5 Perkara Yang Aku Tak Suka Bila Terperangkap Gara - Gara Kesesakan Jalan Raya

Siapa yang suka terperangkap di atas jalan raya sewaktu berlakunya kesesakan jalan raya atau orang selalu cakap traffic jammed sila angkat tangan tanda setuju? Bukan aku nampak pun. Hahahaha! Tetapi, aku rasa aku suka jika semasa traffic jammed ada kereta dekat sebelah aku ada gadis - gadis yang ayu dan cun melecun macam Lisa Surihani. Itu kalau lama pun tak apa. Hehehehe!

Okaylah! Kali ini aku nak kongsi beberapa perkara yang aku tak suka apabila terperangkap di atas jalan raya kerana masalah kesesakan jalan raya iaitu :-


1) Bila 'Dia' Datang


Bila si 'dia' datang memang sangat menakutkan tambah - tambah bila si 'dia' itu sudah tidak sabar - sabar lagi mahu melihat dunia luar. Bayangkan bila kau terperangkap di jalan raya yang sedang sesak dan kenderaan kau itu berada di atas jambatan di mana tidak ada mana - mana tempat yang boleh kau tuju jika terdesak untuk melepaskan si 'dia' pergi darimu. Korang tahu si 'dia' tu apa? Si 'dia' itu adalah bahan kumuh yang terhasil daripada pemakanan korang. Hohoho! Derita beb bila sakit perut lepas tu kereta kau berhenti pula atas jambatan. Nak melabur pun tak boleh! Nak tahan pun dah tak boleh dah sebab dah mencapai tahap bahaya! Sama ada memang korang derita atau pun memang terberak dalam seluar sudah! Hohoho! Ada pengalaman? Kongsikan!


2) Bila 'Si Air' Datang


Lebih kurang macam kes pertama tadi. Bagi lelaki mungkin mudah kerana paling tidak boleh mengambil botol air jika keadaan betul - betul terdesak. Tetapi,bayangkan jika bersama dengan rakan - rakan wanita? Mesti malukan? Hohohoho! Memang derita beb nak tahan kencing nih kalau waktu tu dah memang nak kencing sangat - sangat! Kalau waktu tu kereta sejuk gara - gara aircond atau pun hari tengah hujan pun mesti muka berpeluh jer tahan kencing. Inilah punca kadang - kadang orang sanggup kencing di semak, pokok atau longkang gara - gara tidak mahu seluar sendiri basah dan berbau hancing. Anda ada pengalaman sebegini? Kongsikan!


3) Petrol Dah Nak Habis

Hal ini pun agak menakutkan kepada pemandu - pemandu sewaktu kesesakan jalan raya yang teruk berlaku. Jika petrol habis di tempat yang berdekatan dengan stesen minyak mungkin tidak ada masalah tetapi jika kereta mereka kehabisan minyak di kawasan yang sangat jauh dengan stesen minyak memang memeritkan. Ditambah pula kalau waktu tu hari sedang hujan. Memang derita beb! Jadi, isilah minyak jika mahu berjalan jauh atau pastikan tangki minyak sentiasa penuh tidak kira dimana sahaja anda berada. Ada pengalaman kehabisan minyak sewaktu traffik jammed? Kongsikan!


4) Tekanan Emosi


Hal ini juga berlaku apabila ada pemandu yang suka menekan hon kenderaan masing - masing berkali - kali supaya kenderaan dihadapan mereka bergerak sedangkan mereka tahu bahawa jalan raya tengah sesak waktu tu. Mereka sedar pun semua kereta tidak bergerak tetapi masih juga membunyi hon gara - gara ingin cepat sampai ke destinasi masing - masing. Hal ini agak memberi tekanan emosi kepada sesetengah orang kerana sudahlah sedang tension gara - gara terperangkap dengan kesesakan jalan raya ditambah pula dengan bunyi hon yang bingit. Ada kadang - kadang tu sampai bergaduh - gaduh lagi kerana masalah ini. Ada pengalaman sebegini? Kongsikan!


5)Marah


Hal ini berlaku kerana sifat mementingkan diri sendiri segelintir pemandu di jalan raya hingga menyebabkan sifat marah itu timbul. Kadang - kadang ada kereta yang berada di laluan kiri tetapi melihat laluan kanan bergerak maka dia terus mencelah. Kemudian apabila laluan kanan berhenti dan laluan kiri bergerak beliau mencelah pula ke laluan kiri. Kadang - kadang hal ini boleh menyebabkan kemalangan kerana ada kereta yang tidak mahu mengalah. Memang tidak patut juga mengalah kerana kesalahan pemandu yang suka mencelah itu juga yang tidak sabar untuk pulang seperti hanya dia sahaja yang mahu pulang sedangkan orang lain pun mahu pulang juga. Anda ada pengalaman seperti ini? Kongsikan!


Itulah antara 5 perkara yang aku memang tak suka kalau berlaku terhadap aku sewaktu terperangkap di atas jalan raya akibat masalah ini. Anda pula bagaimana? Ada perkara lain yang anda tidak suka jika berlaku situasi seperti ini? Kongsikan yer!


Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!


52 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bila air datang tu lah~ nak kete dah tak senang, tambah2 lagi trse nak berak.. tensyen woo~

    Latest Entry :
    -> Blog Review Special : Aq Naim, JOm Terjah !
    -> Apa Kaitannya Games Island Trible Ini Dengan Idola Kecil 3, Pelik ?

    ردحذف
  2. yg si dia dgn si air tu....yg mmg x suka gila...kalo dia nak kuar sgt...menyeksa untk di tahan

    ردحذف
  3. seksa kan mau sesak...i dont like~~ paling tak buleh belah kalau air kecik n besaq datang...erkkk...

    ردحذف
  4. huhuhuhuhu.....memng terseksa macam tu ek..

    ردحذف
  5. yg psl hon berkali2 tu.kdg2 tu smpai boleh buat rentak lagu dangdut msg2 dok tekan hon..haha

    ردحذف
  6. Bab marah tu xleh tahan.. Jai keje Plusline, kalau jammed konfirm sekali das dua kena tembak ngan user punya..he3

    ردحذف
  7. konfem bila sampai rumah lenguh kaki tangan...hukhukhuk

    ردحذف
  8. aku paling cuak kalau minyak nak habis. memang gelabah gila!!

    ردحذف
  9. perghh ! no 1 and 2 tu penah la jugak ! seksa batinku nak menahan tu . muahahah XD

    yang ke 4 and 5 tu yes ! even i bukn pemandu , and sbgai pnumpg yg duduk seat blkg , bunyi hon yang 'merdu' tu boleh bikin pecah kepala maa . So , chill der , haha

    ردحذف
  10. Smala kita Hans..Akak pun tak suka gak ngan kelima2 situasi tersebut :D

    ردحذف
  11. macam2 je topik si hans nih..kreatif2...dan ...funny ! but true ;)

    ردحذف
  12. hohoho
    x suka gak bila jem2 no
    pernah haritu hamper minyak mahu abes xD

    ردحذف
  13. aku suka jem bila:
    1. naik keta auto
    2. pasang radio Hitz.fm
    3. layan blues @ jiwang
    4. ada awek dalam keta sebelah bleh peeuwit seround dua
    5. sediakan kopok boleh kunyah sementara tunggu nak bergerak...

    apa yang bro tulis tu akan cuba dielakkan sebelum perjalanan demi menjaga emosi semasa jem heehee

    ردحذف
  14. kalau jem aku suka dengar lagu keroncong.. tenang sket

    ردحذف
  15. saya suka kalo jem tu leh makan ngan roti. hehe :)


    jem mmg membosankan kan. huhu.

    ردحذف
  16. aku sume benda 2 ade pengalaman..
    tp bila si air datg xdelah sampai gune botol..hahaha
    tp nk bagi petua kalo si dia datg..
    korang just duduk dalam kete diam2..
    pas 2 ketuk ktuk lutut korang berulang kali sampai si dia hilang n korang boleh tahan dalm sejam due lagi..ketuk 2 jgn ganas sgt..cam korang tumbuk2 belakang abdan ayak koranglah time urut die..
    tp jgnlah dah nk terkeluar baru nk wat...memang xjadi...huhhu

    ردحذف
  17. hahahaaaaa...melepas dlm keta...ishx3..bpindah la ke kuantan..aman damai lagi sentosa insyaAllah...jauh dri kesesakan lalu lintan..haha

    ردحذف
  18. haha.. aku pernah kena situasi nmbr 1.. mmg azab betul rasanya.. smpi meleleh gara2 nak tahan punya pasal.. nasib baiklah sempat sampai kedestinasi utk buang dia tu.. haha..

    ردحذف
  19. hahaha..yg no 1 tu..cara penyampaian amat kreatif dan lucu...

    ردحذف
  20. wahh..time saket prot & na kencing tue mmg 1 mslh besar if nak tahan..memang cukup derite..huhu~ so, gunekan jln shortcut jika kamoo tahu oke ? hehehe :P

    ردحذف
  21. uihh!!!
    nak tunggu dia datang...
    time tengah2 highway..
    heeheee

    ردحذف
  22. baru ni je dah jadi ape yg hans ckp tu.. time bas baru jaln dan time tu jg nak ke tandas.. mmg sejam gak menahan.. nak benti takot org marah.. hihi..

    Memasak

    ردحذف
  23. wahaahaha....no 1 n no 2 tu sgt2 menyeksakan..tambah2 bila berada atas jambatan pulau pinang..huhhh...

    ردحذف
  24. kalau drive kete sendiri takpe lg,hans.cuba bygkan kat dlm bas xpress,pastu perut dah x tahan tp RNR masih jauh...hahaha

    ردحذف
  25. hahaha
    siyes2 ini btolll
    yg bunag air paling tak taahhhnn
    benci gileee..
    tuh kalau mmg ade kat stesen minyak n ramai org kire ok laahh kaann..leyh tggu jap..
    ni kalo nak smpai ke stesen minyak pon amik mase smpai 3 jam..
    ape cite
    addeyhh
    ahaa

    ردحذف
  26. 5 perkara tu umpama mimpi ngeri yang kalau boleh semua orang x m0 kena kan3x..

    haha..

    ردحذف
  27. bila 'panggilan alam' dah sampai time waktu2 yang tak bersesuaian..memang tensen! haha

    ردحذف
  28. jgn kata ko aku pun sama silap2 aku hon2 berkali-kali...

    ردحذف
  29. Time nk buang air besau tu yg xtahan ase seram sejuk badan den haha

    ردحذف
  30. kau memang peminat lisa ke hanS? haha~ dia je yg kau sebut~ pelakon lain tade pown~ haha

    ردحذف
  31. sangat betol la fact2 tu..
    lagi2 part bler nk terkucil tu..pergghhh...giler derita wooo!

    ردحذف
  32. macam penah ja buat macam gambar 2..;-)hahaha

    ردحذف
  33. AKU KALAU DA TAK TAHAN NAK BERAK SEMUA PERATURAN JALAN RAYA AKU LANGGAR HAHAHAHA +)

    ردحذف
  34. nak2 kalau sesapa yg makan herba diet tu..memulas semacam..mmg tension..

    ردحذف
  35. Dia datang tu la yang terbaik tu :P

    ردحذف
  36. uih, kalau 'dia' datang time jalan tengah sesak memang seksa weh huhu

    ردحذف
  37. Aduh.. boleh berpeluh nak menahan si dia dari melihat dunia luar kan.. ;DD

    Papepun kena terus sabar~

    ردحذف
  38. hah..point pertama yang paling aku xske..bila aku nak tercirit,,kalau nak terkucil boleh la tahan..tp kalau nk tercirit mmg xboleh tahann!!!
    hahaa


    Harimau membaham garuda 3-0; Ramai Orang Indon Salahkan Laser

    ردحذف
  39. TENSIONNNNNN!!!!!! kalu semua prkara2 tu trjadi...oooooo xsnggup weh....

    ردحذف
  40. aku pernah nak terkencing. macam nak mampus menahan!

    ردحذف
  41. hahaha..terbaik r hans..memang btl pun bnda2 ni..mmg xthn beb..haha.ada twitter x hans??kalau ada add la @zuarxpdc^_^

    ردحذف
  42. Aku tiap Kali blik kampung pakai pampers dewasa siap2 dah taw skgi mesti Jdi mcam2

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم