roti planta satu bley???

    ردحذف
  6. Baju macam ni aku suka...badan aku pun fit walaupun ada menghadapi masalh kegemukan sikit..haha

    ردحذف
  7. pergh seb baek badan aku cam jacob hahahah boleh la terai..

    ردحذف
  8. satu hal pulak nak cari org tolong sembur..hehehh

    ردحذف
  9. sumpah best!
    tapi badan kalau x best nemang aneh~
    ahahaa

    ردحذف
  10. ko confirm tak boleh nak buat baju cam ni kan. pompuan sape nak try? nti sy tolong semburkan. lalalala~

    ردحذف
  11. Alat doraemon ni.. weh, betul ker ni? tak bagi kesan kepada kulit badan? ada kang bertompok2 hijau ni

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم