Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Nampaknya sekarang gua kurang mengikuti isu semasa kerana kemalasan membeli surat khabar atau membacanya secara online. Jadi, bila tadi berkesempatan untuk membaca surat khabar dan gua tertarik untuk mengulas tentang sebuah artikel yang menulis tentang cadangan untuk melarang penjualan nasi lemak kepada pelajar sekolah yang mungkin jika dilaksanakan maka nasi lemak hanya akan dijual cuma sekali dalam seminggu di setiap kantin sekolah di seluruh negara.
Punca larangan ini adalah kononnya disebabkan masalah obesiti yang dipercayai datangnya daripada nasi lemak yang menjadi penyebab utama gejala ini melanda generasi muda negara terutama kanak - kanak dan pelajar. Gua rasa larangan ini langsung tidak munasabah atau lebih tepat lagi sangat merepek. Gua macam tak percaya ada juga manusia yang terfikir untuk menyumbangkan idea lucu sebegini. Setahu gua yang pernah belajar tentang pemakanan sewaktu bersekolah dahulu dan gua akui walaupun ilmu gua sangatlah cetek tapi mengikut pemahaman gua obesiti ini disebabkan oleh 3 perkara jer iaitu :-
- Keturunan
- Pemakanan
- Senaman
Keturunan disini sebagai contoh apabila ibu yang sedang mengandung mengalami penyakit kencing manis dan secara tidak langsung ia memberi kesan kepada bayi yang dilahirkan dimana bayi akan bersaiz besar sejak dari awal lagi(jika ada kesalahan fakta minta betulkan yer!). Pemakanan pulan bermaksud bagaimana cara kita mengawal pemakanan kita. Betulkah setiap hari kita mengamalkan pengambilan jumlah makanan mengikut sistem piramid makanan yang diperkenalkan kepada kita sebelum ini? Berapa banyak kalori dan lemak yang kita ambil? Cukupkah pengambilan zat seperti karbohidrat, protein, zat besi dan pelbagai lagi lah di dalam makanan yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari. Akhir sekali ialah senaman di mana memang ramai rakyat Malaysia sekarang tidak gemar untuk bersenam. Cuba tanya pada diri kita sendiri dalam seminggu berapa jam kita peruntukkan untuk bersenam?
Mungkin nasi lemak itu sendiri memang mempunyai nilai kalori yang cukup tinggi menepati nama 'Lemak' yang diberikan namun tidak perlulah hingga di larang penjualannya kepada pelajar - pelajar. Adalah lebih bijak dengan memperkenalkan sistem yang menetapkan jumlah kuantiti makanan yang di jual kepada pelajar daripada dilarang terus penjualannya. Hakikatnya, makanan jenis apa pun jika dimakan di dalam kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan obesiti berlaku. Jadi, nampak kan disini aspek yang perlu dijaga ialah kuantiti makanan yang dimakan dan bukannya terus menghukum sesuatu menu itu sebagai penyebab obesiti.
Nasi lemak adalah makanan istimewa dan menjadi identiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Masyarakat luar sibuk memperkenal serta mempromosikan menu mereka seperti pizza, roti, spaghetti, lasagna dan pelbagai lagi supaya lebih terkenal dan diterima masyarakat lain tetapi kita pula seolah - olah cuba untuk mematikan menu tradisi kita sendiri. Jika dilarang penjualannya memang akan memberi kesan yang bukannya sedikit kepada penjual nasi lemak tempatan yang rata - ratanya pun bukannya senang sangat.
Apa yang aku lihat masyarakat kita selalu sangat menyalahkan benda lain atas masalah yang terjadi terhadap mereka. Sebagai contoh jika anak menghidap obesiti di salahkannya makanan. Jika anak gagal periksa disalahnya guru yang mengajar. Senang cakap kita suka menyalahkan pihak lain sedangkan hakikatnya diri kita sendiri sebenarnya yang salah. Obesiti bukannya disebabkan nasi lemak tetapi disebabkan pemakanan yang tidak terkawal dan tiadanya aktiviti menyihatkan iaitu bersenam dilakukan oleh anak mereka. Aku lebih setuju jika makanan segera dilabelkan sebagai punca obesiti.
Senang cakap jangan berfikir singkat dengan terus menjadikan nasi lemak sebagai mangsa masalah ini. Jika tidak mahu obesiti terjadi terhadap diri anda maka kawal lah pemakanan dan bersenam. Dan jika tidak mahu anak anda gemuk dan sebagainya maka kawal lah pemakanan anak anda. Daripada zaman sebelum merdeka lagi dah beratus ribu dah manusia yang makan nasi lemak tetapi tak ada pula mengidap obesiti. Sebab apa? Sebab makan di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Kesimpulannya, nasi lemak tidak berdosa!
P/S : Pencinta Nasi Lemak Daun Pisang
Saya setuju
ردحذفbetul tu..sokong2..^_^
ردحذفapik sokong sangat2..bukan salah nasik lemak..cian dia
ردحذفpelik betul cadangan tu. entah macamana la muka orang yang mencadangkan larangan jual nasi lemak tu yer...
ردحذف"Aku lebih setuju jika makanan segera dilabelkan sebagai punca obesiti". Sama dgn pndapat aku masa mula2 berita ni kluar kt tv3 hr tu. Pendapat ini mmang tepat sekali. sbelum dlarang memakan nasi lemak baik larang KFC, MC D, pizza n golongan seangkatan dgnnya dahulu. aku rasa org yg bg pndapat nie msti anti nasi lemak. harharhar..
ردحذفkat mesai xbg makan nasi lemak kat sekolah.. kami kat sini kebulur mengidam semua ada.. huhuuuuu
ردحذفaku setuju..nila inisiatif kerajaan paling merepek kat sekolah..makayah yg sepatutnya pantau makanan anak ni..
ردحذفsetuju-setuju....
ردحذفsepatutnya kerajaan buat mcm luar negara, kutip duit siap2 provide makanan berkhasiat utk budak2 makan time rehat, mcm oversea.... pastu pantau ape yang kantin jual... lantik pegawai pemakanan (baru la sape yg amek kos pemakanan time kat U ade keje)..
ps:emosional plak aku...
sama la dengan larangan buat lagu berunsurkan kenegerian masa time dulu2. dengan alasan takut gaduh sebab semangat kenegerian. waddefish? nasib baik sekarang dah tarik balik larangan tu. aku harap larangan nasik lemak ni pun akan ditarik balik satu hari nanti. langsung x best zaman sekolah x de nasik lemak... T_T
ردحذفapa ke hal laa nak larang jual nasi lemak kat sekolah tu.. kalo kat umah pon...mak bapak dorg kasi gak... xguna nyerr.. yg penting...mcm mana cara penjagaan pemakanan mereka...
ردحذفsetuju! nasi lemak xbersalah! haha
isk.. isk.. isk.. ini macam pun ada ka... hummm
ردحذفNasik lemak 50posen pun ok apa..
ردحذفHUH betull,,,
ردحذفbuat ape salahkan nasi lemak kan??
haishhhh!!
uhuk.. >___< ade lg kan makanan yg dikawal kt skola.. ak bace da xfaham da kenapa msti mcm tu..huhu.. xde proof sangat pn semua ni lead obes or what.. fast food aku leh terima la.. huhu
ردحذفaaahhh setuju2..mak sy pun terus bangkang sebangkang2nya sbb mak sy jual nasi lemak kt kantin :P
ردحذفbukan salah nasik lemak jugak. byk lagi makanan lain. kan?kan? ^_^
ردحذفbeno tu..awat tak KFC ka? McD ka? Pizza ka?
ردحذفsokong....NASI LEMAK TAK SALAH! mmg sya pun masa sek ren dulu jual nasi lemak gak.siap ambik oder dr cikgu lg.tp kne stop psl mengancam bisnes makcik kantin!...hihii...skrg ni yg slahnya byk lagi mknn lain yg berlemak .lagi satu budak2 skrg apa xtvt dia? ddk dpn pc jekan...mmg lah obes,tk de xtvt utk fizikal.bila fizikal tk sihat,mental pun jd malas lah...tu lah puncanya.
ردحذفnasik lemak merupakan kegemaran aku..
ردحذفdah 10 tahun aku makan x gemok2 pon.
Kasihan! Nasi Lemak itu makanan kegemaran nombor satuku! Sampai hati mereka nak KAWAL dengan cara begitu. Kalau Nasi Lemak itu boleh berkata-kata, tentu dia dah mengutuk orang yang kawalnya dgn ketat. Ini dah melampau. Nanti, makanan turun-temurun nenek moyang kita ini akan terPUPUS! D:
ردحذفkesian nasik lemak tu kan3x??
ردحذف<= penggemar nasi lemak tapi badan still maintain pun!
kejam!
tak patut layan nasi lemak macam tu X___X
hahah... nasi lemak dari dulu lagi dijual.. bukan salah nasi lemak.. tapi salah orang yang menutup kesalahan sendiri...
ردحذفBismillah. kenapa diorang (pihak berkuasa) tidak berfikir seperti apa yg kita fikirkan? Adakah semakin tinggi jawatan semakin cetek pengetahuan? Atau semakin tinggi pangkat semakin bertambah dungu? hairan dan pelik. Adoi2..
ردحذفada pulak makanan dipersalahkan. itu kan rezeki. salahkan diri sendiri yang tak pandai kawal pemakanan. sbenanye kesedaran tentang pemakanan semimbang bermula daripada didikan ibu bapa itu sendiri.
ردحذفhee chill ^-^
kesian nasi lemak
ردحذفdulu hari hari jer makan nasi lemak kat sekolah.. takder pun gemok cam gitu..hurm..pelik..salah makan kot
ردحذفgue bila xmkan nasi lemak makin gemuk..
ردحذفnasi lemak feveret tu..
hehee
sokong2..nasi lemak plak jadi mangsa..yang dalam tb duk tayang iklan makanan segera tu..pagi2 dah dapat murah rm4 la rm4.99..macam2 yang tu konfirm lagi bahye..
ردحذفsetuju2,.sambil ngidam nasik lemak
ردحذفsame la sis..pun pencinta nasi lemak jugaa..tp tue la nasi lemak nie kejap je leh wat kite ngantuk.hmm
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com