Esok pagi gua perlu menghadapi final test gua dan gua sekarang bertungkus lumus juga lah mengulangkali apa yang patut walaupun feel gua untuk study langsung tak ada dan apa yang gua baca sangat susah nak masuk. Adakah ini penangan jeruk dari Penang yang member gua bagi dekat gua? Hahahaha!
Jadi, tengah gua khusyuk belajar tu tiba - tiba satu bunyi yang betul - betul sangat kuat muncul depan gua. Tiba - tiba gua rasa macam kepala gua berpusing - pusing sambil termelatah sekejap! Wah! Apakah yang telah berlaku? Adakah ini semua disebabkan gempa bumi? Bila gua kembali berpijak di bumi yang nyata apa yang gua dapat lihat ialah almari plastik roomate gua tumbang menyembah bumi! Cess! Gara - gara almari dia tumbang buat gua melatah macam mak nenek sebentar tadi.
Lebih Kurang Macam Ni Lah Almari Roomate Aku Tu!
Patutlah almari plastik dia tumbang! Memang kedudukan almari nih dah tak balance dah! Haih! Gua baru nak panik ingatkan gempa bumi ker apa tadi. Syukur ini semua hanya sebab almari dan bukannya sebab lain. Fuh! Kesimpulannya, belilah almari plastik yang tahan lasak dan kukuh macam almari gua(alamak! Riak ker nih?). Hehehehe! Itu jer! Doakan kejayaan gua pagi esok dan terima kasih kerana membuang masa membaca entry gua nih! Hohoho!
Sedikit Fakta Tentang Gempa Bumi
(Sumber Rujukan Dari Berita Harian, Rabu, 16 Ogos 2006)
Gempa bumi ialah gegaran bumi yang disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba - tiba. Gempa bumi yang kuat mampu untuk membebaskan tenaga 10,000 kali ganda lebih banyak daripada tenaga yang dibebaskan oleh ledakan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 di Jepun. Gempa bumi boleh mencetuskan tanah runtuh serta menyebabkan kerosakan serta kehilangan nyawa dan sekiranya ia terjadi di dasar lautan ia boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami atau ombak laut seismos seperti yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004 yang lalu.
Kebanyakan gempa bumi terjadi di sepanjang sesar iaitu rekahan di dalam lapisan luar batuan bumi di mana bahagian batuan menggelongsor berulang kali melepasi antara satu sama lain. Sesar berlaku di kawasan batuan bumi yang lemah. Tekanan di dalam bumi menyebabkan bongkah batuan yang besar di sepanjang sesar menjadi terikan. Apabila terikan menjadi terlalu kuat, batuan akan merekah dan pecah hingga membentuk kedudukan baru yang menyebabkan berlakunya gegaran gempa bumi. Apabila gempa bumi berlaku, batuan yang merekah dengan hebat itu akan membebaskan getaran yang dikenali sebagai gelombang seismos. Gelombang ini akan bergerak keluar dari pusat gempa dalam semua arah dan ia secara beransur - ansur menjadi lemah.
P/S : Masih Terkejut Dengan Apa Yang Berlaku Tadi! Fuh!
huhuk.. ak nye almari pn da tumbang
ردحذف-____-" gudluck!
He he bikin saspen :)
ردحذفMra : aku nasib almari yang aku beli untuk degree nih bagus...xtumbang2 lagi
ردحذفrelevan : hohohoho...saspen ke?
banyak sangat benda2 yang tak patut di letak dalam tuh... wakakaka
ردحذفkaizen : aku rasa susunan barang dia tak balance kut...dah start melengkung ke apa almari tu memang tumbang sudah
ردحذفingtkan gempa betul tadii..hihi
ردحذفAbang Shaker : eh, tak ada lah...ini gempa bumi buatan barangan manusia jer...tapi bunyi dia kuat owhhh...terkejut gila tadi...ialah..tengah sunyi2 khusyuk study alih2 bunyi macam benda meletup je depan mata
ردحذفgile kentang... :D
ردحذفIngat gempa apa tadi..
ردحذفKemas almari..
banyak sgt baju tu..
ردحذفtu yang nak tumbang tu..
bawa2 la baju2 yang tak pakai tu balik..
hehe..
hans..good luck exam..
fuiihh... ingat gempa bumi betol da.. huhuhu.. nasib baik kami punya almari kayu...
ردحذفmarilah kita berBW utk mncr mud stady.. kehkehkeh
oit gud luck
ردحذفesok petang pon saya ada final exam
heee
tapi sangat malas nak study
T______T
besa la tu almari camtu memang senang tumbang kalau overload...
ردحذفkite dulu masa study pown pakai almari camtu...ayik tumbang dirikan balek..ye la..baju pompuankan banyak...dah dpt almari besar pun xmuat muat lagi..hukhukhuk...
gempa bumi almari hehehe kelakar
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com