Fuh! 4 Kali Terserempak Dengan Polis!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Cuaca dekat kawasan Utara pada hari nih panas gila kut! Fuh! Berpeluh gua hari nih! Tadi, gua pergi ambil motosikal gua dekat pejabat pos besar tu dengan hati yang riang! Mesti dia rindu gua! Hehehe! Jadi, sebab hari tu gua malas nak buang cermin sisi motosikal dengan nombor plat motosikal sebab gua kejar masa jadi memang jangkaan gua tepat lah. Cermin sisi kanan gua hilang! Mungkin tertanggal! Itulah gua! Kakak tu dah nasihat dah suruh tanggal tapi gua degil! Rasakan! Hahahahaha!


 Mr Stubborn - Hans


Kalau sebelah kiri hilang tak kisah sangatlah sebab gua memang tak guna sangat pun tapi bila yang kanan hilang tu buat gua risau tu! Walawehhhhhh!! Gua dah kecut perut dah nih takut terserempak dengan polis! Jadi, gua pun bawa lah slow - slow dan ikut kiri memanjang. Susah kut nak memotong ke apa sebab gua tak tahu sebelah kanan gua ada kereta ker tak. Kang kalau memandai gua pergi kanan tiba - tiba kena lenyek dengan kereta tak ker malang nasib Lisa Surihans. Hahahaha!


 Motosikal Diorang Laju Owhhh


Jadi, masa mula bergerak tu tiba - tiba depan pejabat pos gua terserempak dengan kereta polis yang jalan terus tanpa berhenti. Alhamdulillah! Dalam perjalanan selepas tu pula dekat bulatan depan BSN tu tiba - tiba ada 2 orang polis traffik sedang menyaman kereta - kereta yang parking di tempat yang tak dibenarkan sambil naik motosikal. Mak aihhhhhhhhhh!!!! Takuttttttt betul gua waktu nih!! Gua pun cepat - cepat lah ke depan sebab gua perasan macam diorang nampak gua jer. Alih - alih traffik light pula merah! Mampus gua! Gua berserah jer lah! Redha! Tawakal! Tetapi, alhamdulillah tak ada pula diorang datang dekat gua.


 Tak Pernah Lagi Gua Datang Sini Apatah Lagi Lepak


Lepas tu depan bangunan KFC/Pizza Hut dekat Pekan Rabu tu ada pula lelaki kurang sihat sikit mentalnya berjalan - jalan dekat tengah jalan tu. Adoiyai! Risau betul gua dengan kereta kiri kanan gua laju. Nasib gua melepasi halangan itu dengan jayanya. Mak dato! Nak kena lalu depan pejabat polis trafik pula yang berjiran dengan pejabat pos dekat situ. Ada polis trafik depan gua rupanya masa tu tapi nasib gua tak kena apa - apa.


 Pejabat Pos Jalan Raja


Tengah gua melilau cari kedai motosikal sebab nak pasang side mirror tu tiba - tiba ada lagi satu kereta polis lalu betul - betul depan gua sambil memandang gua. Adoiyai! Nasib dia pandang jer lepas tu berlalu pergi meninggalkan gua yang berpeluh mungkin disebabkan panas atau cuak. Hahahahaha! Alhamdulillah! Akhirnya motosikal gua menjadi semakin kacak dengan side mirror baru. Hehehehehhehe! Apa - apapun, gua rasa mungkin polis cuak dengan gua pada hari nih sebab tu dia tak buat apa - apa dekat gua. Kan? Hahahahahah! Padahal gua yang cuak dengan diorang. Takut kena saman sebab duit tak ada! Hohoho! Okaylah! Nak rehat kejap!Bye!


 Kalau Gua Kena Saman Agak - Agak Polis Tu Nak
Bergambar Dengan Gua Macam Dalam Gambar Nih Tak?


P/S : Kempunan Goreng Pisang! Macam Tahu - Tahu Jer Gua Berdiet! Hahahha!

11 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. pergh... kalau kat KL dah kene soal pasal asid tuh hahaha... bebaik bro

    ردحذف
  2. polis? cuak dgn polis ke bro? ahahaha, teringat ms kecik, tak suka jumpa polis, getaq lutut semacam pdhl takde slh papepon:p

    ردحذف
  3. shukri : hahahaha...ada ke situ plak perginya

    c-tea : kui4

    fifiey : kes awak tu lain..itu takut tanpa sebab....saya nih sebab risaukan side mirror yang tak ada dekat motosikal tu sebab hilang...nih baca tak habis la nih...

    ردحذف
  4. haha..mmg nasib baik..pi cpt beli side mirror!

    ردحذف
  5. heheh..mesti time bwk tu menggigil je..heheh..tula bahaye side mirror xde ni..

    ردحذف
  6. bila dah skali kene kite jd fobia kan...haha.cm ritue polis wt roblock,mak aih jantung 189 km/h kencang..haha

    ردحذف
  7. dekat perlis pon panas gilaaaa
    Y___Y

    ردحذف
  8. skang ni nk kuar g keje pon tkt pasal simbah2 asid..dh laa mangsa pompuan lak tu

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم