Baru selesai menonton drama yang baru ditabalkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 baru - baru ini iaitu drama Antara Garisan lakonan hebat Noorkhiriah, Sharifah Amani, Isma Yusoof dan Ismail Abd Aziz. Selain daripada itu, drama ini juga telah memenangi anugerah Pelakon Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik serta Lakon Layar Drama Terbaik. Tahniah di ucapkan kepada semua krew produksi dan pelakon - pelakonnya,
Alhamdulillah aku berkesempatan menonton drama ini selepas mendowload drama ini DISINI sebab rumah aku tiada Astro jadi sangat bersyukur akhirnya dapat juga menonton drama yang sememangnya terbaik ini. Jadi, aku mengharapkan marilah ramai - ramai menonton drama ini kerana hakikatnya manusia sekarang tambah - tambah apa yang aku lihat termasuklah diri aku sendiri tidak lari daripada suka menjatuhkan hukum terhadap orang lain. Alhamdulillah, filem ini mengajar dan memberi banyak mesej yang sangat bagus.
Sesungguhnya memang benar apa yang dikata dan aku sendiri pun pernah menyaksikan juga perkara ini berlaku sepanjang aku hidup cuma cara dan situasinya saja berlainan tetapi masih berlandaskan kepada satu perkara yang menjadi objektif utama di dalam drama ini. Hari ini anda melihatnya sebagai manusia yang paling teruk, yang paling jahil atau sebagainya tetapi esok lusa mungkin anda pula akan berada di tempatnya yang dulu yang paling anda hina atau keji. Percayalah!
Memberi nasihat tidak salah! Memberi teguran tidak salah! Tetapi, biar kena caranya dan secara berhemah! Jangan menjatuhkan hukuman membabi - buta kerana anda menjatuhkan hukuman itu kepada manusia dan anda sendiri pun sebenarnya manusia. Apa - apapun, aku suka ayat terakhir drama nih :-
"Aneh bukan? Dalam sekelip mata manusia boleh berubah tempat tanpa mereka sedari. Sebuah kisah tentang sifat manusia yang seringkali merasakan diri mereka lebih baik dari yang lain sehingga menyebabkan mereka gemar menjatuhkan hukuman sesama mereka seolah - olah dosa dan pahala mereka sesama mereka yang tentukan. Apakah mereka semua lupa yang mereka semua sebenarnya sama sahaja. Kalau ada pun yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus yang mana mereka tidak akan sedar bila masa mereka akan melintas garisan itu."
Selamat Menonton!
Nak Laptop Percuma?
Click Gambar Dibawah Untuk Ke Link Contest!
kita hnya manusia biasa dik...xtrlepas dr melakukan kesilapan.....
ردحذفdrama tu mmg best la....
khiriah berlakon mmg top
ردحذفaku pernah tengok cerita ni.. mmg memberi kesan..
ردحذفPendapat anda?
Final piala suzuki-Semoga malaysia menang dan jangan ada ribut-ribut
oh best ea citer ni?baru tau..
ردحذفJom sini,
SHE is older than HIM,anda rasa?
best jgk cte ni aku xthu pun selama ni nnt nk tgk la...
ردحذفkalo ade mase..
ردحذفnanti aku mau tgk!
hakhak!
nza : yups...memang patut jadi drama terbaik
ردحذفdayah : wah,memang hebat...sebab tu menang tu
nizam : best kan
kizz : gi la tgok
nick : tgok la skrg
lelaki ini : pernah ker ko ada masa?
aq vote movie nie...hak3
ردحذفterbaik cerita ni...
ردحذفahhh. belum tgk agi cerita tu. tp dari ulasan anda, umm... suka...
ردحذفcik coklat akan donlod gk nnti :)
kena tengok ni citer ni
ردحذفwoh tengs hans! mmg tgh crik drama nih..sb kt umh pon xde astro.huhu..dunlud skang gk! :)
ردحذفmmg best n byk pengajaran dri cter ni.. 1st buka tv tgk cter ni, terus mata tak berganjak.. tahniah pd pengarah, penulis skrip, pelakon2, especially Norkhiriah n Amani, dan krew2...
ردحذفYee , dah tengok dah cerita ni . Memang ta patut bg hukuman degan tindkn yang melulu . hmm . *+ve impact foe me :)
ردحذفthanx for the link
ردحذفaku dah downlaod skrg
try tgk cter fantastic mr.fox dan paprika
yanpn ske drama ni.. ulang2pun tgk gak.. tp ms memula tgk rase geram ngan ustaz tu.. ngan setan tu jugak (si isma)
ردحذفsalam...
jemput vote anak kite klu sudi.. tq
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
citer ni mmg best...byk kali tgk...hehehe...so kite x bleh nilai seseorg itu sesuka ati...
ردحذفsaya dah pernah tgk sebelum ni. memang drama ni bagus.
ردحذفyg paling tak sangka, watak isma yusoff tu adalah syaitan.
mmg patut menanglah...
ms sis tgk drama ni mng sis xpueh ati...sebabnye?sis xpenah tgk ! hohoho...sis bet drama laen yg mng..trlopeh plak mnonton drama antra garisan nih..
ردحذفeh kamoo donwload2 kat komputer ni tak slow/sangkut2 ke ?
Sapa lah kita nak menghukum sesama manusia kan dik....
ردحذفKalau zaman dulu, seorg palacur boleh dimasukkan Allah ke syurga hanya kerana dia sanggup memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan menggunakan kasutnye, layakkah kita nak menghina org sesuka hati hanya kerana kita sembahyang cukup 5kali sehari?
manusia tak lepas dr melalukn kesalahan..
ردحذفtp jgn disebabkn kite dipndg mulia oleh org lain kite bleh memberi hukum ikut suka kite..salah dah tu..kite hanya manusia biasa..
salam, thanks linknya.
ردحذفmmg best hans!
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com