Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih sangat - sangat kepada blogger Sharinginfoz sebab sudi buat review tentang blog aku di blog beliau. Terima kasih yer! Terharu aku sekejap!

Sedutan Entry Beliau Tentang H.P.B Blog

Berbalik kepada entry sebelum ini dan aku tertarik dengan beberapa komen yang bertanyakan tentang salah seorang pelajar kelas aku yang didakwa tawaf di dalam kelas waktu exam tu.


Kisahnya sebenarnya macam nih. Pelajar terbabit(jantina dirahsiakan) yang didakwa tawaf tu sebenarnya mengalami satu masalah sikit yang memang agak menakutkan juga kami semua budak - budak dalam kelas nih. Dia selalu bercakap seorang diri. Kadang - kadang dengan dinding pun dia boleh buat teman bercakap. Biar aku namakan beliau sebagai Danella jer lah(kantoi lah jantina dia perempuan..haha). Aku dengan kawan - kawan pernah juga tanya dia cakap dengan siapa dan ikuti perbualannya di bawah :-


Kami : Danella sihat?

Danella : Kami sihat!

Kami : Danella cakap dengan siapa tadi?

Danella : Kami cakap dengan kawan kami tadi.

Kami : Mana? Tak nampak pun!

Danella : Ada - ada! Tadi dia ada! Sekarang dah tak ada.

Fuh! Memanglah sah - sah kitaorang cuak sebab dah tahu dia cakap dengan dinding jer kut. Berhalunisasi ker apa aku pun tak pastilah. Ada dengar cerita dulu - dulu dia tak macam nih. Dulu dia macam biasa - biasa jer dan seorang pelajar yang memang bijak tetapi diorang kata pasal masalah keluarga. Entahlah! Dengar kata bapanya garang lah suka mengongkong lah apalah sampai dia jadi tekanan hingga jadi macam tu. Wallahualam lah! Apa - apapun, memang kesian dekat dia! Tapi, dia pandai English! Itu aku kagum tu!


Aku dulu memang skema tapi skema aku pun bukan jenis skema baik sangat macam dalam televisyen tu. Mungkin sebab budak - budak lelaki dalam kelas aku pun ada yang gila - gila dan gangster jadi skema aku tu pun kadang - kadang bertukar menjadi jahat juga. Biasalah kalau budak skema nih kadang - kadang bila dia buat jahat sikit yang orang tak sangka memang agak mengejutkan juga. Hahaha! Macam contoh tiba - tiba budak skema nih yang tak pernah ponteng kelas ajak member - member lelaki yang selalu  ponteng kelas supaya join dia ponteng kelas matematik hari tu! Last - last aku sorang jer balik hostel sebab malas pergi kelas yang hujung - hujung tu. Hahahaha!


Tak dinafikan si Danella nih selalu menjadi 'mangsa buli' budak kelas nih. Bukan buli macam bawang putih dalam sinetron tu sebab itu kes pendek akal. Hahaha! Ini kiranya macam minta tolong dia beli makanan lah! Aku dengan kawan - kawan kadang - kadang malas nak turun kantin sebab kelas kami paling atas dekat bangunan 4 tingkat tu tambah duit pula tak berapa nak ada waktu tengah pokai jadi minta tolong dia beli roti gardenia. Mula - mula tu memang minta tolong tapi tiba - tiba esok lusa tu dia baik hati pula tanya kami semua nak pesan apa - apa ker? Jadi, dah macam jadi rutin harian suruh dia tolong. Kesian dia!


Dan seperti biasa kami sebagai budak lelaki yang hanya ada 6 orang nih memang suka cari pasal antara satu sama lain. Jalan mudah jer kalau nak kenakan salah seorang daripada kami. Tengok perbualan di bawah :-


Lelaki 1 : Hang nih pasaipa tak puas hati dengan aku? Tumbuk hang satgi baru tau!

Lelaki 2 : Ek eleh! Hang ingat hang sorang ja ada tangan? Terajang hang satgi baru hang sedaq diri!

Lelaki 3 : Hahahaha! Hangpa tunggu sat! Danella! Owh, Danella!

Lelaki 1 : Hang panggil dia buat apa?

Lelaki 3 : Adalah! Danella! Oi, Danella!

Danella : Yer! Kami dekat sini! Ada apa panggil kami?

Lelaki 3 : Nih! Lelaki 2 suka kat hang! Dia kirim salam sayang!

Danella : Owh, ya ka? Waalaikumsalam! (senyum - senyum)

Lelaki 1 : Hahaha! Cantik beb! Macam nih lah geng aku!

Lelaki 2 : Haram sungguh hang noh! Tak pa! Tak pa! Hari nih hari hang! Esok siap lah hang! Aku dendam dengan hang!

Lelaki 4 : Danella! Lelaki 2 cakap I Love You!

Danella : .......(senyum)

Lelaki 4 : Punggah!

Lelaki 2 : T&%$$%^&%$! Tak guna punya lelaki 4! Hang pun aku dendam juga! (mencarut)

Hahahaha! Bila teringat balik benda nih memang lawak! Bayangkan budak lelaki yang gangster pun boleh takut kut dengan si Danella nih. Tak beraninya nak cari pasal. Hahahaha! Jadi sebab kami sekolah teknik jadi mula kenal waktu tingkatan 4 maka memang dah masak dengan perangai dia. Cikgu - cikgu pun dah tahu dah! Jadi bila masuk tingkatan 5 kami dapat guru kelas baru. Baik orangnya tetapi dia tak tahu lagi pasal si Danella nih unik orangnya.

Jadi, waktu tu ada exam matematik! Meja dijarak - jarakan! Kami semua pun khusyuk lah jawab walaupun tak tahu nak jawab apa! Hahaha! Tak apa! Yang penting khusyuk! Hehehehe! Tiba - tiba si Danella nih bangun daripada meja dia sambil bawa pen dan kertas matematik tu jumpa cikgu kelas yang tengah jaga kelas kami. Ada ker patut dia tanya cikgu tu jawapan untuk soalan tu apa. Sah - sahlah cikgu tu tak boleh bagitahu sebab tengah exam kan tapi cikgu kelas kami semua cakap lah elok - elok dekat dia. Lepas tu dia pergi balik meja dia dan duduk macam biasa dengan muka yang kecewa.

 

Aku pula waktu tu tengah best tunduk pandang kertas soalan sambil jawab pasal median lah mod la apa tu tiba - tiba terasa satu objek melayang dari atas kepala aku. Lepas tu bunyi benda tu terkena sesuatu. Rupa - rupanya pen tapi aku tak tahu pen tu melantun kena meja atau kena member - member kelas juga. Dah lupa dah! Tapi rasa macam kena kawan aku si Bob! Hahaha! Aku tak pasti!

Lepas tu diselangi dengan satu jeritan marah - marah! Tolak meja! Kami semua terkejut! Ada kawan kelas yang tak tahu nak jawab dan ambil keputusan berani mati dengan tidur pun boleh terjaga daripada tidur dengan muka yang cuak! Hahahaha! Rupa - rupanya Si Danella nih tiba - tiba yang menjerit marah - marah! Dia marah sebab cikgu tak nak bagi jawapan. Lepas tu dia merungut lah kata dia bukan tiru pun tapi dia tanya cikgu jer. Lepas tu dia bangun dan tawaf dalam kelas sambil bercakap sorang - sorang. Sumpah aku cuak!


Waktu tu satu kelas muka pucat! Mahu tak pucat sebab pertama kali kut si Danella nih mengamuk macam tu! Aku pun cuak kut! Dah fikir bukan - bukan dah buat nanti dia keluar pisau daripada baju kurung dia ker lepas tu tikam aku ker sapa - sapa ker! Lepas dia melintas depan aku memang hati aku lega sebab aku tahu umur aku panjang sampai ke hari nih. Hehehe! Lepas tu kemudian dia ambil kertas dia lepas tu tanya cikgu kelas kami balik. Cikgu pun dah cuak jadi dia tolong jer lah. Hahahaha!

Budak perempuan kelas aku waktu tu pun ada yang ketawa tapi diam - diam jer lah sebab exam kan! Jadi, kes tu memang menjadi gossip hangat pada hari itu yang merebak ke kelas lain dan juga hostel. Hahahaha! Dasyat si Danella nih! Lagi satu yang agak buat kami semua takut waktu amali kelas kami yang berjalan selama 3 hari dimana 12 orang untuk 1 hari. Sebab kami semua budak pengurusan makanan dan semestinya amali kami kena masak. Jadi, kami ramai - ramai bincang dengan cikgu untuk subjek tu :-


Kami : Cikgu! Saya taknak buat amali sama hari dengan dia. Takutlah!

Cikgu : Kenapa?

Kami : Buat nanti dia mengamuk pegang pisau tikam kami semua! Tak ka naya kami semua nih!

Cikgu : Saya pun risau juga! Tak apa! Insyaallah tak ada apa - apalah! Saya akan suruh cikgu Haris tengok - tengokkan!

Kami : Haih! Minta - minta lah kita semua selamat! Hahaha!

Alhamdulillah, tak ada apa - apa berlaku dan dia masak pun okay jer. Sedap juga! Hehehe! Jadi, itulah sebab musababnya berkenaan Danella gadis yang sebenarnya cantik tetapi begini pula jadinya. Tak tahulah sekarang apa dah jadi dengan dia. Kali last aku dengar daripada rakan - rakan yang dia sambung belajar lagi tetapi keadaan masih macam dulu. Haih! Kesian dekat dia.

Aku rasa dah panjang sangat dah menaip nih! Jadi, aku berhenti dululah disini! Sambung dekat entry yang akan datang pulalah kalau rajin! Hehehehe! Apa - apapun, rindu kelas Pengurusan Makanan aku tuh! Korang memang best!

48 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Yang pertama. aku nak gelak.

    Hhahahahahhahahahah! Sumpah lawak! Sumpah lawak.

    Kedua. kesian.

    Aku kesian la dengan dia. Nak buat macam mana. Takdir. Wallahualam.

    ketiga. kau ambil pengurusan makanan?

    Sama ar kita..mesti pandai masak. yg ak tak tahu.kau sekarang ni chef ke? hahaha... blur.lupa la nak tanya masa kita borak2 dulu..hahaha

    keempat.


    tamat. aduh..tergelak pun ada. kesian dan sedih pun ada.huhu

    ردحذف
  2. amir : kesian tu memang weih...kami semua kesian..cuma kadang2 memang lucu..takut pun ada..kira completed la semua perasaan bila ada dia..haha...pandai masak? tak kut! pandai makan yer lah.aku takut pisau...hahaha!

    ردحذف
  3. uih. menakotkan pun ada. kelakar pun ade. hahaha!

    mungkin dia ada masalah. tiba tiba teringat movie 'knowing'. macam lebih kurang sama! haha

    ردحذف
  4. Zarith : filem apa tu?xpenah tgok pun...nih aku nak download tengok nih

    ردحذف
  5. agak-agaknya apa le terjadi pada mereka semua sekarang ni kan bial dah besar

    ردحذف
  6. uish....kt sekolah ak dlu..junior ak ada soang cm tu..cantik bkn main..tp ritu ak penah tgk dia ckp soang2 dlm kelas..ak msk la nk tegur dia mmndangkn ak knal dia..sekali dia toleh nk tenung aku mcm pontianak..cuak beb..last2 aku undur n blah dri situ...sekarang aku xtau apa jd kt dia..kesian..
    cantik tapi........

    ردحذف
  7. adoh deh..hang oghang utagha ek...heee

    ردحذف
  8. menakutkan si "D" tu...tak pernah lagi dapat kawan sekelas cam tu...ishh..best yek rami pompuan dalam kelas..mesti bersemangat belajar dulu..

    ردحذف
  9. sharinginfoz : hah..itu xtak tahu lagi la..tapi ramai yang dah kerja dan sambung belajar...

    khai : biasalah tu..setiap orang ada kelebihan dan kekurangan

    deanza : memang orang utara pun..hoho

    ummiarissa : bersemangat? rasa macam biasa jer...hahaha

    ردحذف
  10. tekanan la tu.. aku rasa biasa je sbb aku pun mengalami mcm dia masa skola dulu tp aku suka cakap sorg2 je yg lain2 aku x buat la smua org kata aku gila tapi nk buat macam mana mmg aku cakap dgn sesorang org lain xnmpk!!!! jeng jeng jeng...


    P/s=eh! itu dulu la skrg aku normal semula... hahahaha

    ردحذف
  11. nick irfan : okay! aku takut dengan hang mulai sekarang! hahahahaha

    ردحذف
  12. aku xfhm thp kecuakan ko sb ta pnh de geng cm tu. tp dlu ms skuul rdh, ktorg dpt guru besar baru. howt! klh mak datin. dia angkut ank dia skali la, bdk laki. sib baik muda 1 thn dr aku. p syg lak..dia ala2 mcm si D ni la..

    p pa pe pn, klakar dol bila k0rg kcau dia. hahahah..kalau dia btol2 syok kt slh sorg dr korg cmne???

    hahahahah tak ley bygkn! hahaha

    ردحذف
  13. mcm dye kene rasuk je..skjp ok skjp xok..kecian dohh..

    ردحذف
  14. ada jugak member skolah sy jadi macam ni. siap baling meja kat cikgu. nasib baik cikgu takde pape..

    ردحذف
  15. kusyuk btol tora dgn cite danella ni..sian dier kan..emm tp klo tora pn mmg pucat gak le tetiba je ada org ngamok dlm kelas bkn apa tkot la dia x igt pe wat pelik3 ke tkot jd magsa..arap3 danella oke la skrg kn..siann

    ردحذف
  16. mmg peliklah.. tp mcm2 perangai skang ada.. ada kawan aku tu leh ckp dgn hantu.. apa cer.. lg seram.. hehe..

    ردحذف
  17. dulu mase f5 pun ade jgk kwn cm 2 tp xteruk cm si danella nih..

    ردحذف
  18. adeh sian nye danella 2...sakit xde obatt ape..hihi kate orang jawe 'angut'

    ردحذف
  19. kekadang saya pun cakap sorang2 tapi tak lah drastik sampai macam D tuh

    ردحذف
  20. kesian gak kt budak tu.. tak pasai2 jadi mcm tuh sebab bpak dia.. kalau betul mcm tu la.. eemmm, patut la suka makan sebab ambik pengurusan makanan.. hehehe

    ردحذف
  21. kesian dia..tekanan sgt kot..tp cm best jek jdik dy..siap cekgu leyh tolong time ujian tuh..perghh hbat la haha

    ردحذف
  22. aduh.. dah penat sangat ketawa ni... ha3.. (sambung gelak balik..)

    ردحذف
  23. erk, pihak sekolah tak ada ambik tindakan apa2 ke kat dia? tak pun bagitau mak ayah dia pasal sikap pelik dia tu..

    ردحذف
  24. Kesian gadis cantik itu.. huhu.. terasa diri ini ingin membantu.. cewah.. jadi budak baik la pula.. haha..
    Haha.. itu namanya Skemanoti bro.. ahakz..

    ردحذف
  25. gila sedih kisah dia
    kesian pun ada, apa la nasib dia skang
    nape la boleh jadi camtu kan?

    macam2 gak kisah ko kan?
    nice la bro bila igt balik sejarah time skolah2 dulu
    ak pun klu igt time2 tuh, tergelak gak sorang2
    tp bukan masalah jiwa, tp kenangan manis,haha

    ردحذف
  26. sumpah lawak!!
    huhu~ boleh jadi idea utk aku tanya cikgu ni~ buat cikgu ta g tau jawapan.. aku tawaf n ngamuk~ kekeke~ melampau gyle~

    hans.. hang ta takut ka kalau2 dia terbaca blog hang ni?? muka hang dah ada dah kat atas sekali tu~ hehe~

    ردحذف
  27. hahaha..lawok giloz...hmm.kesian la kat dak tu..huhuhu

    ردحذف
  28. Mak aiiii~
    gila seram seyh. Tapi yg lawak, cikgu siap bleh tolong bagi jawapan.

    ردحذف
  29. baca utk kali kedua~ gila, sakit perut aku gelak! haha~

    adei yai~ aq rasa dye ada kelebihan tgk mende ghaib kot~

    ردحذف
  30. lawak! tapi kesian gila kat budak tuh. sobsobsob. sedih plok.

    ردحذف
  31. hahhahaa...
    sis pun dulu dlm kelas ada sorang yg unik tp sebab dia kena demam pansa masa kecik...kesian pun ade..tp xpenah la dia buat mengamuk teruk2..marah2 sikit ade la...

    ردحذف
  32. tabaik bahan org hans, sian danell tu,aku pemalu gile dulu time skolah

    ردحذف
  33. Lee Zha : cuaknya tak dapat digambarkan dengan perkataan..xadalah...xkan lah dia syok betul2.. :)

    shera haifa : eh,kena rasuk tu budak kelas lain...hahaha...

    cekla : mak aih...itu lagi ganas tu

    miss tora : insyaallah...moga dia bahagia

    syah : owh..senior aku ada yang boleh cakap...memang berani diorang

    ziana : owh...memang dkt mana2 ada punya

    azinur : angut tu sakit tu ker?

    namia : mulai takut dengan ekau...hehehe

    wan fadhilah : itulah tapi xpasti apa punca dia jadi macam tu..hahaha..sebab tu suka makanan

    arm : hahaha..bukan dia mengamuk selalu pun..sekali tu jer

    wahida : xbaik gelak banyak2 :)

    amirez : ada punya..xkan biar jer...tapi dia pun bukan selalu jadi cam tu..so, okay jer lah

    aretik : wah,perkataan baru skemanoti...hahahaha

    kak long : xtahu..lost contact

    pena : yups...mesti ingat meh...aku sayang budak2 kelas aku tuh...

    gadis gula2 : mak aih..sampai 2 kali...dasyat

    tun teja : ada lucu..ada sedih kan?

    iekabean : kalau ku jadi cikgu pun ku bagi jawapan..hehehe

    zahra : yups..kadang2 memang fikir2 lawak tapi memang sedih bila renung balik

    sis hanie : yups...ini pun dia mengamuk sekali jer

    dayah nurul : benda kecik2 meh...mana leh kawal..itu kisah zaman kanak2 sugus..skrg kalau kitaorang sembang ramai2 pun mesti danella nih jadi bahan sembang juga..kenangan manis..bukan bahan..bahan lain maaa...

    suffian : maaflah xdapat sampai kan...dah lama lost contact

    ردحذف
  34. aku bayang diana dinella tuh kot.. (eja slh kot)
    memang lucu ahh!
    tp kesian, e2 laa ayah dia ah nih pny pasal tengok kan dah half psycho budak nihh.

    ko hati2 dow, kot dia baca belog hg?? haaa, mamtik laa lu!

    ردحذف
  35. uishh..seram2.

    ردحذف
  36. weh...saiko kot!

    aku ade gk mmbe sorg cmtu..ish2..takleh cite cni..leh wat bahan kt blog neh...

    ردحذف
  37. sian Danella tuee..ntah2 DAnella tue ade kat upm nie agaknya..sbb ade ramai perempuan yg sis jmp mcm nie..snyum sorang2 tp cantek..alahai..sian pulak kan..

    ردحذف
  38. bhye gile prmpuan tu.. x snggup nk kwn... huhu

    ردحذف
  39. agak agak yang mane satu dalam gambar ko letak tu gerangan empunya nama Danella ?

    jeng jeng jeng..

    ردحذف
  40. kesian lak aku tengok dia.hehe

    kawan aku tak ada kot yg macam tu..semua ok2 je..cuma buat gila stail masing2 la :D

    ردحذف
  41. patutnya, dia dapatkan bantuan dari orang yg boleh bantu solve masalah dia, kasihan kan?

    ردحذف
  42. hehe,,kelakar,,tp cian la kt die,,xleh nk brubat ke

    ردحذف
  43. reply from my post~

    eleh~ dah kaw cerita pasal dye.. pasal cmpak2 pen, tawaf satu kelas.. mesti la dye tau kaw sedang cite pasal dye~ mana ada org wat catu selain dye~ hehe~

    ردحذف
  44. kesian + kelakar + buli = kesian sgt!!!!

    ردحذف
  45. takuy jgak klau ad classmate cam danella tuh .

    ردحذف
  46. i'm not psycho enough to kill anyone... but seriously I did get my hand on a knife to kill my roommate once. almost there =.="

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم