Bro Main 'Trompet' Ker 'Merempit' Nih? Musykil Lah!

Semalam gua pergi jalan - jalan bagi menghilangkan stress. Memang berbaloi rasanya perjalanan semalam bersama rakan - rakan yang gila - gila remaja nih. Hohohoho! Nak dijadikan cerita tiba - tiba gua rasa nak terkencing dan kebetulan rakan perempuan gua pun mendapat seruan yang sama. Jadi, kami berdua pun bergerak lah menuju ke sebuah tandas awam yang memang boleh tahan lah kecantikan dan kebersihan dia. Bayaran pun tak mahal dalam 30 sen jer.

Jadi, bila gua masuk dalam tandas tu gua tengok ketiga - tiga pintu tandas tertutup dan ada seorang bro nih tengah menunggu di hadapan pintu tandas yang berada di tengah sekali. Muka dia macam cool jer gua tengok. Gua pilih pintu tandas sebelah kiri sambil menahan - nahan kekencingan gua tu. Lama gila kut gua tunggu! Dalam hati dah menyumpah seranah dah sebab tak tahan nak kencing kan. Hahaha!

Akhirnya, pintu tandas di depan gua terbuka dan tiba - tiba terus mamat tadi yang tengah menunggu tu menyerbu masuk dengan rakusnya ke dalam. Gua tak ada hal lah. Fikir - fikir pun mungkin dia dah lama menunggu kan. Kesian pula jadi tak rasa lah nak marah ke apa. Gua mengharapkan kedua - dua pintu tandas yang lain tu terbuka tapi haram tak buka - buka juga sampai kesudah.




Jadi, gua khusyuk jer lah menunggu. Tiba - tiba tanpa disangka - sangka gua terdengar sesuatu bunyi yang agak lucu bunyinya apabila memasuki gegendang telinga gua! Proottt! Amboi! Comelnya bunyi kentut kau bro! Hahahaha! Gua relaks jer lah! Biasalah kan bila berak nih selalunyan adalah bunyi - bunyi sebegitu rupa terhasil tanpa kawalan. Jadi, gua mengertilah dia serbu masuk terus ke dalam tandas tu sebab sakit perut. Hohoho!




Tiba - tiba tanpa gua sangka terdapat satu bunyi yang lagi aneh!! Prrrrruuuuuttttttttttttttt!!!! Preettttttttttt!!! Prrrooooottttttttttttttttttttttttt! Hahahahahahaha! Ini memang stok tak boleh nak cover - cover dah nih! Memang bro tadi bantai kentut tahap ganas punya! Gua yang dari tadi terasa nak kencing gila - gila pun tiba - tiba boleh terhilang sekejap rasa tu sebab gua tengah tahan ketawa. Gua dah musykil dah bro nih tengah main 'trompet' ker 'merempit' sebenarnya nih? Hahaha!

Akhirnya, pintu tandas bro tadi terbuka dan dia terkejut bila tengok gua sebab sepatutnya gua pun mesti dah lama masuk tandas tapi nak buat macam mana dah dua lagi pintu tandas tu masih tak ada orang keluar. Memang dia malu sudah tapi dia cuba buat - buat berlagak cool jugalah walaupun dia jalan laju gila lepas tu sebab mungkin dia segan lah kut dengan gua. Kalau gua jadi dia pun gua segan kut sebab kau bantai buang angin sikit punya kuat dengan panjang serta cukup irama dan harakat lagi kut. Hahahaha!




Sebab tu bila nak buang air besar gua lebih selesa buang dekat rumah melainkan kalau dah terpaksa sebab tak tahan sangat baru buang dekat tandas awam pasal takut jadi macam kes bro nih lah. Hehehehe! Lepas tu member perempuan gua sebab dah lama dia tunggu gua keluar tandas jadi gua pun cerita lah kisah sebenar di sebalik tabir tadi. Memang kawan - kawan gua bantai gelak sudah. Hehehehe!

Korang ada pengalaman macam gua atau pun korang pernah melakukan apa yang bro tadi tu lakukan? Kongsikan di ruangan komen jika mahu yer. Hehehehe! Jumpa lagi di entry akan datang. Nak tidur kejap. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

35 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ohh kata org eh. nnti ang kentut aku gelak pulakk. hahaha.

    ردحذف
  2. hahah.. pernah juga dgr..

    aku pun xsuka sgt melabur kat tandas awam.. aku rela balik rumah.. melabur dirumah lebih selesa.. hehe..

    ردحذف
  3. Ahahaha...
    So far Vee tak pernah lagi dengar bunyi trompet dalam toilet...
    =p'

    ردحذف
  4. hahahaha!
    aku gelak gulin2 lew kalo ade kt tmpat kejadian...

    ak lebeyh rela berak kat umah dowh!

    ردحذف
  5. hahhaha...mungkin dia peram lama dh tu sebab tu bunyi pun macam trompet dh..kah33....

    ردحذف
  6. haha.. seyes klakar. dah la baca entry ni dlm opis. nak gelak pun kn cover skit. haha..

    ردحذف
  7. adeh ksian kat bro tuh

    kalo aku tak th sgt melepas je

    pastu da takde org br aku kua haha

    ردحذف
  8. apesal ade dua blog bercerita kesah sama nih haha.

    kesian bro tuh. hensem tak die?

    ردحذف
  9. haha..

    lawak eh, k0t iya pun, c0ver la sikit !

    ردحذف
  10. hkahkahkahkahakhakhak adeiiii.. kalau sekali je biasalah kan.. kalau dah macam bunyi trompet,adeiiiii.. nasib baik kamu xterkucir sebab tahan gelak

    ردحذف
  11. Haha.. Ya boknya bunyi.. Aku pun pernah jugak jumpa org mcm tu.. Berlagak cool lepas kentut tak ingat dunia lam jamban.. haha...

    ردحذف
  12. erk.......tak leh berkate2 bc post ni.HAHAHA

    ردحذف
  13. gas2 terkumpul yang mengamuk... hahaha :D

    ردحذف
  14. entry kau kali ni memang btol2 tahap sawan kentut. adoii..sakit perut aku gelak. proooott!

    ردحذف
  15. mmg korang ada seru slalu ke nk pegi tooilet sama ea. HAHA. POTTTT

    ردحذف
  16. Aku ada pgalaman gak hans.berlaku time naik bas ekspress malam.bas bhnti, driver lapor nak makan.haha.aku nak masuk tandas,tbe2 ada brother ni gemuk gila la, jalan pun kepit semacam, potong aku.aku rasa yaik dia da kuar sikit!haha.dia masuk dulu.dia masuk je, bunyi cirit kuat giler kot.adoi, nak tulis pun payah camana bunyinya.tapi aku tpikir, sempat ke dia bukak seluar.haha

    ردحذف
  17. burn : hahaha...sumpah ku gelak gila bawa komen ekau nih....hahahaa...aku pun musykil sempat ker tak tu...hahaha

    ردحذف
  18. haha apsal lawak gile weh.
    mesti hans pun dh sakit dada thn ketawa.
    kalau kiz terus tersembur ketawa rasanya..

    ردحذف
  19. giler ar, awat x rakam muka die doh!ahaha

    ردحذف
  20. hahaha memang tak tahan kot org tu :P

    ردحذف
  21. hah3.. lawak3..!

    ردحذف
  22. agak2 la hans...kot2 la dia terjumpa blog ni, maluuuu..hehe

    ردحذف
  23. hans.. gelakkan orang, padahal sndiri pun penah buat... hehee.. memang pencemaran bunyik betul~
    yep!!! dilarang ber'kentot dtempat awam!!!


    http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/116-saya-nak-ke-saya-suka.html

    ردحذف
  24. haha..
    memang dah lama tahan la 2....

    ردحذف
  25. patut la diserbunya smpai lupa diri..dh xthn la tu nk melepas....

    ردحذف
  26. hahaha..ades .malu kot.

    kalau g toilet awam kne tgk line clear baru leh berak2.. haha..

    tp paling syok berak kat umah sendirik.. muahahaha

    ردحذف
  27. Kalau aku la yang berada disitu,kalau lantai tak kotor la,mau berguling time tu juga..haha

    ردحذف
  28. haha.. baru aku paham kenapa ada orang kalau nak berak die nak balik rumah jugak..;p

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم