Pernah tak korang mengalami satu perkara nih apabila nama bapa atau ibu anda dijadikan satu bahan ejekan oleh rakan - rakan atau pun musuh - musuh anda sama ada untuk bergurau atau pun sebagai permulaan kepada pergaduhan? Rasa - rasanya hampir setengah daripada kita pasti mengalami perkara ini terutama sewaktu di alam sekolah rendah dan menengah. Kan?
Apabila masing - masing sudah meningkat dewasa maka perlakuan sebegitu semakin berkurang atau pun hilang langsung daripada terus berlaku. Jika ada pun ia berlaku secara lebih profesional kerana masing - masing sudah tahu yang mana baik dan buruk. Jika dizaman kanak - kanak mungkin kesimpulan boleh dibuat mengatakan pemikiran kita masih belum mencapai tahap kematangan yang diperlukan dan alhamdulillah selalunya perkara - perkara seperti itu walaupun membuatkan kita sangat marah tetapi insyaallah ia boleh dimaafkan dengan seikhlas mungkin.
Tetapi, apabila kita yang sudah dewasa atau pun semakin hampir untuk berkeluarga atau telah pun berkeluarga masih bersikap demikian maka ia secara tidak langsung boleh mengundang masalah dan pandangan negatif masyarakat sekeliling kepada kita kerana orang akan beranggapan kita kurang sensitif tentang perasaan dan emosi seseorang.
Aku tertarik tentang hal ini kerana apabila nama bapa atau ibu kita dimain - mainkan dengan sewenang - wenangnya maka semestinya ia boleh menimbulkan perasaan marah yang bukannya biasa - biasa saja. Kalau tidak masakan kawan baik pun boleh bergaduh gara - gara hal ini. Itu tidak termasuk lagi jika memang hubungan kita dengan seseorang individu itu sememangnya sudah pun teruk maka bertambah - tambah teruk lah lagi jadinya.
Kita semua kena ingat bukan semua benda yang mungkin kita rasa tiada apa - apa kesan pun terhadap diri kita itu juga tidak memberi kesan kepada orang lain kerana kata - kata itu sebenarnya lebih tajam daripada pisau tambah - tambah apabila ia melibatkan individu yang kita sangat sayang, hargai dan sudah pun tiada di muka bumi ini.
Apa - apapun, tiada manusia yang sempurna bukan? Maka memaafkan itu adalah amalan yang cukup mulia dan jadikan ini sebagai satu pengajaran agar kita semua lebih berhati - hati pada masa akan datang kerana kita mesti ingat bukan semua orang berfikiran sama seperti kita.
Apa - apapun, tiada manusia yang sempurna bukan? Maka memaafkan itu adalah amalan yang cukup mulia dan jadikan ini sebagai satu pengajaran agar kita semua lebih berhati - hati pada masa akan datang kerana kita mesti ingat bukan semua orang berfikiran sama seperti kita.
P/S : Hati Dan Perasaan Bukannya Barang Yang Boleh Dibuat Main. Bukankah Begitu?
Forgive everyone for everything.
ردحذف:)
setuju!!!
ردحذفmemaafkan tu indah :)
ردحذفtapi memang tak best kalau kena ejek by nama ayah or ibu. isk! sensitif la sikittt.
agree wif v..mnusia xlari dr kesilapan, myb mulut je ckp tp hati xberniat pom...xsengaja, biasalah tgh berlawak
ردحذفbetul tu hans, aku waktu kecik2 dulu memang la saling mengata dengan nama bapak. hampeh. apa lagi saling balas membalas la. sekarang ni dah besau panjang kalau ada gak perangai tu memang kena pelempang la..hohoho
ردحذفforgive doesnt mean forget..forget doesnt mean forgive..name mak ayah mmg pantang dibuat gurauan~
ردحذفbaru trbaca kisah paknil dan zizan..sungguh ketinggalan zmn sejak akhir2 nie ku rasakan..
ردحذفberhati-hati apabila mengatakan sesuatu. :)
ردحذفhuh,kalau dah besar pun perangai macam tuh, haish mmg tak matang betul
ردحذفdulu2 mmg budak2 skolah dh jd mcm trend, ejek rakan lain guna nama mak bapak segala.. mcm kurang ajar dan tidak beradab pulak. gurauan yg sungguh tiak bermanfaat bg fifiey.
ردحذفsy pun tak berkenan snagt dengan member yang suka buat mcm ni tem skolah dulu... :'(
ردحذفsokong kamu
ردحذفbanyak benda lain lagi boleh bawa gurau2. kalau bab nk jadikan nama keluarga sebagai gurauan, gua pun cepat jek hot.
ردحذفye ar... gurau ar benda lain.
betol3..fiqah stuju..menda len bleh la jdkan bhn gurauan..tp..klo dh nme2 insan tersayang kita diguraukn..mmg x elok la kan..stiap org ada hati & prasaan..nk gurau..gurau jgk..tp..kne pk ht & perasaan org..=) huhu...
ردحذفyup..takde yg sempurna.kesilapan pasti berlaku dlm sedar mhupun tidak..
ردحذفbetul sgt la tu... :)
ردحذفaku kena ejek.diaorg siap nyanyi2 lagi.. sakit hati.. !!
ردحذفklu kecik2 dulu ok la
ردحذفtp klu bapak budak/mak budak (dewasa) pun masih nk bergurau mcm ni rasanya tak baik dan tak kena gaya
terlajak perahu blh diundur, terlajak kata buruk padahnya
niat bergurau pun, kdg2 hati yg terluka susah untuk pulih
so, sama2 berhati-hati dlm setiap tutur bicara
setuju dgn ko!! bnda lain bleh dibawak bergurau tapi jgn la nama bapak ke ape ke
ردحذفyup2. setuju. even nmpk simple tp boleh mengguris hati
ردحذفkalu kt sk ni hans, mmg tu la punca anak2 murid brtumbuk sakan..pastu siap airmata + air hidung meleleh.....puncanya suka ejek2 nama bapa kwn...
ردحذفni pasal kes zizan ngan paknil tu ea ?
ردحذفni mesti berkaitn ngn raja lawak smlm kn....
ردحذفselain dari nama, yang selalu jugak diejek adalah pekerjaan mak atau ayah. benda tu pun agak membengangkan gak.
ردحذفsebab tu lidah tak bertulang..senang sangat nak terbabas..ape pun yang keruh dijernihkan cepat cepat..
ردحذفmase kecik2 selalu la ikut skali ejek2. kene ejek pn slalu gak..huhu..bile da besar, pandai2 da pkir matang kan.. tak ade lah nak wat lagi kan..
ردحذفye, hati perasaan bukan barang mainan....... =)
ha'ah setuju! dulu2 selalu je ejek name parents! ntah hape2 jeeee. :P
ردحذفsgt setuju dengan anda ! ;))
ردحذفbetul kata hans ! hehe...
ردحذفaku angkat sepoloh jari tanda setuju yg sesangat!!!
ردحذفcuba kalo org buat kat dia marah x??itu je tanya balik kat dia..
haha orang macam tuh kurang diajar kot.
ردحذفtapi takpelah kite yang cukup diajar nih jangan ikut macam mereka balik sudah :)
setuju..
ردحذفbenda lain nak main2 takpe la..
ni libatkan hal2 yang berkaitan dgn insan rtersayang..wah..rase cam takde maruah plak...
mesti la pertahankan org2 yang kita sayang...
Orang macam itu tidak kena buku dengan ruas.
ردحذفJangan kita pun terikut dengan diorang sudah.
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com