Hah! Sepanjang korang hidup nih mesti macam - macam manusia yang korang kenal yang pernah jadi kawan korang kan? Tolak ketepilah sama ada mereka itu pernah menjadi kawan atau masih menjadi kawan janji selalunya mesti ada kan kes diorang bergurau untuk kenakan korang yang matlamatnya sama ada :-
- Nak merapatkan silaturahim.
- Memang nak kenakan korang sebab asyik korang yang kenakan diorang.
- Memang nak kenakan korang sebab korang asyik terselamat jer daripada dikenakan.
- Diorang memang tak senang duduk kalau tak kenakan korang.
- Tak ada apa - apa motif atau lebih tepat lagi secara kebetulan.
Nak dijadikan ceritanya pada semester 5 yang bakal bermula awal Januari nih aku dan rakan - rakan dikehendaki menyediakan report@thesis macam tu lah untuk academic writing dan setiap seorang akan mendapat advisor@supervisor untuk memantau report yang korang buat tu dan semestinya mereka terdiri daripada pensyarah yang pernah atau yang belum mengajar kami semua.
Seperti biasa apabila kita di zaman belajar nih pasti akan ada lecturer yang kita suka kerana mereka baik dan sempoi atau kurang suka kerana mereka suka marah atau cerewet dan yang kita takut kerana mendengar sejarah daripada senior bahawa mereka itu susah untuk meluluskan pelajar atau tersangat garang dan tidak ada tolak ansur.
Jadi, pada suatu petang yang aman damai dan sedang mulut ini enak mengunyah coklat dan tersenyum gembira kerana baru sahaja mengenakan rakan di facebook maka tiba - tiba kotak chatbox dihujani dengan beberapa pertanyaan seperti :-
- Kau dah tahu siapa supervisor kau?
- Kau kenal tak advisor aku nih? nama dia si polan binti si polan!
- Dekat mana nak tengok senarai supervisor tu?
Gara - gara khusyuk menonton drama Putera Katak lakonan Nora Danish yang comel tu maka aku abaikan jer semua pertanyaan tu sebab penat asyik duduk depan laptop jer. Hahaha! Kemudian, apabila kembali dan bertanyakan kepada rakan kelas aku tentang siapa advisor aku dan tiba - tiba beliau dengan penuh yakin dan semangatnya berkata aku mendapat orang yang aku paling tidak sangka. Sudah penat aku memikirkannya dan akhirnya beliau menyebut nama orang yang paling aku takuti dan perasaanku waktu itu rasa - rasanya :-
LEGEND!!!!!
Gelaran Legend itu diberi kerana lecturer itu sudah berusia. Hehehe! Aku dah pernah belajar dengan dia semester lepas. Dia baik jer tapi aku rasa macam kurang selesa. Adalah sebab - sebab dia tapi lebih kepada kerisauan lah! Hahaha! Memang agak cuaklah dengan dia sebab ada satu soalan dia yang sampai sekarang aku masih tak mampu nak jawab,"Kamu Lembu Ker Kambing?" yang ditanyakan pada satu kelas dan perasaan seronok mengunyah coklat tu terus hilang. Rasa macam hilang jer selera nak makan dan minum. Punyalah rasa risau menanti cuti berakhir! Huh! Waktu tu rasa macam nak berhenti jer dari belajar(gila hiperbola punya perasaan). Hahahaha!
Akhirnya, aku kena prank jer sebenarnya! Cess! Nasib aku bukan gegirl! Kalau tidak memang aku dah sembam muka dekat bantal lepas tu nangis - nangis meratapi nasib yang malang. Hahahaha! Alhamdulillah! Aku dapat lecturer yang aku pernah mengajar dan bekerjasama dengan aku sebelum nih. Memang selesa dan semester lepas pun selalu jer terserempak dengan dia dan aku tegur jer memanjang. Hohoho! Memang tak sangka pun dapat dia sebab kebanyakan yang lain dapat pensyarah yang kitaorang pun tak kenal.
Apa - apapun, walaupun dia memang baik tetapi tak tahulah kalau untuk subject nih tiba - tiba dia garang ker apa ker kan? Tapi, tak kisah lah sebab aku dah kenal orangnya dan insyaallah aku akan cuba buat yang terbaiklah! Hati aku pun dah tenang! Selera makan yang hilang pun tiba - tiba muncul balik. Hahahaha! Lepas dah tahu tu teruslah aku kenakan balik budak - budak kelas aku yang tak tahu apa - apa. Rupa - rupanya diorang lagi cuak daripada aku. Hahahaha! Jahatkan aku kenakan diorang tapi aku tipu pun sekejap - kejap jer sebab lepas diorang cuak aku bagitahulah kebenarannya. Hohoho!
Alhamdulillah aku rasa hidup aku selalunya dipermudahkan oleh Allah! Aku ada terbaca satu entry blog salah seorang blogger yang melawat blog aku dan aku mula terfikir selepas membaca. Kadang - kadang kita pelik kan bila mana kita berusaha sekuat mungkin tetapi hasilnya tidak sepadan dengan usaha kita tetapi orang lain yang usahanya kurang tetapi hasilnya sangat - sangat bagus. Sebagai contohlah, kita tengok kepada keputusan SPM. Ini contoh jer tau :-
Ali belajar siang malam bersungguh - sungguh. Beliau juga tidak lokek memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmunya dengan rakan - rakan yang meminta bantuannya. Beliau juga tidak lupa bersolat 5 kali sehari serta membuat solat hajat memohon doa kepada Allah. Berbeza dengan Abu yang langsung tidak solat. Mengulangkaji pun kadang - kadang. Paling hebat apabila asyik melayan filem lucah setiap malam. Namun keputusan SPM mereka sangat berbeza dan mengejutkan. Ali mendapat hanya 2A sedangkan Abu mendapat 7A.
Kemudian, Abu mendapat tawaran belajar manakala Ali tidak mendapat tawaran belajar. Abu pula berjaya dengan cemerlang namun sifatnya masih sama. Kemudian di alam pekerjaan dia juga bekerjaya hebat sebagai pengarah seorang syarikat besar dan mendapat isteri yang cantik namun beliau masih juga tidak berubah. Manakala Ali pun walaupun bekerja biasa - biasa dan mendapat isteri biasa - biasa tetapi sentisa kekal dengan sifatnya yang pemurah.
Tamat Kisah Contoh
Apa yang aku nak cakap dekat sini berdasarkan entry yang aku baca tu(kalau ada blogger tu terbaca tolong bagi link entry...leh letak dekat sini) ialah walaupun si Abu tu kita lihat berjaya tetapi di mata Allah beliau adalah insan yang gagal. Allah mengurniakan Abu itu rezeki yang murah serta takdir yang indah dimana walaupun dia berbuat jahat namun hidupnya masih sentiasa dipermudahkan kerana Allah mahu menguji beliau dengan keindahan dunia dan nikmat yang diberikannya kepada Abu. Secara ringkasnya, kadang - kadang hidup kita terlalu dipermudahkan atau disenangkan walaupun kita berbuat jahat sebenarnya adalah ujian daripada Allah untuk melihat mampukah kita sedar daripada kelalaian dan mampukah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepada kita.
Ada masanya aku memikirkan juga benda nih. Adakalanya aku pun leka. Kadang - kadang aku rasa hidup aku nih selalu juga dipermudahkan. Kalau ada kesusahan alhamdulillah setakat ini masih ada rakan - rakan yang sudi membantu. Aku pun ada fikir juga memang rakan - rakan yang bantu aku tu aku pernah bantu tetapi bila dilihat dari pada sesetengah hal dimana bantuan yang mereka berikan rasanya macam tak sepadan dengan apa yang aku terima. Tak sepadan disini membawa maksud bantuan mereka tu tersangat melebihi daripada bantuan aku sendiri. Sebagai contoh :-
Aku membantu mereka dengan memberi mereka RM2 untuk membeli sesuatu yang penting pada ketika itu tanpa minta bayaran itu dikembalikan namun pada waktu yang lain aku pula dibantu oleh mereka dengan bantuan sebanyak RM20 untuk membeli sesuatu yang aku sangat perlukan pada ketika duit itu diberi pada aku.
Jadi selepas aku membaca entry blogger tu aku terfikir sebenarnya kadang - kadang hidup kita dipermudahkan Allah bukan hanya kerana kita ini berbuat baik sahaja tetapi adakalanya beliau mahu menguji kita dengan nikmat dan bantuannya.
Jadi, kepada sesiapa terutama rakan - rakan termasuk aku sendiri yang kadang - kadang selalu mempersoalkan,"Kenapa aku dah usaha lebih tetapi hasilnya tak seberapa namun orang itu hanya tahu bermain dan mengambil kesempatan tetapi hasilnya hebat pula!" maka ingatlah sebenarnya itu adalah ujian kepada kita semua. Allah mahu menguji kita sama ada kita mampu terima Qada dan Qadar manakala Allah mahu menguji mereka pula sama ada mereka mensyukuri nikmat tersebut atau terus lalai dengan syurga dunia.
Baiklah! Aku bukannya selalu tulis entry - entry macam nih sebab aku bukannya pandai sangat pun tapi tak salah rasanya aku kongsi perkara yang baik macam nih kan. Jadi, adalah kelemahan di sana sini dalam entry nih. Apa - apapun, sama - samalah kita renung dan muhasabah balik diri kita semua dan moga entry ini dapat menyedarkan kita semua bahawa segala apa yang berlaku itu ada sebab musababnya. Akhir kata, assalammualaikum dan salam sejahtera semua!
1st!!
ردحذفsetuju :)
ردحذفwah..like this entry..nice.. thx hans!
ردحذفwah..haha..ditaip dengan rajin..sangat suka ! lols xD
ردحذفalamak! panjangnye aku baca separuh nnt smbung balik.. heheh
ردحذفbest juga kdg2 kenakan orgkan.. hehe..
ردحذفpasal prank ni aku pernah buat kat sorang member aku. time birthday dia. dia ni susah sikit nak kena. tapi ape yg bestnye, dia langsung xtau semua idea jahat tu berpunca dari aku. mati2 dia tuduh budak2 lain.. ;P
ردحذفakhirnya ustaz hans berbicara..hehe
ردحذفyang penting nawaitu...
ردحذفkenapa org suka tgk crita putera katak?
ردحذفsalam..
ردحذفsaya rasa hans sebut pasal istidraj ye..betul lah tu..
janji jgn putus asa walau kita belum dapat apa yang kita hajati...dan jangan dengki kt orang pula...
panjang post ni.. penat nak baca.. nak citer hal prank, aku dulu kena prank laptop aku ilang.. masuk bilik tgk laptop tak de.. aku hulu hilir cari.. kawan2 aku buat2 suspend.. last sorang kawan aku bukak almari.. ada dalam tu je..haha siot betul prank..
ردحذفbarulah meriah klu kena prank..hak3x...
ردحذفnice story pasal ali n abu - kita mmg sering terleka...
ke 13....
ردحذفNice entry!
ردحذفaku selalu sgt jadik mangse prank.. sobsob.. tapi best.. sebab kite taw kawan3 kite syg kite :D
best...xjemu bace n3 demi n3 demi n3 kat sini~ :)
ردحذفDia tanye soklan lembu ke kambing??? Ape ke senang sangat soalan.. Sama jek mende dua tu.. Haha.. Scary duhhhh..
ردحذفNway.. Nice one kisah tu.. :)
Assalamualaikum!
ردحذفapa ek ak nak cakap...lupa lak..ha,biasa ar tue kena prank..prank ar dia balik..hahha
2.
hurm...betul apa yg kau katakan itu. Kadang-kadang aku rasa benda yg sama..entah ar..ada sikit jiwa Abu dalam diriku..dan ada sikit jiwa Ali dalam diriku...huhu
kena bertaubat cepat nie...wallahualam.
mak aii.. prank mcm2 leh jadi koet... kdg2 nak lemah jantung koett.. ahahha
ردحذفakhirnya.. tamat suda aku membaca~ bukan selalu dapat usha en3 hans ni pnjang2~
ردحذفaku pown selalu gak tertanya tnya~ awat la depa dapat lebih baik dari akusedangkan aku dah usaha~ terbuka skit mata ni lepas baca en3 nieyh~ thankS!!
haha memang pernah kena prank dengan kawan sendiri, ala-ala panggilan hangit, sakit jiwa....
ردحذفnice entri bro
ردحذفpasal pank, ak pun suka
member ak mesti kena esp time besday,haha
pasal analogi ali dan abu, ak suka
sgt mendalam maksudnya,satu tafsiran dan pandangan yg cukup matang
ak pun rasa mcm dh terleka sbb byk sgt kesenangan yg ada skang
tp, baca entri ni make me thinking deep inside
thanks bro
setuju....buat sye terfikir utk bersyukur....
ردحذفhadi : hang kira 1st..baca belum lagi..hahaha
ردحذفzeri : 8-)
anwar : welcome...thanks coz like this entry
woot - woot : kalau tak rajin memang tak taip panjang2 nih 8-)
irfan : sila baca bagi habis
syah : kenakan orang memang best..kalau dikenakan orang yang tak best tu :)
haris : hahaha...aku pun pernah jadi macam tu...orang xsangka aku perancang utama sebab aku kelihatan baik jer..haha
sufian : aku bukan ustaz la..berkongsi apa yg aku tahu jer pun lepas baca tadi :)
meir : betul tu dan moga nawaitu itu yang baik :)
faiz : sebab mereka suka..kalau mereka tak suka xkanlah mereka tgok :)
briliant marjan : yer lah kut...saya kurang pasti tapi rasa2 macam penah baca pasal perkataa tu..nanti saya tgok balik
izzat : panjang tapi macam2 ada...kan?
sis hanie : thanks :)
kodet : tiada hadiah untuk ke-13 :)
oh dida : betul tu
azi nur : terima kasih..harap anda sentiasa sudi membaca entry2 disini tanpa jemu :)
farhana : soalan yang tak ada jawapan kan? hehehe..thanks :)
amir izzat : jgn kata jer tapi xbuat.. :)
syahmi : hahaha..betul tu
gadis gula2 : hahaha.bukan selalu den tulis panjang2 ker? thanks again sebab membaca hingga habis
fasihah : hahaha...nasib okay dah kan?
pena : owh..thanks sebab baca sampai habis dan menerima mesej daripada entry tu..gembira aku...
ayuni : alhamdulillah
benda dah lumrah kalau kena prank ni
ردحذفnasib kita ni cekal..
aggreed2....
ردحذف;)
naseb la x nganges ea
kalo jd pompuan lah kene prank hehe
prank memprank ni yang bestnye nanti.kalo dah betaun dok cte balik,memang syiok! :)
ردحذفthanks for sharing pengalaman
ردحذفprank member memang best tapi biarlah kena tempatnya. jangan terlalu extreme sampai boleh terputusnya persahabatan. apa2 pun, jangan segan2 nak prank member hehe :P
ردحذفusaha. itu yg kena ada..hasil tu mesti ada if berusaha..
ردحذفnext sem start thesis ke? gudluck2.. :)
byk sgt isi xtau na kumen yg mne.keke
ردحذفyg pntg nora danish mmg comel tp cte tu.. ee. xsuke..
Tak baik dan tak berkat berkata mengenai lecturer lagi secara public. Nanti tak berkat ilmu yang disampaikan
ردحذفkihkihkih..
ردحذفx taulah..
kalo pas nie ko men2..
sure kena rotan ar ngn supervisor ko tu..
kihkihkih..
*wonder.. kn lg bgs kalo ko dpt si lagend tu.. ahaks..
lama aku x prank member2 dulu rajin la... hehe
ردحذفlast..
ردحذفslalu trkena jgk..
pjgnye entryyyy,,,okaylah,,seb bek xsemput bace,,haha,,syke sgt nk kenekan orang ni,,hobi tuh,,klu x kenakan kwn,,mmg xsah idup ni,hahha,,jaat glew,,hwhw,,,
ردحذفUjian tidak kira apa bentuk sekalipun.. kerana nikmat juga satu ujian.. yang penting kita sentiasa bersyukur ke arahnya.. hehe..
ردحذفperkara besa prank t.. bila lagi merasa.. haha..
syahdu je bila baca..eloklah kita ingat mengingati..sebab kita mudah lupa..
ردحذفmesti kau jenis cepat pecaya org kan?hahaha
ردحذفdark half : eh,tak lah! Cuma sebab kawan aku tu susah sikit nak tipu orang dan cara dia tu memang nampak serius...sebab tu aku terpercaya tu...hakikatnya aku susah sikit nak percaya orang pada benda2 yang penting..
ردحذفhaha.prank2 ni bese kne tym bday.hoho.tp tym tu lg dasat punye.
ردحذفalhamdulillah dapat supevisor yg disukai.hhehe :)
prank..aku pnh kasi hadiah kt 4 org member aku skaligus ms skolah. ms tu aku dh senior, so skul sesi pg lakn (ehem2). sj nk buat gila, aku buat seolah2 hadiah tu, bdk2 sesi ptg yg bagi..ecehhh...nmpk mcm de bdk2 junior minat kt dorg la..
ردحذفhahaha...pny la bangang rp sekor2 ms dpt hadiah tu. PERASAN YA AMAT YG DORG DE PEMINAT! ta ley blah..mengglabah..
tp b4 blik skul aku ngaku aku yg bg..hahaha...suma tnjok muka malu, n aku tau, dorg rs punah hrpn..sb bkn junior yg bg...hahahaha
uiks,kawan pnjgnye n3.kuikui..
ردحذفcian hans,tapela len kali prank kwn tu blk,kasi kaw2 sket..huh
Tak best langsung.... 🤮🤮🤮
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com