Saya Suka Ini Tapi Kamu Suka Itu

Antara roti berinti vanilla dan roti berinti strawberry...
aku pilih roti berinti vanilla.


Antara roti berinti coklat dan roti berinti vanilla...
aku pilih roti berinti coklat.


Antara roti berinti anggur dan roti berinti kacang...
aku pilih roti berinti kacang.


Kita mempunyai banyak pilihan roti untuk menjadi santapan kita dan semestinya kita akan memilih yang menepati selera kita. Tetapi, jika roti - roti yang tidak menjadi pilihan kita itu adakah kita akan buang? Semestinya tidak kerana ia membazir jadi berilah kepada sesiapa yang menyukainya. Disamping mendapat pahala kerana kita tidak melakukan pembaziran kita juga berasa gembira melihat orang yang mendapat roti tadi begitu gembira menikmati keenakan roti berinti yang tidak kita gemari itu.


Mak suruh saya makan 7 biji kismis sehari...
saya makan depan mak tapi luah dibelakang mak.


Mak suruh saya makan 3 biji kurma sehari...
saya makan dengan gembiranya depan mak.


Mak suruh saya minum susu 2 gelas sehari...
saya terpaksa minum depan mak walaupun saya tak suka minum susu
sebab mak nak tengok saya habiskan susu itu depan dia.


Kita dipaksa buat benda yang kita tak suka walaupun sebenarnya benda itu ada manfaat untuk kita tapi selagi kita boleh elak maka kita cuba elak asalkan kita terlepas dari buat perkara yang kita tidak gemari. Kita juga rasa gembira jika dipaksa buat benda yang kita suka hinggakan kalau boleh paksalah hari - hari sebab perkara yang kita suka memang kita akan buat tanpa ada bantahan. Kita juga terpaksa melakukan perkara yang kita tak suka kerana memang tidak ada peluang untuk kita melarikan diri atau pun mengelak dari melakukan perkara yang kita tidak gemari itu.


Kawan aku minat irama malaysia tapi aku minat irama rancak.
Dia kata irama malaysia lebih menenangkan jiwa tapi
aku rasa irama rancak yang boleh tenangkan jiwa aku.


Kawan aku suka Wardina tapi aku suka Lisa.
Dia kata Wardina cantik tapi aku rasa Lisa lagi cantik.


Kawan aku suka nasi lemak tapi aku suka roti canai.
Dia kata nasi lemak sedap dan kenyang tapi
aku pula kata roti canai lagi sedap dan mengenyangkan.


Setiap dari kita ada pilihan masing - masing. Itulah yang menjadikan kehidupan kita ini berseri dengan pelbagai warna kerana minat dan kesukaan kita selalunya berlainan tetapi ia sebenarnya saling lengkap melengkapi. Dan dari situ kita belajar untuk cuba mengenali perkara - perkara yang kita kurang gemari dan apabila kita belajar atau cuba untuk merasai maka kita akan lebih mengenali diri kita.


P/S : Kita Sama Dari Segi Jasad Tapi Tidak Dari Segi Hati. Jadi Belajar Untuk Menerima Kekurangan Dan Kelebihan Itu Kerana Ia Akan Memberi Lebih Kemanisan Kepada Hidup Kita.

15 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. aku suka dia, dia tak suka aku? +____+

    like entry ni.

    ردحذف
  2. kita memang saling memerlukan antara satu sama lain, saling melengkapi.. :D


    Pendapat anda?
    jangan cepat melatah

    ردحذف
  3. sebab tu ada macam2 pilihan.manusia bukan 1 sahaja ;D

    ردحذف
  4. waaa...bagus betul la abg ucop ni....mmg rajin buat essay pjg..i loike..^_^.kita buat apa yang kita suka..^_^.tu lagi satu..huhu

    ردحذف
  5. saya suka merah dy suka biru..so saya pon nk suka biru hahaha

    ردحذف
  6. lol...kismis best pe?

    ردحذف
  7. anak akak makan 1 kotak kismis sehari...huahhahha. mmg kegemaran dy..

    banyak pilihan la best..leh terbuka sket minda tuh..

    ردحذف
  8. Lisa Surihani suka kat aku camner? haha...

    ردحذف
  9. itu yang bagusnya. berbeza itu kan indah =)

    ردحذف
  10. kismis atau kurma la paling aini suka makan... kalau satu kotak kismis bagi aini xcukup... kurma pulak makan banyak2 terasa nikmat...

    ردحذف
  11. belajar menerima kekurangan masing2 dan tidak semua orang boleh terima apa yang kita suka....sebab tu Allah cipta manusia berpasangan kan?

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم