Selamat Tinggal Rambut Singa

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Semalam gua memang tekad nak pergi gunting rambut gua sebab gua rasa rambut gua dah 1/2 hampir kepada rambut kumpulan Alleycats dah. Rimas sebab rasa panas jer sampai kadang gua gatal - gatal kepala dah macam ada kutu pula dalam rambut gua. Hahahaha!


 Belum Sampai Ke Tahap Ini


Jadi, semalam gua nak pergi la dekat kedai gunting yang selalu gua pergi nih(selalu tu tak selalu sangat lah sebab dah setahun gua tak pergi kedai dia....hahahaha). Mana tak nya! Gua setahun rasa - rasanya 3-4 kali jer gunting rambut sebab tu rambut gua dah macam rambut singa jantan dah. Mengembang habis! Hahahaha! Tapi sayangnya kedai gunting pakcik tu tutup! Sob Sob Sob!

 

Jadi, gua pun menuju dekat kedai sebelah pula. Uncle nih tengah baik punya feeling hisap rokok dekat depan kedai dia. Gua pun sebab mengenangkan gua bukan nak kejar masa jadi gua pun relaks jer lah kejap dalam kedai dia kejap. Gua tunggu punya tunggu! "Amboi, orang tua nih! Boleh tahan juga lama dia hisap rokok!" Tapi, gua cool jer lah layan kejap lagu - lagu Tamil yang berkumandang dekat corong radio. Sedap irama dia! Sesekali gua menggoyangkan kepala menikmati irama dan tarinya.
 
Tiba - tiba bila gua berpaling dekat belakang, si uncle nih dah berjalan ke depan. Amboi! Mana uncle nih menghilang? Takkan tadi tu hantu kut? Walawehhh! Rupa - rupanya boleh pula dia melepak dekat kedai sebelah. Siap sembang boleh! Gua pun pergi lah bagitahu dia gua nak gunting rambut tapi gua senyum - senyum jer. Rupa - rupanya dia tak perasan gua masuk kedai dia masa dia tengah hisap rokok tadi. Nasib gua bukan perompak! Heheheh!




Lepas tu rambut gua pun digunting dan gua bersembang dengan uncle tu agak lama juga. Asal sekarang gua ramah - tamah jer nih? Hehehehehe! Akhirnya! Rambut gua dah digunting pendek! Kelihatan kacak dan bergaya. Hohoho! Waktu gua balik tu ada 2 perkara yang buat hati gua melonjak girang :-


1) Selamat Tinggal Kepada Rambut Singa


2) Gua Dah Kurus(buktinya Uncle tu tak perasan gua masuk kedai dia)


P/S : Hahahahahahahahahaha!

23 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha handsome tu gua setuju lah. tapi kalau kurus tu agak agak lah hans haha

    ردحذف
  2. naz : dah ada dah sorang yang dengki dengan gua...hahaha

    ردحذف
  3. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...selamat berambu baru..musti kacak dan bergaya kan..motip puji lebey2..hihi

    ردحذف
  4. rugi doh potong rambut. ko bayangkan dah berapa ratus ringgit ko laburkan syampu kat rambut ko tu. last2 ko potong je? rugi, rugi.

    ردحذف
  5. hehe..kurus sampai xperasan ye..

    ردحذف
  6. cintazulaikha : xper puji lebih2..saya tak riak..dah biasa dah puji2 nih(cam riak plak kan bunyi?)...hahahaha

    peep : orang kedua jeles dengan gua selepas Naz...hahahaha

    sogeking : hahahaha..xberagak...rambut aku tu aku laburkan RM20 je untuk syampu..minyak rambut apa aku rembat housemate aku jer bila perlu guna...hahahaha

    shafique : hahaha..tu la pasal...xper..3 bulan lagi aku geng dia balik

    tia : mana2 pun sentiasa kacak...hahah

    faiz : tahu xper...hahahaha

    ردحذف
  7. macam celaka je ko kan. rambut reti nak bela. tang jaga, pau member punye. haha.

    ردحذف
  8. Sogeking : bukan aku pow selalu pun...sebulan 2 kali jer..hahahaha

    ردحذف
  9. ala..apasal tak tgkp gmba ko sblm dn slps..nak tgk gakkK~

    ردحذف
  10. Qarr : aku gunting dkt mamak je kut...bukan salon sampai nak letak gamboo...hahahaha

    ردحذف
  11. ye ke..uncle tu tak perasan sebab hans kurus..tu sebab die teringat kat buah hati die tu..

    ردحذف
  12. hanie_dew : kahkahakhaaka

    sutera kasih : hanis zalikha? masa bila saya taip nama dia dkt sini>????

    ردحذف
  13. wah wahhh hepynyer da kurus! tgh diet jugak ney. heheh

    ردحذف
  14. takde maknanya kurus. pakcik tu rabun. mana nak nampak ko. act dia nampak ko sebaris dengan sofa dalam kedai tu. hahahaha :P

    ردحذف
  15. keciknyeee...sampaii orang kedai gunting rambut pun tak nampak =)

    ردحذف
  16. siyess wa nak gelak bace ntry lu.. sempoi habis.. tp interesting sehhh

    ردحذف
  17. dah kurus?

    setiap kali ckp "dah kurus" mesti teringat iklan Tummitrim. :P

    ردحذف
  18. rambut ghupe singa pun pakcik tu tak nampak? haha

    ردحذف
  19. eny takmau potong rambut, nak simpan sampai pungkoq :)

    http://almarisiparipari.blogspot.com/2011/05/my-secret-wish-contest.html

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم