Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Memang rugi benar kepada sesiapa yang mempunyai lesen kereta atau motosikal tetapi tidak memanfaatkan kelebihan itu untuk memandu sendiri kenderaan tersebut. Salah seorang yang berada di dalam golongan kerugian itu ialah gua sendiri. Hahahahaha!
Bersusah Payah Pakcik Nih Dapatkan Lesen Nak Memandu!
Kamu Yang Ada Lesen Pula Tak Mahu Memandu!
Gua tiada masalah untuk menunggang motosikal gua kemana saja gua pergi cuma perasaan itu tiada pada kereta. Entah kenapa gua memang tidak pernah terasa untuk memandu kereta walaupun gua mempunyai lesen. Bukan bermaksud disini gua tidak suka memandu kereta sebab kalau diikutkan hati dan nafsu memang hari - hari gua mahu memandu sendiri kereta tapi pasti ada saja benda yang buat gua malas atau cuak nak memandu kereta.
Adakah Gua Bawa Kereta Seperti Ini Petang Tadi?
Kalau diikutkan memang sudah lama gua tak memandu kereta. Kali terakhir gua memandu ialah di lebuh raya utara selatan iaitu daripada Alor Setar ke Sungai Dua, Pulau Pinang yang mengambil masa cuma dalam lingkungan 30 minit. Memang laju gua bawa masa tu sampai mak gua trauma nak naik kereta dengan gua lagi. Hahahaha! Maaf mak sebab masa tu hati nih teruja memandu. Pada waktu tu memang gua hebat lah bawa kereta versi manual tu. Tapi, sebab dah lama gua tak bawa jadi gua rasa - rasa banyak dah perkara gua lupa sampai buat gua kurang yakin nak memandu.
Mak Gua Mengalami Fobia Ini Hanya Pada
Waktu Gua Memandu Sahaja..Hehehehe!
Tetapi, entah kenapa tadi selepas habis gua dengan dua orang rakan gua berlakon untuk drama subjek Mandarin tiba - tiba gua terasa nak bawa kereta. Jadi, gua sempat lah bawa kereta member gua tu pusing dua kali mengelilingi deretan kedai dan itu sudah cukup membuatkan salah seorang dari kawan gua fobia. Hahahaha! Nasib tuan punya kereta relaks jer(gua berfikiran positif!). Kehkehkehkeh!
Gua Rasa Tuan Punya Kereta Cool Jer Tadi!
Gua Rasalah!
Yups! Rupa - rupanya gua masih ingat lagi bagaimana untuk memandu kereta cuma sedikit kekok. Senang cakap jika diberi masa 2-3 jam untuk berlatih memandu lagi mungkin gua akan kembali menjadi seperti Sebastian Vettel. Hahahaha! Apa - apapun, gua rasa gua dah kembali bersemangat untuk memandu kereta dan mungkin nanti apabila pulang ke Kedah gua akan memanfaatkan setiap hari dengan memandu kereta ayah gua. Hohohoho!
Dah Macam Rajnikanth Pula Gaya Vettle Nih
Apa - apapun, gua gembira kerana akhirnya hari nih gua telah berjaya menggerakkan kereta member gua walaupun muka member gua sudah bertukar menjadi biru kerana ketakutan. Hehehehehe! Hidup Hans! Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Adakah Wajah Member Gua Biru Seperti Ini Tadi? Kuikuiki!
P/S : Terima Kasih Kepada Semua Yang Menjawab Dan Mempromosikan Soalan Online Survey Di Blog Dan Facebook Kalian. Saya Telah Mendapat Respondent Yang Mencukupi. Terima Kasih Sekali Lagi!
Steady Pak Cik Tu Lesen Besar Pnya..
ردحذفyang penting yakin dik..insyallah semua ok :)
ردحذفyakin tu yang paling utama :)
ردحذفkat mne ek dpt gmbr pak cik tuh??hehehe
ردحذفarepnakbebel: gambar miera liyana dari tepi???
1st time aku bawak kete pakcik aku... reverse punya reverse, langgar pagar orang... hahaha
ردحذفOhhhhh.. macam akak la.
ردحذفDulu dapat lesen motor lepas habis SPM tahun 1996. Bawak kereta 2 tahun mcm tu lepas tak bawak dah sampai skrg. Sekarang ni kalau nak suruh bawak semula... mahu berpeluh ketiak akak sebab takut
Yg herannya,, lesen semedang je renew tiap2 tahun wakakakakakak
hahah.. aku pun mls nk bawa kereta sebenarnya.. klu dekat sukalah tp klu jauh malasnya..
ردحذفsaya dapat lesen sejak 4 - 5 tahun yang lepas tapi sampai sekarang tak pernah bawak kereta kat jalan raya lagi T_____T
ردحذفkesian saya terpaksa redah hujan lebat ke pejabat naik skuter walaupun kereta ada je kat umah T3T
kalau dah lama tak bawak, memang jadi kekok gila.. aku pun kena ambil masam dua tiga minit ambik angin dalam kereta tu sebelum jalan.heh
ردحذفyang penting speed, dude. kehkehkeh.
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com