5 Gaya Rambut Mengikut Zaman

1) Sikat Tepi

Gaya rambut nih selalunya digayakan sewaktu zaman kanak - kanak sugus a.k.a tadika. Budak - budak kebanyakannya tidak tahu menyikat rambut mereka sendiri. Jadi, ibu bapa mengambil jalan mudah dengan hanya menyikat tepi sahaja rambut anak mereka. Nampak sikit kecomelan dan kebudakan budak itu. Hehehehe! Tetapi, masih ada remaja atau lelaki berusia yang masih menggayakan rambut sebegini sewaktu berumur 20-an atau pun 30-an. Namun, adakalanya rambut sebegini juga sesuai dengan mereka mengikut jenis bentuk dan panjang muka. Kadang - kadang ada juga remaja yang digelar nerd @ skema kerana menggayakan rambut sebegini.

2) Botak

Apabila menginjak ke sekolah rendah mahu pun menengah pasti ramai kanak - kanak atau pun pelajar yang merungut. Kata mereka botak itu tidak hensem! Bagi orang yang tidak sesuai untuk berkepala botak seperti saya maka saya amat bersetuju dengan kenyataan itu 100%. Hahaha! Ini kerana berkepala botak tidak sesuai untuk digayakan oleh semua orang namun ramai juga yang kelihatan kacak jika bergaya botak. Selalunya ketika belajar di sekolah memang kebanyakkan pelajar akan disuruh gunting rambut mereka menjadi botak atau dipaksa membotakkan kepala. Ibu bapa juga selalunya bersetuju dengan gaya ini kerana ia menjimatkan wang. Jika rambut anak masing - masing dipotong pendek maka ia akan cepat pula tumbuh memanjang. Jadi, kasi botak terus! 2-3 bulan lepas tu baru datang balik ke kedai gunting rambut. Jimat wang! Namun, bagi sesiapa yang tidak sesuai berambut botak pasti akan menjerit atau meraung kerana wajah kekacakan mereka terus musnah apabila rambut mereka dibotakkan. Sangat menyedihkan!

3) Belah Tengah

Apabila pemikiran kanak - kanak itu sedikit matang atau sudah pandai untuk mengurat, mengayat dan bercintan - cintun maka gaya rambut belah tengah ini memang menjadi pilihan di waktu dulu. Kategori budak - budak yang jambu, hensem atau berangan nak jadi hensem memang suka menggayakan gaya rambut sebegini. Walaupun saya juga dari kategori kacak tetapi rambut saya tidak sesuai untuk digayakan sebegini(hahahahahaahaha). Gaya sebegini selalunya memerlukan penggunaan minyak rambut yang banyak untuk mengekalkan belahan tengah rambut mereka agar sekata dan kekal setiap masa. Ada juga jenis rambut yang tidak boleh digayakan dengan gaya ini dan jika anda cuba juga untuk menggayakan gayarambut ini takut anda akan diketawakan dan menjadi igauan ngeri sepanjang hidup anda. Jadi, elakkan jika rambut anda tidak sesuai untuk gaya ini.

4) Spike/Mencacak

Zaman dimana budak - budak sekolah menengah di perkenalkan dengan wax, gel rambut dan tancho. Memang kalau ditakdirkan cicak jatuh pun boleh mati tertikam dek kerana rambut yang keras dan terlampau tajam. Hohohoho! Perbelanjaan untuk memberi barang - barang rambut ini juga meningkat bagi mereka yang susah untuk menegakkan rambut mereka. Ada yang kelihatan kacak bergaya dan ada juga yang susah untuk kita bezakan sama ada mereka adalah manusia atau landak. Hahahahha! Walaubagaimanapun, penggunaan tancho dalam hal ini amatlah saya tentang habis - habisan kerana bau tancho itu saja sudah cukup untuk membuatkan saya menyumpah seranah siapa yang memakainya. Hehehehe!

5) Korea Style

Sejak zaman - zaman drama dan lagu daripada Korea mula bertapak di Malaysia nih maka memang ramai lelaki sekarang memilih untuk menggayakan rambut persis pelakon atau penyanyi daripada Korea. Memang berbagai jenis dan gaya yang boleh dicuba. Selalunya gaya ini akan membuatkan seseorang lelaki itu semakin kacak jika mereka kacak dan menjadi kacak jika mereka tidak kacak. Tetapi, ada juga yang menjadi semakin buruk atau lebih tepat boleh dikategorikan sebagai 'Disaster' apabila mereka menggayakan jenis rambut yang tidak sesuai dengan bentuk kepala dan jenis muka. Perbelanjaan juga agak meningkat bagi sesetengah orang yang mahukan gaya ini jika mereka tidak dilahirkan berambut lurus. Jadi, jika anda mampu tidak salah untuk memilih gaya ini bagi dipadankan dengan rambut anda.

Nota Tambahan:


Beberapa komen setakat nih tanya aku,"Mana fesyen rambut Dr. Rozmey?" Selalunya apa - apa fesyen rambut akan menjadi ikutan tetapi adakah orang yang mengikut gaya rambut beliau? Macam tak ada jer jadi ini bukan fesyen rambut yer. Doktor jangan marah yer. Saya tak kutuk doktor pun! Cuma rambut doktor bukan fesyen ikutan ramai. Harap doktor tak terasa hati. Maaf lagi sekali yer!

Jadi, tidak kiralah apa juga gaya rambut anda tetapi yang pasti rambut asal juga adalah yang terbaik dan jika mahu sesekali menggayakan rambut maka pilihlah gaya yang sesuai dengan bentuk kepala, bentuk wajah dan panjang muka anda. Itu penting untuk menjadikan anda lebih kacak daripada biasa. Jadi, adakah anda pernah mengalami atau mencuba kelina - lima gaya rambut di atas? Sila kongsikan pengalaman anda jika ada. Selamat membaca dan moga anda semua terhibur.

62 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. suka tgk fesyen korean!
    hans style yg mana eh :D

    ردحذف
  2. Ahaha. rambut aku memang tercipta untuk spike aja

    ردحذف
  3. hahahaa... tergelak aku tgk newboyz tu. nk2 si tomok.. mke x matang lg la kate kn.. pastu blah tgh lak tu..

    ردحذف
  4. fesyen rambut korea tu kan . sy rase x semua lelaki sesuai gayakan kot . hee .

    ردحذف
  5. 4 and 5 hanya seswai untuk sy!!!!
    ahaks!

    ردحذف
  6. ada tak orang tiru stail rambut dr rozmey?hahahha

    ردحذف
  7. haha cam kene je ngan aku. tapi susun laen.

    botak>tepi>tengah>pacak> kolej korea. tapi sudah ke style jacob. ahahahha

    ردحذف
  8. gaya tambahan tu kegilaan ramai sekarang..haha

    ردحذف
  9. xbleyh blaa dr rozmey pun adeeee.
    abu bakar ellaa weyh. ekekeke

    ردحذف
  10. salam maal hijrah,

    style rambut dr romzey pun dlm senarai ek!
    keke

    ردحذف
  11. aku skrg korea style? hahaha ko rambut apa plak hans?

    ردحذف
  12. dr rozmey punye rambut eksklusif . mana boleh orang tiru ! haha

    ردحذف
  13. selain ddr dan belah tangah, gaya rambut yang lain saya terima..

    ردحذف
  14. da agak dah..mesti ada ddr..wahahaaha..

    style rmbut dia la yg pling hot skrg ni..wakaka..

    ردحذف
  15. kategori rambut askar mane hans?
    singgah blog ak kalo nak tgok rambut askar..
    askar xsmetinya botak tau..haha

    ردحذف
  16. HAHAHAHAHA...No 3....tambah satu lagi, style rambut ABU BAKAR ELAH..! HOHO....korean...i hate that hair style! Berserabut...and i'm not into Koreanss...BORING!

    ردحذف
  17. hahaha kelakar je rambut cendawan. fesyen wooo

    ردحذف
  18. simple2 sudah... kau plik2 bajet lari lak..miahahahha

    ردحذف
  19. better pilih rambut tomok dulu dari ddr...huhu..:P

    ردحذف
  20. gaya rambut saya terbelah belah...huhuhuhu...

    suka rambut panjang dan diikat rapi...

    ردحذف
  21. hahahaha!
    pesen rambut last skali tu yg taley bla xD

    ردحذف
  22. even aku bukan laki, tapi aku nak cakap jugak, aku penah buat rmbt sikat tepi, sikat tengah, spike and skang tgah korean. kuang3..
    oh botak n ddr tu haruslah tak okay. :P

    ردحذف
  23. masuk lah blog mana pon...mesti nama dr rozmey jd bahan gelak...

    ردحذف
  24. nice entry :)
    pernah buat gaya belah tepi, belah tengah dengan botak satu ketika dulu eheh. spike pun pernah tapi pendek jelah. sejak dah jadi ayah ni rambut kena pendek dan kemas, tapi teringin nak buat gaya korean cuma rambut ni tak sesuai je huhu

    ردحذف
  25. ak pernah buat semua style except botak
    ddr punya style pun ak reject dan tendang ke dinding,hak3

    ردحذف
  26. rambut aku sikat tepu..
    btw..rambut dr romzey pling lawa.
    hahahaha

    ردحذف
  27. ayat kata 'cicak pon boleh mati' tu
    buat sy gelak je coz ckgu sy penah ckp camtu kat sy!haha

    ردحذف
  28. wah! hebat2.. kui2x..
    ikut zaman gak rambut nie..

    ردحذف
  29. bace awal leh tahan gelaka ag..

    dah sampai bawah, tang dr.rozmey tu.. tersembur nasik dlam mulut..

    rambut die mmg 'comel' habes... nk potong rambut cam die ah

    ردحذف
  30. 4 n 5 superb.. hehe.. yg last tu fesyen ke? xde penah tgk pn.. die sorg je rambut gtu.. hehe..

    ردحذف
  31. aku da penah buat sume jenis kecuali dr rozmey punye.haha
    nak try buatla. mane tau market up.hehe

    ردحذف
  32. gaya rambut yg nmpk tak mandi ada tak en. hans... aku jmpe kt McD td mamat cm tak mandi.. tapi awek cun gle.. pelik :-).. mungkin tak pandang rupa paras kud.

    ردحذف
  33. haha..sengal..nape lar ade jgk rambut dr 2 alam tu.hahaha

    ردحذف
  34. eh. ada rain.

    hi rain? wassup? hehe


    paling ske lelaki rambut botak dan cacak... looks macho. ehem2

    ردحذف
  35. hahaha...
    kenapa perlu melibat kan rambut dr rozmey
    haha
    xD

    like korean style

    ردحذف
  36. hahahaha, gaya yang last sekali tuh cantik. hihihihii

    ردحذف
  37. SAYA SUKE STYLE 1 DAN 5.. cOmeL DaN kACHak! hehe~ gatai suda~

    ردحذف
  38. Ko ni Hans....Asal nak perli2 je guna nama Dr.R...Sian dier....Ahaksss...

    Pesen rambut yg cm negro tu xde ke? Ala...yg cam bob marley tuuu....pekenamanye tu..mmm..dread lock ke aper ntah...Hihihihi

    ردحذف
  39. suka lelaki potong rambut cam dalam army. it's separa botak. sangat hensem, sangat tough looking! and super neat~~~ :D

    ردحذف
  40. warh , minat yg style korean , haha , tp yg pasti xsesuai lngsung dgn bntuk mke sy :D

    ردحذف
  41. hahhahahahahahhahaha..kelakar giler

    ردحذف
  42. Rambut spike lagi best..Kalau rambut DDr,adeh..

    ردحذف
  43. hahahaha...da agak dah.mesti akn ade dr rozmey.. huhu

    ردحذف
  44. botak itu pilihan saya.. rambut perempuan pulak next :))

    ردحذف
  45. paling suka style korea,tapi bukan sume laki sesuwai buat rambut cmtu..dr rozmey????euwww....ada fringe...

    ردحذف
  46. style rambut yg last tu buat den mengigau mlm2 kalau terpandang ahhhhhhhhh!!!!

    ردحذف
  47. huhu ! korea style awesome ! tp pd sesiapa yg sesuai laaa . hehe

    ردحذف
  48. Aku punya rambut No.1, No.4 Dan No.7 Justin bieber.... Hahahah

    ردحذف
  49. Aku punya rambut No.1, No.4 dan No.7 rambut Justin bieber...Hahahah

    ردحذف
  50. Aku punya Rambut No.1, No.4 Dan No.7 Rambut justin bieber... Hahahaha

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم