5 Perkara Yang Menyebabkan Kita Takut Sewaktu Berada Di Asrama @ Hostel

Siapa dekat sini pernah tinggal di hostel a.k.a asrama waktu belajar dekat sekolah menengah dulu? Hah! Mesti banyak pengalaman yang best - best kan. Jadi, hari nih aku nak kongsi 5 PERKARA yang membuatkan kita berasa takut atau cuak bila terjadi dekat kita waktu di hostel.


1) Kejutan 'Bidadari'


Kejutan 'bidadari' atau lebih tepat lagi mimpi ngeri pasti akan membuat anda terjaga dari tidur!  Kadang - kadang mimpi indah seperti Lisa Surihans datang mendekati anda secara dekat pun mampu membuatkan anda terjaga juga. Hehehe! Kes ini kalau berlaku memang akan membuat anda 'sakit' tambah - tambah lagi sewaktu budak - budak lain balik kampung dan kita mengada - ngada tak mahu balik kerana sekiranya nanti kalau orang nak cakap kita manja kita boleh balas balik,"Aku 2 bulan sekali baru balik rumah tapi kau? 2 bulan 4 kali balik rumah! Siapa lagi manja?" Hahaha!



Paling menakutkan tu bila terjaga tu waktu malam Jumaat dan waktu mata terbuka tu ialah sekitar pukul 2 pagi hingga 4 pagi. Ditemani dengan bunyi cengkerik yang saling sahut bersahutan tu ditambah lagi dengan bunyi kipas yang berbunyi,"Krekk!Krekkk!" memang bikin hati cuak. Tiba - tiba terdengar pula bunyi orang memijak ranting kayu di luar tingkap jadi jalan penyelesaiannya ialah ambil selimut dan terus menyelimut seluruh tubuh anda daripada kaki hingga rambut. Hehehehe!



2) Sahabat Baik Anda Mahu 'Bermanja'


Hah! Ini bukan sahabat anda yang berlainan nafsu serakahnya tetapi sahabat yang sentiasa akrab dengan anda. Kemana sahaja anda pergi pasti anda akan sentiasa membawanya bersama. Tak lain tak bukan ialah si PERUT. Hah! Cuba bayangkan anda tidak dapat tidur kerana menahan sakit perut yang amat sangat. Nak pergi ke tandas takut kerana hari sudah lewat malam tambah - tambah hari yang selalu menakutkan kanak - kanak iaitu hari Khamis malam Jumaat. Hohohoho! Tetapi, bayangkan bila anda terpaksa juga pergi ke tandas untuk melampiaskan hajat pada pukul 2 pagi ke atas keseorangan. Apa perasaan anda?


Sudah puas mengejutkan rakan - rakan untuk menemani anda tetapi semua pun buat bodoh jer. Dan bila anda sedang enak menikmati rutin wajib sebagai seorang manusia di dalam tandas itu tiba - tiba pintu bilik air anda diketuk atau tiba - tiba lampu bilik air anda sekejap terpadam dan sekejap terbuka maka apakah perasaan anda jika tiada siapa pun di dalam bilik air itu melainkan anda seorang saja? Muahahahahaha!



3) Apabila Si 'Jernih' Tiba - Tiba Menghilangkan Diri


Hah! Setiap manusia perlukan si 'jernih' ini untuk terus hidup atau melaksanakan urusan seharian. Si 'jernih' ini tak lain tak bukan pastilah air. Air sangat penting kepada pelajar - pelajar yang tinggal di asrama. Cuba bayangkan sedang anda gembira menunaikan hajat di dalam tandas dan bila tiba waktu untuk membersihkan 'bahan - bahan mineral' anda itu tiba - tiba tiada air. Mahu menjeritkah meminta tolong? Hahaaha!


Kemudian, anda terdengar rakan - rakan anda di luar menjerit,"Wehhhhh! Air tak adalahhhhhhh! Mereka kata ada gangguan akhir hari nih!" maka bagaimanakah caranya untuk anda melupuskan 'bahan bukti' anda itu sedangkan air tidak ada! Tambah - tambah jika ada rakan - rakan anda yang tahu anda sedang melabur di dalam bilik air! Ini amat menakutkan! Hahahahaha!



4) Manusia Yang Berperangai Syaitan


Hah! Ini juga salah satu ancaman yang amat menakutkan kepada pelajar - pelajar di hostel dan selalunya ancaman ini kerap berlaku di dalam bilik air sewaktu sedang mandi atau pun menjalankan proses nyahtinja. Kenapa aku berkata begitu? Ini kerana apabila kecanggihan teknologi telah diaplikasikan kepada camera dan video maka manusia - manusia yang berperangai seperti syaitan ini dengan gembiranya akan cuba menganggu manusia - manusia yang sedang menjalankan rutin harian mereka ini dengan memanjat dinding bilik air dan merakam aksi kotor ini.


Jikalau sedang mandi alhamdulillah masih mampu menyelamatkan diri! Tetapi, jika sedang leka meneran di dalam bilik air alamatnya terbantutlah proses tersebut. Hahahaha! Hal ini pernah disaksikan sendiri oleh mataku sewaktu sedang memberus gigi. Ada seorang rakan dorm aku sedang leka menjalankan aktiviti meneran manakala 3-4 orang lagi rakan aku pula sibuk merakam kejadian itu tanpa disedari oleh si peneran. HAHAHAHAHAHA!


5) Batu Belah Batu Bertangkup


Hah! Kes ini pula selalu berlaku di dalam dorm! Ada sesetengah budak yang mengaplikasikan budaya Detective Conan di dalam kehidupan mereka. Pantang saja budak - budak lain membuka loker mereka pastinya arah penglihatan anak mata terus menuju ke dalam isi loker tersebut. Misi utama untuk mencari plastik yang berwarna atau tin - tin yang juga berwarna kerana ia adalah peluang untuk mendapatkan sumber makanan secara percuma. Hahahah! Paling menyedihkan apabila mangsa yang sedang diperhatikan itu telah melakukan satu kesilapan mudah yang membuatkan barang - barang makanannya menghadapi zaman kegelapan. Kesalahan apa?


Kesalahannya apabila mereka tanpa sengaja telah terjatuhkan plastik berisi makanan atau pun tin biskut lalu apabila barang - barang tersebut terjatuh, ia akan menghasilkan satu bunyi yang menarik perhatian berbelas - belas gegendang telinga di dalam bilik itu dan keputusannya pasti makanan itu akan dijadikan 'upacara ritual' oleh penghuni - penghuni dorm itu pada malamnya atau pun pada hari minggu. Hahaha! Kenapa dikata 'batu belah batu bertangkup'? Kerana perut mereka tidak akan pernah kenyang! Hebatnya penangan tinggal di asrama.

Hahaahahahaha!

Sumber Semua Gambar Di Atas : Moyang Google

Anda pernah mengalami perkara - perkara seperti ini? Atau ada yang lebih menarik? Kongsikan di ruangan komen yer! Semoga terhibur dengan entry ini.

42 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha! betol kot weh. dlu pn gua selalu terjaga masa dok ostel. menakutkan! kui3

    ردحذف
  2. salam,
    hehe tak penah duduk asrama, anak mak.. takleh berengang kekeke
    anyway, seronok baca pengalaman2 tu

    ردحذف
  3. hahahaha nice post hansss!!

    loker tu mcm loker kat msi.. keh3.. sebijik.. hehe

    err.. kalau la tandas mcm tu. aku sggup tahan!

    ردحذف
  4. ooo..gitu ye kehidupan 'tersirat' d asrama...sis penah dok asrama seminggu jek! wakakakaa...tu pun lepas skolah mnengah...

    ردحذف
  5. cliche : hahha..itu aku pun cuak

    chentamaya : kehkekhe...nasib aku selalu tidur nyenyak

    little diary : thanks

    fatin : owh..sama ker?ekekeke

    sis hanie : owh..haha..tapi ikut asrama dan jenis sekolah juga lah..dan ini hostel lelaki..kalau perempuan tak tahu la cam ner..hohoh

    ردحذف
  6. hhu~ time duk asrama, pnh de kes bdk histeria. time tu lecturer pun tkt gak.. haha~

    ردحذف
  7. haha.
    tahu takpe.
    lagi2 part nak gi toilet mlm2 tu.
    adeh.

    ردحذف
  8. haha. 'upacara ritual' kat asrama perempuan sangat best tau. kalau lelaki denn tak tau lah. :)

    ردحذف
  9. sebab kejutan 'bidadari' tu, berhari kot aku tak lelap kat bilik sendiri. berjaga sampai pagi dalam bilik study, online. -____-'

    kononnnya prevention la. hahaha!

    ردحذف
  10. tak penah masuk asrama mse sekolah tapi skarang duk kat asrama. hehe paling tak boleh bla bila takde air tu, memang mental lagi-lagi time sakit perut yang amat sangat, memang menduga ksbran betul. huhu

    ردحذف
  11. Rasanya, yg ke-2, saspens skit...
    saya terpaksa tahan perut dari kol 12 sampai ke pagi semata-mata takut nak ke tandas gara-gara tengok citer hantu..Haha!

    ردحذف
  12. duk asrama sebulan jer pehtu cabot...gara2 kene intai dengan hantu jibauk (orang kepala hitam hihihi) mana ntah...takuttttt...

    ردحذف
  13. salam...huhuhuhuhu..memng sebijik masa amani dok sbp dulu..semua tu menakutkan kita....:P

    ردحذف
  14. byk sgt smpi xtau na komen yg mne haha. tp semua sengal. tp toilet mana tu scary weh..

    ردحذف
  15. hehe..oleh kerana sebab2 diatas lah Luna lari balik umah..tahan seminggu je duduk hostel masa mula2 masuk kolej dulu..pastu sanggup ulang alik dr umah..takuttt...

    ردحذف
  16. i paling takut dengan roommate yang suka bangun tengah malam pastu mengeledah almari orang len... =)

    ردحذف
  17. setakat takde air tu.. aku dah biasa bro.. hehehe.. tempayan pondok pakguard pun gua rembat airnya. :D

    ردحذف
  18. jey x penah masuk asrama. duk maktab ni la baru merasa asrama ni macam mneer

    ردحذف
  19. sebab tu aku tak suka tgl asrama....

    ردحذف
  20. duk hostel dlu mmg sllu sgt la xde air. mndi pon kne pnggil syabas. hahaha~ pastu lg 1 bkn mnusia yg geledah loker utk cri mknn... tp si tikus! grrrrr~ tikus style yg kt kg. baru tu~ sila bygkan~

    ردحذف
  21. kalau mimpi lisa surihans kompem demam seminggu..hahaha..

    ردحذف
  22. wahahaha. tak suka terjaga malam2. lagi satu kalo tido lewat. nak2 rumet mengigau gelak2. adoilaaaaaaaaaaa

    ردحذف
  23. ermmmm....masih ngeri nga hantu bergayut kat tingkap bilik...aduuuiiii

    ردحذف
  24. ahahahaha...
    betol3!!!!
    plg tak ske no 2 n 4 tuh...

    ردحذف
  25. tinggal di asrama.. memang satu kehidupan yang penuh misteri..
    hehehe..

    ردحذف
  26. huhu..biasalh duk kt hostel kan?
    cite hantu byk gile.. hehe..

    eyh.aku selalu balik n suruh ayah amik. manja gak ke? ahaha

    ردحذف
  27. i'd been in asrama once when i was in mrsm qber.. well, seriously, memang takut nk p toilet sorg2, tp sgt selesa tdur dlm blik sndri, siap ngigau agi.. haha.!

    ردحذف
  28. merasa gak duk hostel..tapi taklah teruk perangai cam bdk lelaki..

    pasal makanan tu memanglah tak boleh dinafikan..selalu hilang ..

    ردحذف
  29. selama 7taun stay kat hostel no 3 ngan 4 2 mmg jadi lumrah kowt,.huwarrggh

    ردحذف
  30. yang pasal kencing malam tu, aku selalu je teman mmber aku kencing.kawan baik la kan :P

    ردحذف
  31. Duk asrama best~
    yang paling best asek lapar je pastuh makan kongsi-kongsi pun dah rasa kenyang~
    heheeee~ megi uh megi~

    ردحذف
  32. masalah tak dak ayaq paling tak suka! tmbh2 bila mai bulan! susah weyh!

    ردحذف
  33. haha...bila baca entri nih teringat lak zaman duk asrama dulu...mmg semonye cukup kelima-lima PERKARA tuh..hehe

    ردحذف
  34. dulu masa belajar dulu, popular gn hantu makcik karipap.... huhhhh..takotnya kt beliau...

    ردحذف
  35. hee betui3. rindu zaman hostel heh

    ردحذف
  36. AQ BARU JE NK MSOK ASRAMA DH BACE SEMUA NI FKIR BALIK AHAHAHA

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم