1) Sikat Tepi
Gaya rambut nih selalunya digayakan sewaktu zaman kanak - kanak sugus a.k.a tadika. Budak - budak kebanyakannya tidak tahu menyikat rambut mereka sendiri. Jadi, ibu bapa mengambil jalan mudah dengan hanya menyikat tepi sahaja rambut anak mereka. Nampak sikit kecomelan dan kebudakan budak itu. Hehehehe! Tetapi, masih ada remaja atau lelaki berusia yang masih menggayakan rambut sebegini sewaktu berumur 20-an atau pun 30-an. Namun, adakalanya rambut sebegini juga sesuai dengan mereka mengikut jenis bentuk dan panjang muka. Kadang - kadang ada juga remaja yang digelar nerd @ skema kerana menggayakan rambut sebegini.
2) Botak
Apabila menginjak ke sekolah rendah mahu pun menengah pasti ramai kanak - kanak atau pun pelajar yang merungut. Kata mereka botak itu tidak hensem! Bagi orang yang tidak sesuai untuk berkepala botak seperti saya maka saya amat bersetuju dengan kenyataan itu 100%. Hahaha! Ini kerana berkepala botak tidak sesuai untuk digayakan oleh semua orang namun ramai juga yang kelihatan kacak jika bergaya botak. Selalunya ketika belajar di sekolah memang kebanyakkan pelajar akan disuruh gunting rambut mereka menjadi botak atau dipaksa membotakkan kepala. Ibu bapa juga selalunya bersetuju dengan gaya ini kerana ia menjimatkan wang. Jika rambut anak masing - masing dipotong pendek maka ia akan cepat pula tumbuh memanjang. Jadi, kasi botak terus! 2-3 bulan lepas tu baru datang balik ke kedai gunting rambut. Jimat wang! Namun, bagi sesiapa yang tidak sesuai berambut botak pasti akan menjerit atau meraung kerana wajah kekacakan mereka terus musnah apabila rambut mereka dibotakkan. Sangat menyedihkan!
3) Belah Tengah
Apabila pemikiran kanak - kanak itu sedikit matang atau sudah pandai untuk mengurat, mengayat dan bercintan - cintun maka gaya rambut belah tengah ini memang menjadi pilihan di waktu dulu. Kategori budak - budak yang jambu, hensem atau berangan nak jadi hensem memang suka menggayakan gaya rambut sebegini. Walaupun saya juga dari kategori kacak tetapi rambut saya tidak sesuai untuk digayakan sebegini(hahahahahaahaha). Gaya sebegini selalunya memerlukan penggunaan minyak rambut yang banyak untuk mengekalkan belahan tengah rambut mereka agar sekata dan kekal setiap masa. Ada juga jenis rambut yang tidak boleh digayakan dengan gaya ini dan jika anda cuba juga untuk menggayakan gayarambut ini takut anda akan diketawakan dan menjadi igauan ngeri sepanjang hidup anda. Jadi, elakkan jika rambut anda tidak sesuai untuk gaya ini.
4) Spike/Mencacak
Zaman dimana budak - budak sekolah menengah di perkenalkan dengan wax, gel rambut dan tancho. Memang kalau ditakdirkan cicak jatuh pun boleh mati tertikam dek kerana rambut yang keras dan terlampau tajam. Hohohoho! Perbelanjaan untuk memberi barang - barang rambut ini juga meningkat bagi mereka yang susah untuk menegakkan rambut mereka. Ada yang kelihatan kacak bergaya dan ada juga yang susah untuk kita bezakan sama ada mereka adalah manusia atau landak. Hahahahha! Walaubagaimanapun, penggunaan tancho dalam hal ini amatlah saya tentang habis - habisan kerana bau tancho itu saja sudah cukup untuk membuatkan saya menyumpah seranah siapa yang memakainya. Hehehehe!
5) Korea Style
Sejak zaman - zaman drama dan lagu daripada Korea mula bertapak di Malaysia nih maka memang ramai lelaki sekarang memilih untuk menggayakan rambut persis pelakon atau penyanyi daripada Korea. Memang berbagai jenis dan gaya yang boleh dicuba. Selalunya gaya ini akan membuatkan seseorang lelaki itu semakin kacak jika mereka kacak dan menjadi kacak jika mereka tidak kacak. Tetapi, ada juga yang menjadi semakin buruk atau lebih tepat boleh dikategorikan sebagai 'Disaster' apabila mereka menggayakan jenis rambut yang tidak sesuai dengan bentuk kepala dan jenis muka. Perbelanjaan juga agak meningkat bagi sesetengah orang yang mahukan gaya ini jika mereka tidak dilahirkan berambut lurus. Jadi, jika anda mampu tidak salah untuk memilih gaya ini bagi dipadankan dengan rambut anda.
Nota Tambahan:
Beberapa komen setakat nih tanya aku,"Mana fesyen rambut Dr. Rozmey?" Selalunya apa - apa fesyen rambut akan menjadi ikutan tetapi adakah orang yang mengikut gaya rambut beliau? Macam tak ada jer jadi ini bukan fesyen rambut yer. Doktor jangan marah yer. Saya tak kutuk doktor pun! Cuma rambut doktor bukan fesyen ikutan ramai. Harap doktor tak terasa hati. Maaf lagi sekali yer!
Jadi, tidak kiralah apa juga gaya rambut anda tetapi yang pasti rambut asal juga adalah yang terbaik dan jika mahu sesekali menggayakan rambut maka pilihlah gaya yang sesuai dengan bentuk kepala, bentuk wajah dan panjang muka anda. Itu penting untuk menjadikan anda lebih kacak daripada biasa. Jadi, adakah anda pernah mengalami atau mencuba kelina - lima gaya rambut di atas? Sila kongsikan pengalaman anda jika ada. Selamat membaca dan moga anda semua terhibur.
suka tgk fesyen korean!
BalasPadamhans style yg mana eh :D
Ahaha. rambut aku memang tercipta untuk spike aja
BalasPadamhahahaa... tergelak aku tgk newboyz tu. nk2 si tomok.. mke x matang lg la kate kn.. pastu blah tgh lak tu..
BalasPadamfesyen rambut korea tu kan . sy rase x semua lelaki sesuai gayakan kot . hee .
BalasPadam4 and 5 hanya seswai untuk sy!!!!
BalasPadamahaks!
ada tak orang tiru stail rambut dr rozmey?hahahha
BalasPadampacak! saya nak pacak haha
BalasPadamhaha cam kene je ngan aku. tapi susun laen.
BalasPadambotak>tepi>tengah>pacak> kolej korea. tapi sudah ke style jacob. ahahahha
gaya tambahan tu kegilaan ramai sekarang..haha
BalasPadamxbleyh blaa dr rozmey pun adeeee.
BalasPadamabu bakar ellaa weyh. ekekeke
salam maal hijrah,
BalasPadamstyle rambut dr romzey pun dlm senarai ek!
keke
lol~ hahahahahahaha
BalasPadamaku skrg korea style? hahaha ko rambut apa plak hans?
BalasPadamdr rozmey punye rambut eksklusif . mana boleh orang tiru ! haha
BalasPadamselain ddr dan belah tangah, gaya rambut yang lain saya terima..
BalasPadamda agak dah..mesti ada ddr..wahahaaha..
BalasPadamstyle rmbut dia la yg pling hot skrg ni..wakaka..
kategori rambut askar mane hans?
BalasPadamsinggah blog ak kalo nak tgok rambut askar..
askar xsmetinya botak tau..haha
HAHAHAHAHA...No 3....tambah satu lagi, style rambut ABU BAKAR ELAH..! HOHO....korean...i hate that hair style! Berserabut...and i'm not into Koreanss...BORING!
BalasPadamhahaha kelakar je rambut cendawan. fesyen wooo
BalasPadamsimple2 sudah... kau plik2 bajet lari lak..miahahahha
BalasPadambetter pilih rambut tomok dulu dari ddr...huhu..:P
BalasPadamgaya rambut saya terbelah belah...huhuhuhu...
BalasPadamsuka rambut panjang dan diikat rapi...
ddr paling terbaik,.heheh
BalasPadamhahahaha!
BalasPadampesen rambut last skali tu yg taley bla xD
even aku bukan laki, tapi aku nak cakap jugak, aku penah buat rmbt sikat tepi, sikat tengah, spike and skang tgah korean. kuang3..
BalasPadamoh botak n ddr tu haruslah tak okay. :P
masuk lah blog mana pon...mesti nama dr rozmey jd bahan gelak...
BalasPadamnice entry :)
BalasPadampernah buat gaya belah tepi, belah tengah dengan botak satu ketika dulu eheh. spike pun pernah tapi pendek jelah. sejak dah jadi ayah ni rambut kena pendek dan kemas, tapi teringin nak buat gaya korean cuma rambut ni tak sesuai je huhu
ak pernah buat semua style except botak
BalasPadamddr punya style pun ak reject dan tendang ke dinding,hak3
rambut aku sikat tepu..
BalasPadambtw..rambut dr romzey pling lawa.
hahahaha
ayat kata 'cicak pon boleh mati' tu
BalasPadambuat sy gelak je coz ckgu sy penah ckp camtu kat sy!haha
wah! hebat2.. kui2x..
BalasPadamikut zaman gak rambut nie..
bace awal leh tahan gelaka ag..
BalasPadamdah sampai bawah, tang dr.rozmey tu.. tersembur nasik dlam mulut..
rambut die mmg 'comel' habes... nk potong rambut cam die ah
4 n 5 superb.. hehe.. yg last tu fesyen ke? xde penah tgk pn.. die sorg je rambut gtu.. hehe..
BalasPadamaku da penah buat sume jenis kecuali dr rozmey punye.haha
BalasPadamnak try buatla. mane tau market up.hehe
aku tak sikat rambut..
BalasPadamrambut justin bieber?
BalasPadambelah tengah = x boleh blah~
BalasPadamgaya rambut yg nmpk tak mandi ada tak en. hans... aku jmpe kt McD td mamat cm tak mandi.. tapi awek cun gle.. pelik :-).. mungkin tak pandang rupa paras kud.
BalasPadamsuka style korea..lalala hehe
BalasPadamsuka style korea.....heheheh
BalasPadamhaha..sengal..nape lar ade jgk rambut dr 2 alam tu.hahaha
BalasPadameh. ada rain.
BalasPadamhi rain? wassup? hehe
paling ske lelaki rambut botak dan cacak... looks macho. ehem2
hahaha...
BalasPadamkenapa perlu melibat kan rambut dr rozmey
haha
xD
like korean style
hahahaha, gaya yang last sekali tuh cantik. hihihihii
BalasPadamtidak..dr 2 alam abang angkat ku
BalasPadamSAYA SUKE STYLE 1 DAN 5.. cOmeL DaN kACHak! hehe~ gatai suda~
BalasPadamKo ni Hans....Asal nak perli2 je guna nama Dr.R...Sian dier....Ahaksss...
BalasPadamPesen rambut yg cm negro tu xde ke? Ala...yg cam bob marley tuuu....pekenamanye tu..mmm..dread lock ke aper ntah...Hihihihi
suka tgk lelaki dgn gaya spike! =)
BalasPadamsuka lelaki potong rambut cam dalam army. it's separa botak. sangat hensem, sangat tough looking! and super neat~~~ :D
BalasPadamwarh , minat yg style korean , haha , tp yg pasti xsesuai lngsung dgn bntuk mke sy :D
BalasPadamhahhahahahahahhahaha..kelakar giler
BalasPadamRambut spike lagi best..Kalau rambut DDr,adeh..
BalasPadamekh.pacik cendawan laaa
BalasPadamhyeee
hahahaha...da agak dah.mesti akn ade dr rozmey.. huhu
BalasPadamrambut aku no 4! hikhik
BalasPadambotak itu pilihan saya.. rambut perempuan pulak next :))
BalasPadampaling suka style korea,tapi bukan sume laki sesuwai buat rambut cmtu..dr rozmey????euwww....ada fringe...
BalasPadamstyle rambut yg last tu buat den mengigau mlm2 kalau terpandang ahhhhhhhhh!!!!
BalasPadamhuhu ! korea style awesome ! tp pd sesiapa yg sesuai laaa . hehe
BalasPadamAku punya rambut No.1, No.4 Dan No.7 Justin bieber.... Hahahah
BalasPadamAku punya rambut No.1, No.4 dan No.7 rambut Justin bieber...Hahahah
BalasPadamAku punya Rambut No.1, No.4 Dan No.7 Rambut justin bieber... Hahahaha
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com