Ayam masak merah adalah salah satu menu ciptaan manusia yang amat menyelerakan anak tekak ku ini. Aku amat meminati sajian itu kerana rasanya yang pedas dan manis. Hanya dengan seketul ayam yang dimasak dengan cara itu sahaja sudah boleh membuatkan aku menambah nasi hingga 3 atau 4 kali. Tetapi, itu semua hanya kisah lampau.
Kini tidaklah sampai menambah nasi 3 hingga 4 kali. Paling tidak pun 2 kali mungkin(sila percaya....muahahahahaha). Sebenarnya sudah lama aku tidak bertemu menu ini di mana - mana majlis kenduri yang aku pergi. Apa yang aku lihat selalunya ialah ayam goreng berempah. Dulu - dulu memang suka juga ayam goreng berempah ini tetapi manusia selalunya cepat bosan dan tidak terkecuali juga aku. Jadi, kebanyakkan kenduri yang aku pergi pada cuti semester ini agak tidak menggembirakan hati aku hinggakan aku pernah bersungut tentang hal ini kepada emak ku dan aku pula yang terpaksa mendengar leteran emak aku. Hahahahaha!
Hari ini ada 2 kenduri sebenarnya. Satu kenduri dekat dengan rumah aku jer dan satu lagi jauh di Sungai Petani sana. Pada mulanya aku keberatan nak pergi kenduri yang pertama sebab aku rasa aku mahu pergi kenduri di Sungai Petani. Tetapi, kerana didesak oleh emak ku kerana katanya kenduri di Sungai Petani tu mahu dituju petang ini maka terpaksalah aku pergi ke kenduri yang berdekatan dengan rumah aku terlebih dahulu.
Sampai disana aku tidak sabar - sabar mahu melihat apakah menu yang ada disitu. Ya Allah! Adakah ini satu keajaiban? Tidak! Aku tidak percaya! Aku menggosok - gosok mataku berulang kali untuk membuktikan aku tidak bermimpi! Aku masih tidak percaya! Aku mencubit - cubit tangan dan perutku untuk menyedarkan aku daripada mimpi indah ini! Okay! Sangat hiperbola perasaan aku kan? Hahahaha!! Padahal semua itu tak terjadi pun. Aku melihat adanya menu Ayam Masak Merah. Wow! Inilah yang dinanti - nantikan selama ini.
Oleh kerana bilangan butir nasi di dalam pinggan adalah sedikit kerana aku nak simpan perut aku untuk kenduri di Sungai Petani tetapi gara - gara ayam masak merah yang sudah lama tidak ku jumpai di mana - mana majlis kenduri dan juga kesedapannya hingga menjilat jari maka aku menggagahkan diri juga bangun daripada meja sambil membawa pinggan dan pergi menambah nasi dan ayam tanpa ada perasaan malu pun. Hahahaha! Nak malu apa dah nama pun kenduri dan alhamdulillah sikap aku itu dicontohi juga oleh beberapa orang lain yang membuktikan bahawa aku tidak keseorangan di dalam hal ini. Hohohoho!
Akibat kekenyangan yang melampau maka sekarang aku berada di rumah dan tidak mahu pergi makan kenduri di Sungai Petani. Ekekekekekkee! Ini semua disebabkan ayam masak merah punya pasal lah nih!
Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!
saya pun sangat suka ayam masak merah!! yummy! terus lapar..ken amakan lah ni...
ردحذفDalam banyak - banyak masakan jenis ayam . Paling aku suka ialah Gulai Ayam arwah tok aku.. Tak da orang yang dapat buat gulai ayam mcm tok aku...
ردحذفExam itu membazir saja , mencemar alam
haha..cuti2 mcm ni la nk mkn heaven2.. xD
ردحذفaku pun suka ayam masak merah.kena pula yang letak kacang peas tu..sedap oooohh
ردحذفBeshnya ayam masak merah!!makan selagi boleh oyeah oyeah!!
ردحذفJom sini,
SHE is older than HIM,anda rasa?
sama la jugak macam aku. mesti nak cari menu ni..
ردحذفselain tu aku suka daging masak hitam. marbeles ah.. :D
Pendapat anda?
Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ribut
haih, dah lah puasa ganti hari ni. baca pulak entry ni T.T
ردحذفbaru blk 3 kenduri kwn...semua ada menu ayam masak merah...sebuah rumah je jamah nasi n 2 buah tu cuma mkn bubur kcg je...xlarat ......
ردحذفsedapnyer ayam masak merah! esok nak suruh mak aku buat la.. hehehe
ردحذفaku suke ayam berempah..lagi2 kalau pedas..haha
ردحذفLatest Entry :
-> Apa Kaitannya Games Island Trible Ini Dengan Idola Kecil 3, Pelik ?
-> Pernah Korang Melihat Akuarium Sebesar ini?
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com