Dulu aku rapat dengan seorang kawan baik merangkap senior aku masa zaman sekolah menengah. Memang tiap - tiap minggu tu kalau nak jumpa tak ada masalah langsung. Call jer lepas tu nak jumpa mana - mana and settle! Tapi, lepas dia masuk universiti memang susah gila nak jumpa. Dia kata dia busy! Aku pula tak percaya sebab aku tengok orang lain pun masuk universiti juga. Boleh jer keluar! Asal dia tak boleh? Jadi, aku rasa dia macam dah sombong dengan aku tapi aku tak kata depan - depan. Aku diam dan biar kan jer.
Kemudian, kawan aku pula dapat masuk universiti. Dia nih satu sekolah dan sama tingkatan dengan aku. Rumah dia dengan rumah aku juga dekat. Dia dapat masuk universiti tapi aku terkandas. Rezeki tak ada lagi waktu tu. Sebelum masuk universiti tu memang senang jer nak jumpa. Macam biasa aku call jer rumah dia lepas tu terus ajak lepak mana - mana cuci mata. Tapi, bila dah masuk universiti memang dia busy gila. Susah lah nak borak - borak macam dulu. Jadi, aku rasa dia macam dah mula sombong dengan aku. Aku dah berfikir sebab aku tak masuk universiti dan kau dapat masuk maka kau dah mula buang aku perlahan - lahan. Tapi, aku tak kata apa - apa pun depan dia. Aku biarkan jer lah.
Sekarang, aku pula yang berada di universiti. Kemudian, ditakdirkan aku pula mengalami situasi macam mana yang kawan - kawan aku alami dengan aku tadi. Ramai juga manusia yang ajak aku keluar, ajak aku jumpa, ajak aku lepak - lepak tapi jawapan aku ialah aku sibuk. Yups! Memang betul aku sibuk. Bukan main - main. Macam tadi ada kelas ganti dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. Non stop okay!!!!!! Aku dah macam nak kebulur duduk dalam kelas tu! Nasib tadi sempat pesan dekat kawan aku yang masuk kelas lambat suruh belikan roti gardenia 60 sen tu. Musnah hari minggu aku! Haihhhh!
Dan bila kita tak dapat keluar dengan mereka mesti akan ada berbagai - bagai kata yang berbentuk sinis, kiasan atau pun mungkin mereka memahami. Mungkin!! Kemudian mulalah digelar sombong, lupa kawan, manusia yang banyak alasan dan sebagainya. Hukum karma barangkali. Hahahahaha! Nak kata sombong mungkin riak wajah aku melambangkannya tapi rasa - rasa tak. Mungkin lebih kepada pemalu. Nak kata lupa kawan aku rasa bukan aku yang lupa kawan - kawan tapi kawan - kawan yang selalu lupa aku. Nak kata banyak alasan memang betul aku memberi pelbagai alasan tapi itu semua adalah kebenaran.
Aku tak suka berjanji sebab bila berjanji bermakna aku akan memberikan orang itu harapan dan bila mana harapan orang itu semakin memuncak dan kemudian aku menghancurkan harapan itu maka boleh bayangkan betapa besar kekecewaan yang ada dalam hatinya ketika itu. Aku berkata berdasarkan pengalaman sendiri. Dulu ada rakanku yang mengajak aku keluar dengan memberitahu pukul berapa dia akan tiba dan jenis aku nih akan bersiap sehabis mungkin(bagi aku bersiap tapi kalau orang lain tengok tak nampak macam bersiap pun...hahaha) walaupun hanya mengajak ke kedai mamak.
Bila aku dah bersiap tetapi kemudian diberitahu bahawa kawan aku tak jadi melepak sebab ada hal memang buat aku kecewa gila. Mana tak kecewa sebab dah bersiap satu hal dan bila budak - budak rumah tanya mestilah aku jawab aku nak keluar dengan member kan. Takkan sembur perfume bau satu rumah sebab saja - saja jer. Dah tak pasal - pasal malu pula sebab tak jadi keluar padahal tadi dah beriya - iya dah bersiap. Dah tu si member bagitahu tak jadi tu lepas 20 minit ke 30 minit menunggu. Malu, sakit hati dan macam - macam lagi semua ada.
Kemudian, bila aku nak lepak dengan orang selalu aku lebih selesa orang ambil aku sebab aku malas bawa motosikal sebab nanti kalau orang cakap nak jumpa di sini atau sini aku mengalami kesukaran untuk mencari sebab aku memang tak hafal jalan. Jadi, kalau aku ikut orang maka takkan aku sesuka hati nak paksa orang hantar aku balik rumah bila aku rasa nak balik rumah. Mungkin ada orang tak kisah tapi aku kisah sebab aku kalau boleh cuba untuk tidak menyusahkan orang.
Kadang - kadang orang tak faham dengan sikap kita. Begitu juga aku yang kadang - kadang tak faham sikap orang lain. Apa - apapun, aku sentiasa percaya apa yang aku buat nih adalah yang paling terbaik setakat ini. Aku tak kisahlah apa - apapun tanggapan orang lain janji aku tak menipu diri aku sendiri dan aku tak mahu memberi harapan pada orang lain dan kemudian aku sendiri yang memusnahkan harapan itu. Hukum karma oh hukum karma! Hahahaha!
Thanks To My Friend Izzad Sebab Temankan Saya
Pergi Pekan Frinjan Dekat Dataran Shah Alam Semalam...
Pergi Pekan Frinjan Dekat Dataran Shah Alam Semalam...
Jom Join Contest Situasi Hans
betul2...sy sokong sgt2....dah masuk u baru tau...dulu mengata org skang org kata kita dulu perli org skang org lak perli kita....kadang kelas mmg xdr then stengah jam sebelum ttba der lak...huhhuhu dah janji terpakse batal....kdg lg 20 minit kelas ttba batal lak...huhuhuhu tyme tue mula la trpikir bila la dpt jd lectre...
ردحذفnur intan : erk...saya kata dalam hati jer..tak kata guna mulut..but now saya sudah faham situasi mereka...hahahahaha
ردحذفmmg btl..time foundation dlu ade je mase.lps klas siap boleh pegi mall.msk degree,mmg busy giler..nak berak pun tak sempat*bak kata kawan aku.
ردحذف:)
izzah : hiperbola sangat kawan ko tu...hahaha
ردحذفtau takpe
ردحذفkampus life esp weekdays mmg bizi
klu free pun weekend je lah
tu pun klu awal2 sem
klu tengah sem konpem sibuk
akhir sem exam
so, susah nk spend masa dgn member2
msg2 faham kot bro
time free, lepak la sama2
pernah gak mengalami situasi mcm ne.. but after that jadikan pengajaran, mane yg sempat ZYASH tangguhkan dulu... SAHABAT sukar dicari, kawan ramai pulak silih berganti...
ردحذفHEARTBEAT
HEARTBEAT Tambah Pendapatan Selain Nuffnang
INCOME HEARTBEAT SETELAH 2 HARI
hahaha :)) sy dulu ms duk matrik pon rs mcm 2 bila kwn sy yg blaja kat u mcm dah xde ms utk sy.
ردحذفtp skrg bila sy dah kat u, br sy fhm. nk cek msj kat hp pon kdg2 mls.
hee ^^ bila dah masing2 kat u, senang. masing2 fhm :)
yup!..hukum karma barangkali..bile msing2 dh lalui akn fhm situasi itu kn..ermm...
ردحذفitulah lumrah kehidupan kan
ردحذفmmg hukum karma.. kadang2 kita tak sedar , bila kena kat kita baru tahu .. huu
ردحذفHuman not always perfect bro.. Got to used to it.. haha.. Nevertheless, people always got mouth to say anything.. Be patient...
ردحذفsabar je la Hans..lumrah kehidupan kan..
ردحذفjadi student ni mmg penat, aku ni pon dah mcm nak burnout duduk shah alam ni
ردحذفserba salah juga jadi macam ni.. tapi apa boleh buat, jadi student memang lumrah la jadi macam ni..
ردحذف_____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
ردحذف______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
_______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
_________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”
busy tak semestinyerrrr sebuk kan.... dunia peljar tak sama ngan dunia pekerjaaan
aku setuju sgt2...
ردحذفbeselah,btw jom p bazzar lg lepas nie
ردحذفp/s: awek semalam comel
Jai bila study dulu sibuk, bila kje pun tetap sibuk jugak..ha3. Bila nak free ni..adoiii...
ردحذفaku pon tak suke berjanji...tapi kadang2 janji nih boleh mendisiplinkan diri kita...
ردحذفbaru kaw taw kan betapa busy nye dunia kampus nih..tp busy tuh bukan selalu la...ikut musim tertentu je kan??
Mmg hukum karma kot hehehe.. Klu tak masuk U mesti sampai sekarang tak tau apesal abg tu "sombong" kan. hehe..
ردحذفada betulnya apa yg kau tulis, no such thing as bff, karang dah move to another state in life, mmg ada friend yg left
ردحذفxpe bro, kalau rajin aku buat tips panduan mencari jodoh utk ko esok, ahahahaah apa kaitan
haha.. kan dah kata!!
ردحذفbila dah rasa baru tahu!
promises are meant to be broken, no?
ردحذفX)
bro, there's must be sometimes, that we can't fulfill another's desires. Alasan yang kita bagi mungkin sibuk. Tapi kalau dh 2, 3 kali mcmtu omaigoshh, menimbulkan suatu perasaan kecil hati di dalam diri kawan..
ردحذفbut now... the karma is there.. haha.jalani sajalah yg penting nawaitu anda itu betul2 ikhlas berkawan:)
wakakaka.... hukum karma... atau aku suka gelarkan dengan prinsip roda... hoh!
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com