Wajah Elmyra yang tadi penuh dengan tawa ceria hilang entah kemana. Dia mula berkelakuan aneh bagaikan seorang penjenayah dikehendaki polis yang baru terlepas daripada kandang penjara. Siti Nurbaiyah kemudian mulai memahami kelakuan rakan baiknya itu dan cuba menenangkan perasaan takut Elmyra tersebut.
Siti Nurbaiyah : Kau takut dengan bapa tiri kau tu kan?
Elmyra : Eh, tak adalah! Mana ada!
Siti Nurbaiyah : Kau tak payah nak tipu aku lah Myra! Aku bukan sehari dua berkawan dengan kau! Aku dah masak sangat dengan perangai kau tu! Mulut kata lain tapi hati kau kata lain! Kau jangan fikir bukan - bukan. Tak ada apa - apa lah! Insyaallah!
Elmyra : Jom lah kita balik cepat! Lagi pun dah nak Maghrib dah nih!
Siti Nurbaiyah : Okay! Okay! Jom cepat! Kalau terlewat nanti entah apa lah pula yang bapa tiri kau buat dekat kau pula!
Elmyra : ..........
Sewaktu di dalam perjalanan pulang Elmyra hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata dan seperti kebiasaannya mereka pasti akan bertemu dengan Raja Mogan, pemuda berbangsa India yang yang terkenal di kampung tersebut sebagai seorang penternak lembu yang berjaya walaupun masih di usia muda. Raja Mogan sedang membawa lembu - lembunya untuk pulang ke kandang dan seperti biasa pemuda yang mempunyai iras - iras Govinda iaitu pelakon terkenal dari Bollywood itu pasti akan bertegur sapa dengan mereka.
Raja Mogan : Hai, adik manis! Sudah mahu malam baru mahu pulang rumah kah?
Siti Nurbaiyah : Tadi main bola sepak lah abang Raja! Tak sedar hari dah malam! Adoi! Kenapalah lembu abang Raja nih mesti suka duduk tengah jalan? Kami berdua dah lewat dah nih!
Raja Mogan : Wahhhhhhh! Kamu ada main itu bola sepak juga ker Baiyah? Ini adik manis ada main juga kah?
Elmyra : ............
Raja Mogan : Baiyah! Ini kenapa saya punya Preity Zinta sikit ada diam juga ini hari? Ada marah sama saya ker adik manis?
Siti Nurbaiyah : Tak adalah! Ini 'adik manis' tak ada main bola lah abang Raja! Dia nih kaki bangku punya orang juga. Adoi! Kenapa kau cubit aku nih Myra! Sakit lah!
Elmyra : Cepatlah! Aku nak balik nih!
Siti Nurbaiyah : Kau tak nampak ker lembu - lembu abang 'Govinda' kau dekat depan nih? Sekarang nih traffic tengah sesak! Haih! Abang Rajaaaaaaa!!! Cepatlah suruh lembu abang nih jalan! Lambat lah!
Raja Mogan : Baiyah! Kalu ini adik manis tarak mahu cakap sama saya memang saya sikit pun tarak mahu tolonglah! Kasi dia cakap dulu sama saya baru saya suruh ini lembu jalan cepat - cepat!
Siti Nurbaiyah : Oit, Myra! Cakaplah cepat! Kau nak balik cepat kan?
Elmyra : Hai, abang Raja ku yang kacak bergaya! Boleh tak tolong bawa lembu kita nih bergerak daripada jalan nih cepat - cepat. Tolonglah abang hensem! Myra nak balik nih!
Raja Mogan : Adik manis punya pasal ini jam juga kalu abang kasi jalan ini semua lembu.
Selepas lembu - lembu itu bergerak ke tepi dengan pantas Siti Nurbaiyah mengayuh basikalnya menuju ke rumah Elmyra. Setibanya mereka di rumah Elmyra, kelihatan Pakcik Rosman sudah berdiri di laman rumah sambil tangannya menggengam erat sebuah tali pinggang berwarna hitam.
Pakcik Rosman : Kau pergi mana tadi? Waktu macam nih baru kau nak balik? Kau nih memang nak kena ajar!
To Be Continue.........
Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.
kena pukul lagi si myra tu. kesian
ردحذفsian myra...
ردحذفtapi aku ske lg baiyah... hahah...
rotan je balik pak cik 2.
ردحذفpukul jangan xpukul..
ردحذفnnti repot ye..
hahaaaa
report2,,ahhaha,,,bila nk report,,hehehe
ردحذفDAK MAKTAB SOMBONG
ajar je pakcik...jgn x ajar
ردحذفalahai.. episod banyak dah.. tak pernah nak baca yang first lagi...
ردحذفpacik rosman kena tambat dia, balik lambat.
ردحذفwah apa jadi kat dia ? cepat - cepat continueeeeee
ردحذفalolo siannyee myra tuu...
ردحذفmahu sambungannya.. mahu mahu mahu
ردحذفCipan betol la bpk tiri dak myra tuh...Huh!!
ردحذفHans...cpt2 la sambung citer ni..nak baca lagi!!Huhuhu
wahh.pertama kali bc siri nihh..
ردحذفgud job hans :)
Suka loghat Raja Mogan..
ردحذفharhar....
Govinda tueee
~Iqah Irah
ردحذفhahaha..si Myra tu puji melebih Raja Mogan tu..
"Pak cik Rosman, jangannnn!!(pukul Myra)"
abang raja ni kena emlyra puji bru dia nak alih lembu? hahahaha sian...
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com