Sayang Apa Macam Nih? Budak - Budak Pun Belum Tentu Kau Boleh Tipulah Pakcik!!


Kadang - kadang memang sesuatu perkara atau masalah tu tak ada kena mengena dengan kita pun. Senang cakap urusan mereka bukannya urusan kita atau keluarga kita cuma apabila seseorang itu ialah orang yang kita kenal atau ramai manusia kenal dan apabila cerita itu dijaja atau dicanang hingga menjadi buah mulut ramai orang maka sudah semestinya kita tidak boleh berdiam diri saja melihat.

Hari nih aku agak rajin blogwalking dan aku terpandang satu entry yang mempunyai 2 gambar. Sumpah aku terkejut sebab aku kenal kedua - dua insan di dalam gambar itu. Baru aku tahu manusia itu mempunyai blog dan kerana keinginan ingin tahu kisah disebalik gambar tersebut maka aku pergi dan membaca entry - entry yang berkaitan.

Dari awal aku baca aku dah rasa pelik. Walaupun perkara itu nonsense atau sampah bagi aku tetapi aku tetap baca sampai habis. Baiklah! Senang cakap tak kisahlah kalau perkara itu memang betul - betul terjadi ataupun kisah dongeng atau imaginasi yang dicedok dan dibikin dalam versi sekarang tetapi tidak perlulah disiarkan di blog dan membiarkan beribu - ribu orang membaca. Mungkin kau mahu bagitahu kebenaran tetapi jika kebenaran yang kau buka itu lebih banyak mendatangkan masalah daripada penyelesaian maka kau hentikanlah!

Aku tak kisah kau malu ker kena maki atau apa sekalipun sebab bagi aku kau layak pun terima perkara itu sebab kau yang minta. Tetapi, bila aku lihat setiap entry kau seperti cuba menjatuhkan maruah dan imej orang yang kononnya kau kata sayang maka aku terfikir kau nih lelaki jenis apa? Kau bermain dengan agama atau dengan ayat - ayat baik kau yang cuba menunjukkan kau nih seorang yang baik, berani, beragama dan senang cakap kau cuba tunjuk kau adalah insan yang serba serbi positif tapi hakikatnya tidak. Kau lemah sebenarnya. Kau dah tewas sebelum kau pergi berperang pakcik!

Bagi aku kalau betul kau sayangkan seorang perempuan sama ada kau masih menjalinkan hubungan cinta atau sudah berpisah biarlah baik buruk dia hanya kau dan orang yang terdekat atau keluarga kau sahaja yang tahu. Tak perlu kau memekik terlolong macam si gila untuk bagitahu satu dunia yang kau nih hebat atau pun hero. Sumpah aku sebagai seorang lelaki rasa malu dengan perangai kau! Dan sesungguhnya aku macam tak percaya orang yang baru aku jumpa depan mata baru - baru nih berperangai macam nih.

Bagi aku yang membaca, aku tak kisah sama ada betul atau tak cerita yang kau jaja dalam setiap entry kau tu tapi sudah - sudahlah pakcik! Hentikanlah cerita - cerita mengaibkan kau tu. Kau dah tua! Jagalah maruah kau dan keluarga serta maruah orang - orang yang terlibat dalam entry kau. Fikirlah hari ini kau jatuhkan maruah orang...esok lusa kalau tak kena dekat kau...kena dengan anak cucu kau atau keluarga kau. Allah itu adil pakcik! Sekarang semua bayar cash! Tak perlu tunggu mati baru dapat balasan!

Tolonglah hentikan entry karut - marut kau tu! Tak membina minda pun tapi membina fitnah yang berangkai - rangkai. Kau buka aib orang maka aib kau pun terbuka sama. Bila terbuka satu aib maka aib - aib yang lain pula akan terbuka sedkit demi sedikit. Aku harap kau berubahlah! Sudah - sudahlah tu! Buanglah ego tu pakcik! Pakcik dah besar! Fikirlah elok - elok! Aku harap kau berubah pakcik sebab aku dah cukup malu baca entry - entry kau! Sungguh aib!

Kepada yang lain..tidak kiralah anda benar atau anda salah..saya harap janganlah anda buka aib sesiapa. Jika dia bekas kekasih anda maka anda ingatlah dia pernah membahagiakan anda. Jika dia bekas isteri/suami anda maka ingatlah dia pernah menjaga makan minum anda dan dia adalah emak/bapa kepada anak - anak anda. Tidak perlu mencanang satu dunia yang anda adalah insan yang baik kerana orang luar boleh menilai sendiri siapa anda dan jika betul pun orang luar salah menilai anda maka ingatlah Allah sentiasa bersama orang - orang yang beriman. Assalammualaikum!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Tahu Apa Yang Aku Ceritakan Ini Tak Payahlah Sebut Nama Mereka Atau Letak Link! Aku Rasa Terlalu Aib Sangat Entry - Entry Itu!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

16 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku baru je baca tadi blog yg ko ckp ni.. mmg patut dia stop cerita yg dia jaja tu../

    ردحذف
  2. aq stuju! kalo dah break. xpelu nak buruk2 kan! hee. pesanan utk dri gua jugak nih! ngee~

    ردحذف
  3. aku p0n cm leh teka spe 0rg yg dimaksudkn tuh..
    mmg ke'pakcik'an sungguh

    ردحذف
  4. wah! kebetulan aku sedang melayan cerita manusia tue..rasanya manusia tue lebih bangang dari aku yg budak2 nie..malu weyh... berani bersumpah lak//

    biar ar dia..nanti sumpah mkn sumpah..baru tau..

    pss..dah da anak bini ..dah besar panjang pun perangai macam..... ntah la labu..aduhai

    ردحذف
  5. macam kenal jek
    muehehe~~

    doakan dia sedar cepatcepat~

    ردحذف
  6. oooh, ak ketinggalan sikit
    tak tau pun sape
    xpe lah, tak penting
    yg penting dpt dijadika pengajaran pada org lain

    nice one bro
    try letak link ni suh dia baca,hak3

    ردحذف
  7. abg hans!!!
    nape adik x tau pun ithu blog sape???
    cepat2!!!!
    nak link!!!!!!

    ردحذف
  8. aku xtahu apa2..
    tapi aku rasa dia xpatut aibkan org lain...

    ردحذف
  9. aku kenal ni.. dan dia memang bangang

    ردحذف
  10. biasa la tu nak carik publisiti murahan...tah pape jek pak cik tu kan...

    ردحذف
  11. Kalau nak bercerita pada teman rapat atau keluarga aje cukuplah...
    Kalau kite menceritakan aib orang lain, di akhirat nanti aib kita terpapar dan terbuka luas.
    Orang yang menyimpan aib orang insya-Allah terpelihara aibnya di akhirat.
    Vee tak arif hal agama, tapi cuma apa yang Vee pernah baca...

    ردحذف
  12. cerita pakcik seekers??????



    RUBBISH!!!!

    ردحذف
  13. sangat setuju dengan entri anda...siapa pun kita, simpanlah segala keburukan yg pernah berlaku hanya utk diri kita sahaja..tak baik tayang aib org..sakit agaknya mereka2 ni apatah lagi org yg berumur..

    ~mmg cari publisiti murahan..aid diri sendiri juga akan terdedah nanti..nauzubillah...

    ردحذف
  14. haha mcm aku tau2 je sape tu. ngehehe. pedulikan org mcm tu. jgn gi baca baru dia sedar org tak peduli pun publisiti murahan yg dia buat tu

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم