5 Perkara Remeh Yang Menyebabkan Pergaduhan Besar

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Pernah tak korang terfikir apakah punca terjadinya pergaduhan antara dua orang sahabat yang sebelum ini begitu akrab tetapi tiba - tiba masing - masing bersikap dingin, tidak bertegur sapa atau lebih teruk lagi bergaduh besar dan akhirnya memutuskan tali persahabatan yang selama ini bersusah payah dibina?

Kadang - kadang punca yang menyebabkan pergaduhan itu terjadi amat lah remeh dan kadang - kadang buat gua macam tak percaya hanya kerana masalah remeh itu dua orang manusia yang sebelum ini ibarat dinding dan cat boleh berubah menjadi seperti bulan dan matahari atau lebih tepat lagi sangat jauh dan seolah - olah seperti tidak pernah kenal antara satu sama lain. Jadi, disini gua senaraikan 5 perkara remeh yang mampu menyebabkan pergaduhan besar antara 2 orang sahabat baik :-


1) Hack Akaun Facebook


Hah! Ini selalunya memang boleh buat 2 orang kawan baik bergaduh. Selalunya si A nih selalu hack akaun facebook si B. Bukannya sekali tapi berkali - kali. Tetapi, bila si B nih baru hack akaun facebook si A nih cuma sekali jer terus berperang besar sedangkan sebelum nih Si B tak pernah bising pun bila si A nih hack akaun facebook Si B. Contohnya :-

Akaun Facebook Si B Di Hack Si A -> Hai! Saya cantik! Baik hati! Penyayang!

Akaun Facebook Si A Di Hack Si B -> Hai! Saya buruk! Suka korek hidung depan orang! Pengotor!



2) Pecahkan Gelas, Mug Atau Pinggan Limited Edition


Hah! Kes nih pun selalunya boleh menyebabkan 2 orang rakan baik bergaduh besar gara - gara barang yang dipinjam tak tersengaja dipecahkan oleh orang yang meminjam barang tersebut. Paling perit bila barang yang pecah tu ialah daripada edisi terhad yang diperoleh hasil dari pembelian ubat gigi, sabun pencuci atau pun lain - lain. Contohnya :-

Si A -> Weihhh! Sorry lah si B sebab aku terpecahkan gelas kau yang aku pinjam tu!

Si B -> Apaaaaaaa? Kau pecahkan gelas tu? Kau tahu tak gelas tu bersusah payah aku dapatkan?

Si A -> Alahhh! Gelas percuma dari restoran makanan segera jer pun! Kau nih berkira lah!

Si B -> Mesti lahhhh! Percuma apa? Aku beli burger kut baru dapat gelas! Dah lah edisi terhad! Baik kau ganti balikkkk!!!!

Si A -> Habis tu? Macam mana dengan pinggan plastik aku yang kau hilangkan bulan lepas? Apa kau ingat percuma ker? Aku terpaksa beli 2 ubat gigi saiz besar tau semata - mata nak dapatkan sebiji pinggan tu padahal aku bukannya selalu pun gosok gigi.

Si B -> So? Kau nak aku ganti?

Si A -> Gantilahhhhhhhhhhh!!! Apa kau ingat aku dapat pinggan tu dari langit ker? Itu pun edisi terhad kut!

Si B -> Blah lah kau!

Si A -> Kau lah blah!



3) Makanan Diambil Tanpa Pengetahuan


Hah! Kes macam nih pun boleh buat 2 orang manusia bermasam muka atau berperang besar tahap perang dunia punya. Hanya disebabkan sebungkus maggi atau sebungkus biskut atau pun sebiji buah boleh menyebabkan pertalian persahabatan yang dibina sebelum ini terputus di pertengahan jalan. Contohnya:-

Si A -> Hoi! Kau ambil milo aku kan?

Si B -> Ar ar! Aku ambil satu! Sorry! Lupa nak bagitahu kau lah!

Si A -> Hoi, mangkuk! Apa kau ingat aku beli milo tu nak bagi kau mengketedarah ker?

Si B -> Kau nih pehal? Aku ambil 1 jer kan?

Si A -> Arghhhh! Banyaklah kau punya 1! Hari nih 1! Semalam 1! Esok 1! &*&*^&%&*(mencarut)

Si B -> Hotak kau lah! Kau pun selama nih ambil biskut aku lah! Buah aku lah! Roti aku lah! Aku tak bising pun! Kau nih pehal berkira sangat nih? *&*&*^&*(mencarut)

Si A -> Sudahlah kau! Menyesal aku kenal kau!

Si B -> Aku pun sama! Menyesal kenal kau!



4) Terguna Beberapa Bahan Mandian Dan Pembersih Diri


Hah! Ini pun memang boleh bikin 2 manusia yang berkawan baik bergaduh gara - gara salah seorang selalu sangat menggunakan bahan mandian salah seorang lagi seperti sabun, ubat gigi, pencuci muka, syampu dan sebagainya. Sebagai contoh :-

Si A -> Oit! Aku nak tanya kau sikit nih!

Si B -> Tanya apa?

Si A -> Kau pakai sabun Body Shop aku ker?

Si B -> Eh, mana kau tahu nih? Ar ar! Kenapa? Tak boleh?

Si A -> Aku nak tanya lagi satu soalan tapi kau jangan marah pula.

Si B -> Tanya apa?

Si A -> Kau tak ada duit ker nak beli sabun mandi? Kalau tak ada aku boleh bagi kau sabun FAB yang warna biru tu.

Si B -> Kurang ajar! Blah lah kau! Pasnih aku tak ingin lagi nak guna harta benda kau!

Si A -> Hah! Baguslah! Selama nih pun aku beli bukan untuk bagi kau guna pun! Sedarlah diri sikit!

Si B -> Tak guna!



5) Tersalah Pakai Selipar


Hah! Ini pun boleh menyebabkan pergaduhan yang amat dasyat juga jika tidak diselesaikan dengan cara baik. Kadang - kadang ada orang yang suka sangat memakai selipar kita dan ada sesetengah kes gara - gara nak cepat mereka tak sedar yang mereka memakai selipar orang lain. Contohnya :-

Si A -> Hoi! Kau pakai selipar aku kan tadi?

Si B -> Ar ar! Sorry weih! Aku terpakai! Aku nak cepat tadi sampai tak sedar aku tersalah pakai selipar kau!

Si A -> Banyaklah alasan kau! Bedebah betul! Pasal kau aku dah terlepas temujanji dengan buah hati aku!

Si B -> Sorry lah weih! Aku memang tak sengaja! Sorry sangat - sangat! Alah! Asal kau tak pakai jer selipar aku tu?

Si A -> Sudahlah kau! Suka sangat menyusahkan orang! Kau ingat selipar kau tu cantik ker? Selipar kau tu buruk macam tuan dia juga!

Si B -> Oiii! Relaks lah! Aku memang betul - betul tak sengaja kut terpakai selipar kau! Hari tu kau pakai kasut aku sampai aku tak ada kasut ada aku bising? Tak kan?

Si A -> Arghhhh! Malas aku nak layan aku! Pencuri kasut!

Si B -> Blah lah kau! *(**&&*^*&%^^%$^(mencarut)


Lihat! Gara - gara 5 perkara yang bila kita fikirkan balik sebenarnya bukanlah satu masalah besar sangat pun atau lebih tepat lagi boleh dikatakan perkara yang remeh sahaja yang boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi oleh kerana masing - masing suka mengikut emosi membuatkan pertalian silaturahim yang sebelum ini begitu rapat sekali seperti adik beradik berakhir dengan masing - masing bermusuhan antara satu sama lain.




Mungkin anda yang sedang membaca pernah terlibat di dalam hal seperti ini atau paling tidak pernah menyaksikan adegan seperti ini? Apa - apapun, jika menghadapi situasi seperti ini janganlah terlalu mengikut emosi. Selesaikan dengan cara yang baik. Insyaallah! Anda mampu mengubahnya ke arah yang lebih positif.



P/S : Si A Dan Si B Nih Mewakili Wanita Atau Lelaki? Anda Rasa?

25 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Erk!! Memang remeh kot. Tapi kalau dalam situasi atas tu, ada yang perempuan buat, ada jugak yang lelaki buat. Tapi selalunyalah, lelaki ni jenis tak kisah sangat kot hal-hal remeh. Haha. Kan?

    ردحذف
  2. ronald : info?

    farhana : entah..rasa2nya lelaki memang sangat jarang la untuk ambil kisah pasal nih

    miss fyqa : tu la pasal

    atie rahaman : pengalaman sendiri? sudah semestinya lah tak...tak ada maknanya nak terasa pasal benda2 macam nih...ini daripada pengalaman rakan2 wanita saya

    ردحذف
  3. akaun saya dihack kakak saya baru tadi. n dia dah tido. boleh tak nak tegur tak esok? hahah

    ردحذف
  4. salah pakai selipar. -.-' agk btol dlu kt asrama sllu jadi. ahahaha, kecoh btol kwn jnis ni. haish.

    ردحذف
  5. lima2 tu mmg hangin kalau dh kena.no 3 tu lg bahaya.kot org tu x halalkan, mmg azab lah.

    ردحذف
  6. cam ada pengalaman hans je entri kat atas...haha, part pecah kan gelas limited edition tu tak tahan...kihkih

    ردحذف
  7. Mingming : hahahaha...boleh2

    puteri : kan

    cik heroin : hahaha...

    zaki :hah....dah jumpa dah...hohoho

    green apel : erkkk? entry nih 100% bukannya pengalaman saya tetapi pengalaman rakan - rakan saya terutama wanita...

    ردحذف
  8. yg no 2 tuh. adehhh seram woo kalo terbuat. mane nak carik mende alah tu. agagaga

    ردحذف
  9. nampak remeh tapi boleh buat kita begaduh besar tu.... nice info... jemput ke blog :)

    ردحذف
  10. how bout tak gaduh tpi gduh sbbkan bnda rmeh trjadi..

    huu..

    apa sy mrapu ni..

    ردحذف
  11. heheh...setakat marah sikit ade la kot kalo jadi bab makanan kena amik tiap2 hari...xde plak pergaduhan besar berlaku..

    ردحذف
  12. betul tu..kdg2 benda remeh tu la sbbkan dua besfren gaduh..sy prnh dh alaminya, kdg2 xtau sebab apa, tetibe jekk jd dingin..pelik kan hehe

    ردحذف
  13. yang ke6 pinjam baju tak pulang2..

    huhuhu..nie salah satu gak tp klau sbut psl wanita yang ke6 ni mmg xwjud la

    ردحذف
  14. konform laki tuh.. hahaha... lawak la part curik gelas tuh... pernah jadi cam tuh gak.. tp x da la smpai berperang~

    ردحذف
  15. aku tak suka orang pakai selipar aku. walaupun selipar tu tak semahal mana

    ردحذف
  16. kalau duk kat uma bujang, mg slalu salah fahaman berlaku... penah dulu, ciap perang dingin. depan2 suma akrab, tp kat blakang duk perang tampal2 notes kat dinding! hahaha comel betul =p

    ردحذف
  17. naseb baek tak penah berlaku semua perkara di atas kt idup aku.. hek3

    ردحذف
  18. ada dua orang member aku ni, memang diorang kamceng gila dari zaman skolah sampai dah nak grad ni.

    akhirnya gaduh. sebab? berebut lelaki. kuang3. sedih btol.

    ردحذف
  19. haha... lagi satu gaduh besar kalau si A dengan sengaja ambik awek si B..

    si B : kenapa ko ambik awek aku
    Si A : ala member2 pun nak berkira
    hari tu ko ambik meggi aku aku tak bising pun..

    si b : (diam)... $%&%&$&$&%&$(#(#(#@

    ردحذف
  20. hahaha!!!
    ngek toi kan...
    sebab mulut persahabatan binasa...
    benda kecik ja...tp mulut cam haram...kiki....

    ردحذف
  21. Kawan sy yg kenal rapat sembilan tahun. serumah 6 tahun...tak berckp dgn sy gara2 sy x nk bawak keta keluar mkn. Dan dia tpaksa bwk keta dia. Slm ni selalu jgk sy yg bw. Bukan x pernah pun. Snrnya mg kcik ja penyebab. Tp yg bsr ya sikap yg mjdikan pyebab tu ag kecewakan kita.....sb tu sy pun mls lyan dia. Boooo layan lh.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم