Kreativiti Membuat Sandwich Itu Penting

Kreativiti tu adalah salah satu perkara yang penting dalam kehidupan kita. Tanpa kreativiti susah untuk kita mencapai sesuatu kejayaan yang kita idam - idamkan. Kreativiti ini sebenarnya meliputi satu skop yang sangat luas. Kreativiti bukan sekadar kehebatan untuk mencipta barangan atau bangunan yang berteknologi atau paling moden tetapi boleh juga dilihat dari segi negatif seperti kreativiti menipu, merepek atau pun sebagainya. Apa - apapun, manusia yang berjaya selalunya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Walaupun kadang - kadang kita mempunyai bahan asas yang cukup tetapi ia masih belum mampu untuk membuktikan bahawa kita mampu menghasilkan perkara atau bahan yang hebat jika tidak dibantu oleh kreativiti. Sebagai contoh, anda diberi sebuah kek span, semangkuk coklat yang dimasak serta coklat rice dan badam. Jika sesiapa yang tiada kreativiti mungkin akan mengambil kek span itu dan disapunya coklat hingga habis serta ditaburkan coklat rice dan badam.

Tetapi, jika seseorang itu mempunyai kreativiti mungkin dia akan menghias kek itu dan menjadikan kek itu sebagai papan dam dan menaburkan coklat rice dan badam di dalam kotak yang berasingan seolah - olah itu sebenarnya adalah papan untuk bermain dam dan bukannya seperti kek biasa. Lihat! Kreativiti menjadikan perkara yang biasa itu sesuatu yang sangat luar biasa.

 Sedapnya Sandwich!

Ini mengingatkan aku pada zaman sekolah rendah sama ada sewaktu di darjah 4 ataupun darjah 5. Minggu itu sewaktu kelas kemahiran hidup, guru subjek tersebut memberitahu kami satu kelas bahawa minggu depan kami perlu membuat sandwich di dalam kelas. Ia adalah satu perkara yang amat dinanti - nantikan. Masing - masing mencari ahli kumpulan dan berpakat untuk membawa pelbagai barang. Ada yang akan membawa roti. Ada yang akan membawa sardin. Ada yang akan membawa telur. Ada yang akan membawa salad serta tomato. Dan ada juga yang hanya membawa diri sendiri sahaja.

Hari yang dinanti telah tiba. Kumpulan aku adalah kumpulan yang mempunyai begitu banyak barang - barang sandwich yang berharga. Kumpulan lain hanya membawa  bahan - bahan yang ala kadar sahaja. Semuanya kelihatan seperti sudah mahu menyerah kalah melihat kumpulan aku yang begitu megah dengan pelbagai bahan - bahan untuk membuat sandwich. Pertandingan bermula dan masing - masing bertungkus lumus menghasilkan sandwich yang menarik dan tertarik.

Tiba - tiba aku menyedari bahawa aku dan kumpulan tidak mempunyai kreativiti untuk menjadikan bahan - bahan yang kami bawa tadi sebagai kelebihan untuk kami memenangi pertandingan tersebut. Aku lihat kumpulan lain begitu hebat menghias sandwich mereka dan kelihatan sangat sedap tapi bila aku melihat sandwich kumpulan aku tiba - tiba aku terasa selera aku putus serta merta.

 Gambar Hiasan

Pengadilan telah dilakukan. Kami mendapat nombor 4. Sungguh hebat dan berasa begitu megah mendapat nombor 4 daripada 4 kumpulan yang bertanding. Hebat kan? Guru subjek ini ada juga lah memerli kumpulan aku kerana walaupun banyak bahan tetapi masih kalah kepada kumpulan - kumpulan lain yang bahan mereka ala kadar saja.

Jadi, disini aku mula menyedari bahawa daya kreativiti itu sebenarnya sangat penting kerana kita boleh menukarkan sesuatu perkara yang orang selalu lihat tetapi langsung tidak ambil kisah kepada menjadikan mereka teruja pada perkara yang mereka anggap remeh selama ini yang sudah berubah menjadi luar biasa.

Yer! Aku Belajar Sesuatu Pada Hari Itu! Merancang dan Kreativiti!

9 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sandwich la paling besh

    kalo wat dgn sardin plus mayoniss.


    mmg...aku pon akan makan smpai sebuku roti pon bleh..

    arrr..lapar2 la plak

    ردحذف
  2. yeahhh...betul2.sebab tu la kadang2 rumah yg kecik bley jadi chantek kalau y menghiasnye kreatif.hee

    ردحذف
  3. nak buat apa-apapun kena ada kreativiti.

    imaginasi itu penting

    ردحذف
  4. baba memasak ni boleh meningkatkan kekereativitian seseorang tu. best masak dulu waktu umah bujang, waktu tengah sengkek. hahahaha

    ردحذف
  5. perghhh mak saya lah buat sandwich paling sedap. heh

    ردحذف
  6. sy dh lama xmkn sndwish..huk2xx
    =(

    ردحذف
  7. sandwich yg paling best adalah sandwich yg diberi percuma oleh org lain..keh2

    ردحذف
  8. Yepp.. Kreativiti itu penting untuk menghasilkan impak yang besar...

    ردحذف
  9. nyam2 sodap tu..
    aku ske tuna je.. simple dan sedap

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم