Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut

Semalam aku join dua budak rumah aku nak hantar seorang nih pergi ambil almari dan barang - barang dekat rumah dia dekat Bangi. Jadi, alang - alang dah pergi Bangi tu aku suruh lah member aku tu bawa pergi mana - mana kedai makan yang dia selalu makan. Maklumlah! Aku bab - bab makan nih suka sikit. Hahahaha!

Sebelum bertolak tu dah cadang dah nak rembat DSLR budak rumah sebab nak ambil gambar tapi nak buat macam mana kan! Semalam masing - masing menghidapi penyakit lupa walaupun benda tu sebenarnya ada depan mata. Jadi, mengharapkan handphone budak rumah aku yang sorang tu jer lah sebab itu jer pun camera yang ada. Hohoho!

Kami bertiga akhirnya memilih Yankies Hut yang mempertaruhkan menu ikan bakar sebagai lokasi persinggahan aku pada kali ini.




Jalan nak masuk dia tu agak jauh sikit dan keadaan jalan dia agak teruk lah juga! Jadi kalau bawa kereta tu kena perlahan - lahan sebab banyak lubang. Akhirnya, kami bertiga dah tiba di restoran tersebut.




Memang cantiklah lah hiasan, reka bentuk dan tempat makan di sini. Kami bertiga sepakat pilih tempat makan yang bersila sebab nak feel makan ikan bakar kan. Menu kami bertiga pada malam tadi ialah siakap masak manis, sotong goreng tepung, daging masak manis, sayur kangkung, telur dadar, nasi putih dan air tembikai serta air kosong.

Sebelum tu aku dah ingatkan kawan aku dah bila makanan sampai jangan lupa snap tapi bila makanan dah sampai  memang dengan aku sekali bantai makan. Hahaha! Lapar kut! Dah lupa pasal camera ker gambar ker nih. Lepas dah licin makan! Lepas tangan pun dah berbasuh! Lepas masing - masing bersandar ke dinding sambil mengusap perut baru aku teringat pasal nak ambil gambar makanan tu. Adoiyai! Jadi, tak dapatlah nak kongsi rupa makanan - makanan tu dengan korang.
Makanan dia boleh tahanlah! Nak kata sedap sangat pun tak tahu nak kata lah sebab aku dulu makan ikan bakar dekat Muara Sungai Duyung, Melaka tu lagi best rasanya. Apa - apapun, seronoklah semalam dapat makan dengan berseleranya. Hohoho! Selamat mencuba di Yankies Hut!

Sumber Gambar : Camera Handphone Budak Rumahku





Jom Join Contest Amazing Race Versi Makanan

30 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sejak bila jadi duta ikan bakar ni? haha. :D

    ردحذف
  2. aiyak.. gambo ikan bakarnye manee..

    ردحذف
  3. wahhh adventure tul nak sampai ke restorannya hehe tp xde lak gambo makanannya x dpt lar nak tgk kesedapannya hehe

    ردحذف
  4. hehehe..makan tak hingat nampaknya encik hans kita ni..

    ردحذف
  5. bila jupe mknan n perut lak lapo, mmg dh xhinggat apa2........

    ردحذف
  6. dah lama tak ke situ..teringin makan cendawan goreng bertemankan ubat nyamuk..hehe

    p/s : mcm mana ye nak buat header camtu?pakai kod ke?

    Entri terbaru saya

    Jom Cuci Gambar Passport 32 Keping dengan Harga RM7 sahaja

    ردحذف
  7. dulu slalu gak g sane bukak pose time study dulu2...antara ukm dan upm..hehe

    ردحذف
  8. lapo plak bce entry pasal foods petang2 ni~

    ردحذف
  9. baru je aritu aku mkn ikan bakar..*ttbe..
    smpai buncit perut aku..

    ردحذف
  10. siakap msm manis?perghhhh..layannnn

    ردحذف
  11. tetiba aku jadi lapau baiiiii.....selera jer aku baca menu korang...hohoho...

    ردحذف
  12. nice..
    ikan bakar kat muara sg duyung tu area mana??

    ردحذف
  13. aku tak suka ikan bakar. tapi mak cakap dah kena start belajar makan ikan bakar. huhu. tak faham.

    ردحذف
  14. sedapnyer ikan bakar..aduhh lapar lak hans..huhu

    ردحذف
  15. makan2x bagi kat hans la.. ha... takder gamba makanan?? meyh tgk kt belog saya.. >__<

    http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/111-tak-nak-ade-sape-sape-nak.html

    ردحذف
  16. Ikan siakap mna tahan beb.. Dlam banyak2 ikan, siakaplah paling favourite.. Jai kalau makan ramai2, ikan tulah jadi pilihan.. Bila dah ngadap, confirm tak hingat dunia punya..hu3

    ردحذف
  17. even gua tak makan ikan tapi bila ekau cerita2 pasal makan2 ni leh lak gua terliur...

    sedap benar terasa ke gua yg kelaparan sekarang nie.
    hahaha..

    free nanti gua share kegembiraan tu k..

    ردحذف
  18. makan ikan bakaq la kat kedah ni..time ni dah la minyak takdak..hari ni kena bakaq ikan heheh

    ردحذف
  19. yankies hutt? aku pnh tgk jgk tp x singgah ruginya....

    ردحذف
  20. sekarang makanan kat situ dah tak berapa sedap macam sebelum ni.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم