Selepas gua nekad pagi semalam nak menonton filem Harry Potter and the Deathly Hallows tu maka gua pun bersiap - siap lah! Adess! Gua baru perasan waktu gua balik Kedah dari Shah Alam gua tak bawa balik baju - baju gua. Jadi, pakaian gua semalam serba hitam lah pula. Macam orang berkabung pun ada. Hahahaha! Lepas tu gua pakai sweater dan warna hitam juga. Haih! Memang black metal tul! Hahahaha!
Sepupu gua datang dengan isteri dia pagi semalam ke rumah gua. Dia tanya gua nak tengok filem 2 Alam ker? Tak tahan tu dia cakap gua macam mat rempit. Ada ker mat rempit berambut pendek dan sekacak gua? Hahahaha! Memang mulut gua laju jer cakap,"Harry Potter!" Hahaha! Tak ada masa gua nak layan filem 40 juta tu. Lepas tu dia tanya gua pergi tengok dengan siapa. Haih! Malas betul gua nak jawab sebab nanti gua rasa loser pula. Hahaha! Gua jawab jugalah gua tengok sorang - sorang lepas tu dia cakap kenapa tak ajak member gua.
Member - member gua semua tengah exam pula sekarang dekat sini. Haih! Yang ada pun tak minat tengok wayang. Daripada gua tunggu geng gua tu memang lah gua tak sempat tengok filem Harry Potter nih jadi gua layan sorang - sorang sudah. Macam tak biasa! Hahahaha! Sampai dekat sana semua datang couple - couple jer. Haram betul! Tercabar juga gua kadang - kadang sebab gua tengok budak - budak tak cukup umur(sekolah menengah kut) dress up macam haram lagi tapi awek semua cun - cun macam amoi. Hahaha!
Lepas tu waktu tengok filem tu ditakdirkan sebelah gua ada dua orang budak kecil! Gua rasa dua orang budak nih datang sendiri lah sebab sampai balik tak nampak pun mak ayah diorang. Gua tengok dari ketinggian macam sekolah rendah. Paling tidak tingkatan 1 ker 2 tapi gua rasa budak darjah 5 ker 6 macam tu lah sebab ketot sangat. Gua dalam kepala otak dah cakap dah memang hancur nanti. Hancur kenapa? Hahahaha.
Sesiapa yang dah tengok filem nih mesti cakap akan terkejut macam nak mati lah apa lah sebab ada scene - scene yang mengejutkan. Gua sebenarnya tak terkejut waktu scene ular besar anaconda tu nak menyerang Hermoine dengan Harry Potter tu sebab gua dah bersedia dah. Dalam otak gua dah set mesti ular tu kuar dengan gigi taring dia nak serang. Tiba - tiba babak tu memang betul - betul ada dan alhamdulillah gua tak menjerit ke apa ker. Tapi budak lelaki sebelah gua nih siap menjerit dan melompat ke kanan atau lebih tepat lagi mengenai badan gua. Nasib gua tak beli popcorn kalau tidak melayang pop corn gua. Hahahah!
Budak tu malu sudah sebab kawan sebelah dia gelakkan dia. Gua pun hilang fokus kejap sebab tahan ketawa. Hahahaha! Sumpah lucu! Orang lain tengah berpeluh - peluh gua pula tengah berpeluh - peluh tahan ketawa sebab budak tu sebelum nih bising sangat. Ketawa tak habis - habis. Lepas tu dia diam lah sekejap dalam 5 minit. Bagus! Aman sikit hidup gua nak tengok filem tu! Hahahaha! Hakikatnya bila kau duduk di sebelah kanak - kanak sugus nih hanya dua perkara jer yang selalu kau akan alami :-
1. Bengang Sebab Bising
2. Ketawa Sebab Lucu
Hahahaha! Apa - apapun, popcorn budak tu sangat menggoda anak tekak gua. Haih! Sedut air pepsi sampai bunyi - bunyi. Nak jer gua jadi gangster macam Giant dalam Doraemon tu lepas tu rampas air dengan pop corn tu. Dah lah gua lapar gila waktu tu! Hahahaha! Okaylah! Gua mahu makan dulu! Chow!
Perhatian Semua :
Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!
hahaha..
ردحذفseronok gua layan cerita lu nie.
lebih terhibur daripada gua layan 2 alam.
*dh berapa pungutan 2 alam tu?
heeeeeeeee
pearls : gua kalau buat filem mesti dapat 50 juta(lagi angkuh dari dr rozmey rupanya aku nih...hahaha)...entah...rasa2 macam dalam video tu kut..hehehe
ردحذفAduh bro. Tengok la 2 Alam filem terunggul abad ni bakal ditayangkan di Hollywood. Supportlah industri rambut cendawan negara kita. Hak tuih
ردحذفpegila beli popkorng dlu. ayyo. aku tercabar tgk bbudak pakai high heels.
ردحذفsume bergaya
ERK~
ردحذفdgn bebudak ye..
biasa lah..
diorang baru nak besar..
teruja la kot.
ehehe...
asal xmintak sikit popcorn tuh.ehehe
Mari Berbicara Hati Ke Hati :
Terima Kasih Cinta
kalau budak kecik duduk belakang seat pulak, mesti kerusi kite gegar sbb dia dok tolak2 dgn kaki.
ردحذفmmg angin betullah!!!
farhan : xbaik kutuk pakcik angkat ko tu paan..hahaha
ردحذفdayah : hah..budak2 pompuan dress up macam anime...hahaha
ayu : tahap kebersihan diragui..tu xnak minta...hahaha
aitot : semalam ada 5 pompuan duduk belakang aku...bergegar juga kerusi...nasib kaki diorang xnaik kepala aku...hahaha
HAHAHAHHAHA
ردحذفlucu lah.
tetibe terase macam aq je kanak2 sugus tu.
haih -.-
patut la antaq msg kat aku, nak ajak tgk wayang ka?
ردحذفkesian ang tgk sorang2 haha
**dekat scene ulaq tu gila ar...cam nak mati terkejut..
Chubby : ko tu kanak2 buluh dah...hahaha
ردحذفgadis kampung bandar : eh,bukanlah..time tu aku dah dalam wayang..motif bukan nak ajak tapi bagi hang jeles ja...hahahaha
cehhh... bajet aku tak tgk lagi plak..
ردحذفpooodahhh
hahaha
heee..aku tunggu nak download je..bersepah kat net ni...
ردحذفlebih suka tengok wayang kat umah..keh keh keh
ردحذفp/s : kesian dr romzey ;p
der, aq lampi la.
ردحذفkanak2 buluh tu ape?
siot kau.
HAHAHAHAHA
uiks pop corn budak pon nk kidnap ke
ردحذفwah! x sabar giler aku nk ke panggung wayang plak hrry potter!!! wai for me!!
ردحذفches! ko dah tengok!!!!
ردحذفtension aq panggung kat tempat aq belum tayang lagi... ades...
nape ko tak tibai je popcorn budak tuh? kalau aq, dah lame selamat dah... hahaha
hahaha...owhh memang tak sabar nak tengok hrrypotter nihh..
ردحذفmakasih yer sudi singgah blog sayer..salam kenal.
nseb baik aku tak menjerit time ular besar tuh keluar!
ردحذفdem!
x puas sgt sebab xbyk aksi huhu
ردحذفRegard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
harry potter memang superb
ردحذفadik aku peminat HP
ردحذفHans, ada tgk tak youtube yang dorang alihkan bahasa dR Rozmey / Romzey (tak ingat nama) tak puas hati pasal kutipan 2 alam tu?
ردحذفKelakar... =)
Ye ke...
ردحذفHihihi...
Vee nie jarang ber'blogging', so kadang2 banyak entry yang tertingal... =p
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com