Pendirian Dan Alasan

Yeah! Semua yang berlaku ada sebab musababnya. Kadang - kadang kita rasa benda itu salah di mata kita tetapi betul di mata insan lain dan begitulah juga sebaliknya. Tidak ada yang akan bersetuju dengan kita 100% walaupun kadang - kadang kita menyoal diri sendiri tentang tindakan orang yang berada di sekeliling kita yang kita rasakan salah tetapi mereka merasakan betul.

Adakalanya kita betul dan adakalanya apa yang kita rasa betul itu sebenarnya salah. Aku tertarik dengan satu kisah ini yang aku lupa dimana aku baca. Kisahnya tentang seorang lelaki yang warak dan sangat alim ditemui mati di dalam sebuah kelab malam atau pub yang penuh dengan pelayan wanita dan golongan - golongan yang rata - rata dikenali sebagai tidak baik di mata masyarakat.

Apabila berita itu heboh diperkatakan orang maka ramai yang membuat kesimpulan bahawa si lelaki warak itu cuma berlakon baik jer tetapi sebenarnya kaki perempuan dan macam - macam fitnah lagi yang disampaikan dari mulut ke mulut. Hakikatnya, lelaki warak itu datang ke situ untuk membawa seorang wanita yang dikenalinya keluar daripada jalan kemungkaran tetapi ditakdirkan mati di kelab tersebut. Namun, niat sucinya telah disalah ertikan oleh orang ramai yang tidak tahu kebenaran sebenar.




Disini, dapat kita simpulkan bahawa kebanyakan manusia sekeliling kita selalunya suka untuk membuat andaian sendiri dan lebih kepada arah negatif tanpa usul periksa. Mereka hanya percaya kepada apa yang mereka fikirkan. Mereka mahu apa yang mereka fikirkan itu menjadi realiti walaupun hakikatnya sebenarnya mereka salah. Menghukum dan menghukum tanpa mengerti maksud sebenar. Itulah realitinya.

Bagi aku semuanya ada pro dan kontra. Jika kita fikirkan negatif dan percaya pada apa yang kita fikirkan tanpa memberi peluang perkara positif mencuri masuk ruang yang ada maka negatiflah jadinya dan begitulah juga sebaliknya. Apa - apapun, masing - masing punya pendapat dan andaian peribadi masing - masing. Tidak semestinya salah dan tidak semestinya betul. Mungkin juga tiada yang betul dan tiada yang salah. Manusia memang rumit.


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

11 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. salam
    saya setuju, setiap benda ada pro and kontra.
    Kadang-kadang sesetgh org ni hanya pandai nak judge membuta tuli,hentam ikut dan tanpa meikirkan baik dan buruk.
    Geram gak pada segelintir golongan yang mcm ni.
    eh, emo lak pagi2 ni.
    btw, nice entry!
    x)

    ردحذف
  2. memang rumit..

    paling bahaya bila asyik memikirkan negatif aje.. alahai.. teringatkn sesuatu bila baca entri ni.. hmm.. (TT__TT)

    ردحذف
  3. pelik kenapa laki tu baik mati kt kelab malam? mmg aku pun pikir bnda x baik jgk ni...

    ردحذف
  4. tak bagus buat andaian kan takut memang tak betul

    ردحذف
  5. betul3..setuju!

    tapi kadang tu kalau dah tegur pun orang masih tetap dengan perangai die...tu pun susah juga..

    ردحذف
  6. Kadang2, 1001 kebaikan yang kita buat, orang tak nampak...
    Tapi 1 kejahatan, sampai bila2 orang ingat...
    Yang penting hati masing2 Han... :)

    ردحذف
  7. btol 2..aq setuju...ramai org yg salah sangka..
    bila kita buat benda baik tp diorang ingatkan kita buat benda jahat..lumrah manusia kot..

    ردحذف
  8. ada satu kisah yang hampir sama di mana seorang mualim mencampuri dan bergaul dengan kaki arak. Beliau sering dikelilingi oleh kaki-kaki arak.
    Dan masyarakat berpandangan bahawa mualim tersebut telah sesat. dan akan menjadi seorang kaki arak juga...

    Tuhan Maha Kaya...

    setelah beberapa tahun..kesemua kaki arak telah kembali ke pangkal jalan dan mereka juga salah seorang mualim....

    *aku lupe name mualim tersebut.. hehehe

    ردحذف
  9. seingat aku...
    wanita yang dikenali oleh orang tu telah bertaubat. Dan die telah mencari saudara lelaki tersebut untuk dijadikan suami. Dan anak mereka merupakan al-hafiz dan antara imam yang tersohor.

    ردحذف
  10. singgah..! =p
    manusia skang mcm2 ragam kan.. slalu nye npk jek slah kite..kite slalu d persalahkan n owg sekeliling akn pndg serong kt kite... pdahal d0rg xtau ape yg blaku sbnrnye.. urmm

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم