Hans Punya Blog Dah 3 Tahun

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Hari nih gua penat sikit sebab seharian berada di luar rumah berjalan - jalan menikmati makanan kenduri dan balik kampung. Alhamdulillah! Seronok rasanya hari nih!

Sedang gua dalam perjalanan pulang tu tiba - tiba gua teringat kan blog gua nih dan baru gua sedar usia blog gua nih dah 3 tahun dah bila dah masuk bulan Mei. Gua betul - betul lupa jadi tak dapat lah gua nak buat ucapan panjang - panjang macam sebelum nih. Hahahaha!




Apa - apapun, gua nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca, followers dan silent readers kerana masih sudi baca dan komen entry - entry gua nih yang kadang - kadang ada yang berfaedah dan kadang - kadang sekadar untuk hiburan dan ada juga sesetengah entry tu entry gua syok sendiri jer meluahkan perasaan atau emosi yang terpendam. Hahahaha!

3 tahun bukan lah lama sangat tapi dengan berblog nih macam - macam perkara yang gua belajar dan ramai blogger juga gua kenal atau pernah jumpa. Ada yang gua baik dan ada yang sebaliknya. Ada dulu baik dan sekarang pula macam tak pernah kenal. Biasalah tu! Kadang - kadang gua yang salah dan kadang - kadang ada lah kesilapan dari orang lain! Kadang - kadang mungkin juga salah faham. Biasalah tu! Hehehehe!

Apa - apapun, terima kasih sekali lagi lah atas segala sokongan, nasihat, kritikan dan sebagainya kerana semua tu mengajar gua supaya lebih kuat dan lebih bersemangat untuk berkongsi apa yang gua rasa terbaik untuk dikongsi. Gua pun nak minta maaf lah kalau ada salah dan silap selama 3 tahun berblog nih sama ada gua sedar atau tidak. Okaylay! Gua nak rehat kejap! Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!

P/S : Teringat Kata - Kata Member Gua Iaitu Afiqah Dan Gua Tersenyum Sendiri! Gua Pun Tak Pernah Bermimpi Semua Tu! :-)

30 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Selamat Ulang Tahun yg ke 3 utk blog Hans..

    :)

    ردحذف
  2. waaah!!congrates...ak pun bole lupe besday blog ak..bln april ri tu...sebuk sgt...haaaa

    ردحذف
  3. lam btol ko bertahan dalam alam blogging ni...congrat

    ردحذف
  4. selamat hari untuk blog ni.baru boleh bercakap sikit2 ni..hehe

    ردحذف
  5. miss fyqa : terima kasih :-)

    whosena : ni pun tiba2 teringat..hahaa :-)

    GKSB : Terima kasih... :-)

    faiz : baru 3 tahun..tak lama mana pun..terima kasih faiz sentiasa menyokong aku :-)

    Azhan : hehe..terima kasih :-)

    Syuk Ry : terima kasih...sentiasa la sokong kawan ko nih yer syuk :-)

    ردحذف
  6. happy birthday blog hans :) 3 tahun tu lama..dlm masa 3 tahun tu lah dpt tahu kematangan penulisan hans, kalo xcaya, bndingkan dr awal hans blogging smpai skrg..msti nmpk perubahan kan? :)

    ردحذف
  7. tahniah hans sebab berjaya maintain dgn blog ni selama 3 tahun. semoga bertambah2 hebat lg lepas ni :)

    ردحذف
  8. Happy birthday blog hans :)
    keep up the nice work ;)

    ردحذف
  9. tahniah! HB ke 3! :D

    ردحذف
  10. semoga ulang tahun ke-3 blog Hans. terus berkarya!

    ردحذف
  11. nak adiah ke tak nih?

    tak?

    Ok~ hahahha

    ردحذف
  12. fuyoo!den tak sampai setahun pun lagi

    ردحذف
  13. Selamat ulangtahun wahai blog hehehe.. 3 tahun tu dah besar dah tu... hehehe... :)

    ردحذف
  14. assalam...wah tahniah.fuuhhh 3 tahun nak maintain...pencapaian yg gigih tuu...ku baru jer masuk 6 bulan

    ردحذف
  15. Assalam hans..
    tahniah dan selamat ulang tahun yg ke 3 tuk blog hans.. moga teruskan ngan penulisan kat sini ya.. masa awal2 kenal blog ni dulu adalah kerna SRK sbb tu sampai skank ble tgk citer SRK akan ingat blog hans.. hehee.. selamat maju jaya tuk hans dan hans punya blog..

    sabar menanti oktober tuk ulangtahun ke 2 iNiLaH DuNia Ku... :)

    ردحذف
  16. tahniah happy birthday ntk blog, da tua blog ko jgk kan, truskn menaip, jgn jadi mcm ak pny blog ni :P

    ردحذف
  17. wah ! tahniah kerana masih bertahan ;)

    ردحذف
  18. tahniah.selamat maju jaya dn terus berjaya

    ردحذف
  19. 3 dah usia ko hans. Heehee. Tua aku setaun. Heeee. Anyway, selamat kelahiran ketiga. Moga terus maju jaya. :)

    ردحذف
  20. salam Hans

    tahniah bro!
    :)

    ردحذف
  21. Selamat hari raya...
    ops... sselamat ulangtahun pemblogan..

    ردحذف
  22. samelah kite dah 3 tahun cume blog sis tua bbrp bulan dan hampir nk masuk 4 thn ... ;) tp blog Hans lg fofuler

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم