Hari ini aku mendapat semangat baru sebenarnya! Semangat rajin aku tiba - tiba muncul dan memang gembira mencari bahan untuk academic writing aku. Tapi, disebabkan hari ini banyak sangat peristiwa yang berlaku menyebabkan aku hanya mampu membuat sedikit sahaja academic writing dan perasaan rajin itu menghilang sedikit. Tak apa! Aku akan usaha juga buat sampai habis sebab ada lagi 6-7 minggu jer nih! Adoiyai! Cepatnya masa berlalu!
Tengahari tadi aku pergi fakulti sebab aku diberitakan ada TAKLIMAT PENTING untuk kesemua pelajar semester 5. Aku ingatkan ini adalah taklimat yang diwajibkan semua pelajar semester 5 supaya hadir sebab jika aku ponteng maka aku perlu hadir sewaktu aku sedang menjalani praktikal nanti(aku rasa ayat nih sangat skema..haha). Jadi, pergilah aku dengan bersemangat wajanya tapi amatlah malang sekali sebab ini adalah taklimat tentang perkara lain. Aku malas nak taip taklimat tentang apa tapi cukuplah bila aku kata aku bosan dengar benda yang sama. Mungkin bagus untuk sesetengah orang. Aku tak kata taklimat tu tak bagus sebab bagi aku ada baiknya juga. Tapi, mungkin sebab bila aku rasa tertipu dengan nama TAKLIMAT PENTING tu maka aku rasa buang masa jer aku pergi. Haihhh!
Petang tadi pula dapat khabar kurang gembira. Roomate aku baru kehilangan ayah beliau. Memang terkejut jugalah aku dengar. Memang hari tu ayah dia masuk hospital sebab kena serangan jantung tapi semalam roomate aku cakap ayah dia dah okay dah! Alih - alih petang tadi allahyarham dah tiada. Jadi, aku dengan bebudak rumah pergilah menziarah roomate aku tu dekat rumah dia. Banyak - banyak bersabar yer! Sedih aku tadi masa tengok jenazah.
Kemudian, balik rumah sewa balik dan pergilah makan dengan kawan aku kejap dekat kedai makan area rumah aku nih jer. Aku tak pernah cuba lagi merasa makanan dekat satu kedai nih jadi pergi lah makan situ. Mak aih! Punyalah lama tunggu nasi aku sampai! Kedai punya banyak meja tapi nasi aku berpuluh minit jugalah nak siap. Nih kalau meja penuh dengan pelanggan nih mau nasi aku dapat esok pagi! Hahaha! Apa - apapun, nasi kedai tu masak biasa - biasa jer. Sebab lapar memang licinlah aku makan. Ekekekek!
Jom Join Contest Pertama Blog Hans
Apa - apapun, aku rasa mengantuk pula sekarang! Rasa nak tidur! Sedikit kecewa dengan beberapa manusia alam maya pada hari ini! Apa - apapun, moga masing - masing bahagia dengan cara hidup masing - masing. Assalammualaikum dan salam sejahtera.
P/S : Menyesal Aku Jadi Blogger Yang Kononnya Ramah!
hari nie pon hari yg plg malang tapi hari yang byk mngajar...haha! skema rama ayt nye.... Hurmm, baik punya langgar lampu merah,skali kene tahan ngan polis trafik..! ciss..! bangga gile polis tuh isi surat saman..sabo jelaa..
ردحذفsabaq ja la dugaan...
ردحذفaku pun sgt2 penat today..
innalillah..
kepada arwah!
ilex cheQ.. jgn la rasa macam tu..
ردحذفkekadang tu kan.. adalah lagi baik.. buat sesuatu tanpa harapkan apa2.. sebab nya, bila ada harap kat mana2.. kita mungkin akan terasa bila jadi pape.. kamu sabaQ ya.. jgn putus semangat.. teruskan jadi diri kamu, sapa kamu.. tu kan lagi baek.. ;)
hahhah
ردحذفok la 2..
saborlah yee...aku pun sama ngh d'landa situasi yg tak best
ردحذفtaklimat penting tuh..
ردحذفhahaha
nak masuk ruang taklimat pun dah menguap 3 4 kali. haha..
salam takziah untuk kawan hans..
nape plak ni?
ردحذفtakziah dan al-fatihah utk arwah ayah member ko bro
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com