Keliru Atau Palsu

Penatnya hari nih tapi sebab update entry nih tak lama pun kalau berkisar tentang kehidupan seharian jadi aku update lah. Alhamdulillah! Rakaman hari nih berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan banyak juga babak yang berjaya disiapkan dengan bersusah payah dan bersungguh - sungguh.

Hari ini aku suka memerhatikan tingkah laku manusia. Memang manusia nih susah kita nak jangka tentang emosi, perilaku atau pun tindakan yang mereka akan lakukan. Apa yang aku tahu kadang - kadang aku agak lurus bila bercakap atau lebih tepat suka berterus - terang tentang sesuatu perkara yang orang lain sukar nak terima. Sebagai contoh, katakan seseorang itu tidak suka makan nasi ayam. Jadi, aku tidak akan belikan dia nasi ayam namun dia nak juga makan nasi ayam. Jadi, bila aku beli dan kemudian dia hanya makan sedikit dan terus tinggalkan. Maksudnya disini mungkin lebih kepada degil barangkali. Hahahahaha!




Aku seronok bila aku dapat kenal seseorang nih dengan lebih rapat. Maksudnya disini, aku belajar cara bagaimana dia bekerja dan berkomunikasi dengan orang lain. Walaupun aku masih belum mampu menjadi seperti dia 100% tetapi dapat menjadi 50% seperti dia pun aku sudah bersyukur. Memang banyak aku belajar cara - cara dia yang dulunya aku rasa terlalu diplomasi. Kalau dulu bila aku rasa benda tu merepek atau buang masa maka aku akan cakap dan kadang - kadang ada yang akan marah atau pun sentap dengan aku tetapi sekarang aku rasa aku lebih berdiplomasi. Aku akan cakap dan kemudian aku akan serahkan kepada individu - individu yang terbabit untuk membuat keputusan. Janji aku dah cakap apa positif dan negatifnya kalau buat atau tidak. Hehehehehe!

Apa - apapun, waktu - waktu sibuk atau tertekan macam ni lah kita boleh belajar dan melihat sikap sebenar individu - individu disekeliling kita. Adakala tanggapan kita sebelum nih betul atau pun meleset. Apa - apapun, esok insyaallah akan dapat selesaikan semua tugasan berkisarkan rakaman nih. Jadi, sekali lagi aku doakan dan harap kalian juga mendoakan agar aku dan kumpulan berjaya menyiapkan baki rakaman dengan jayanya. Baiklah! Mahu tidur dulu! Assalammualaikum!

P/S : Harap Mimpi Indah Hari Nih!

10 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. itulah subject aku... sociology and anthropology... hahaha belajar dengan cara tengok orang... ngeh3

    ردحذف
  2. good luck bro
    apepun, smoga ko berjaya
    tabah harungi semua
    kutip sgala rintangan sbg satu pengalaman dan pengjaran

    ردحذف
  3. alang2 nak mimpi indah tu..bacalah blog gua..haha

    ردحذف
  4. Manusia yg macam-macam, byk yg kena berhati-hati, tp belajar dgn mereka mmg seronok,bole buat kita matang dan bersedia sentiasa.

    ردحذف
  5. Belajar dari apa yang dinilai dengan faktor sekitar adalah suatu yang berkesan:)

    salam ziarah hans kembali setelkah lama menyepi...

    ردحذف
  6. hoho :P
    degil ke?bukan...tu lebih kepada ****n kot..hahaha...
    relaks hoho :P
    dont be sedih n keliru dear..
    dlm movie papadom, keliru itu harus di kupas supaya menjadi cntik :)

    ردحذف
  7. goodjob hans :) jangan nilai perempuan sudah lah haha

    ردحذف
  8. Harungi dugaan dengan tabah..kejayaan akan datang esok hari..

    ردحذف
  9. tersirat je luahan hans nie...
    papun, all the best!

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم