Semalam adalah hari terakhir gua dibumi Shah Alam sebagai seorang pelajar semester 5 sebelum memulakan latihan praktikal bulan 9 ini. Insyaallah! Jadi, memanglah gua kelam kabut sikit menyelesaikan segala urusan gua. Gua dah rancang dah lepas taklimat praktikal gua pukul 10 pagi tu jer gua nak pergi pejabat pos untuk hantar buku dan baju semua tu. Lepas tu gua nak pos motosikal gua balik Kedah. Kemudian kemas barang dan malam tu balik ke Kedah.
Tapi nak dijadikan ceritanya tiba - tiba taklimat tu ditunda ke pukul 5.30 petang. Bayangkan dari pukul 10 pagi tunggu tapi pukul 12.30 tengahari baru dapat tahu yang benda tu ditunda ke petang. Memang sakit hati betul! Dah lah lapar sepasal! Huhhhh!!! Jadi, selepas tu pergilah pejabat pos dengan classmate gua tapi sebelum tu bergambar ramai - ramai dulu dekat fakulti.
Lepas tu gua follow member - member group gua pergi hantar member baik gua dari diploma lagi, si Nurhayati Abd. Halim nih ke rumah sebab flight dia ke Sarawak petang semalam. Member - member perempuan gua semua nangis - nangis sebab lepas nih memang susah nak jumpa lah. Masing - masing jauh kan. Selepas tu pergilah pejabat pos lepas dah keluarkan duit dari ATM.
Member Gua - 'Yuna'
Gua dah beratur dah dekat kaunter tu tiba - tiba baru gua perasan gua tak isi lagi from Pos Laju. Cess! Asal lah gua clumsy sangat nih! Pergi isi dan beratur balik! Mak aih! Gua cuak gila sebab orang - orang depan gua hantar sampul besar pun dah kena RM20 ker RM30. Gua nih pula kotak besar alam kut! Dua kotak @ 19kg = RM130 lebih! Muahahhahahhaha! Dalam dompet ada RM110 jer. Jadi, terpaksa lah pinjam dekat classmates! Terima kasih Ezzati Bt. Mohd Esah.
Member Gua = 'Stacy'
Lepas tu gua pergi hantar motosikal kesayangan gua pula. Housemate gua si Shahrul Hafizi tunggu gua dekat Tesco Extra depan Stadium Melawati. Gua dah lah macam was - was jer jalan yang gua pilih tapi tiba - tiba bangga dengan diri sendiri sebab tak sesat. Hahahahahaha! Bila dah sampai dekat Tesco sekali lagi diri gua clumsy. Member gua dah pergi depan gua tak gerak - gerak lagi ikut dia sampai dia patah balik. Hahahahah! Gua pun tak tahu apa kena dengan gua waktu tu.
Member Gua = 'Cat Farish'
Lepas tu pergi Pejabat Pos Laju dekat Glenmarie, Shah Alam. Situ pun gua hampir silap masuk simpang. Hahahaha! Bongok betul gua! Dah masuk pejabat pos tu gua pergilah minta form motosikal dekat akak tu tapi dia tak dengar - dengar. Lepas tu gua follow dua orang budak untuk minta borang yang sama. Kakak kerani tu tanya kedua - dua budak tu,"Hantar motosikal dengan helmet sekali ker?" Jadi, bila sampai turn gua so gua pun cakap lah,"Kak! Saya nak hantar motosikal dengan helmet sekali!" Paling buat gua stress tu bila kakak tu tanya,"Hah! Adik nak hantar helmet jer?" Adoiyai kakkkk! Gua nih datang jauh - jauh takkan nak hantar helmet jer. Baik gua bawa jer helmet gua ikut gua naik bas. Dah tak pasal - pasal yang beratur dekat situ ketawa - ketawa. Huhhhh!! Tapi terima kasih lah kak sebab bagi saya diskaun 20% walaupun saya terlupa bawa kad pelajar saya.
Malu Jadi Tutup Muka
Lepas tu gua terlanggar apa benda entah dekat situ. Sekali lagi gua clumsy! Cessss! Dah isi - isi hantar motosikal lepas tu rasa dahaga gila. Gua pun ajak lah housmate gua tadi pergi beli air. Member gua suruh ikat tepi sebab nak minum sambil bawa motosikal kan. Gua nampak orang yang nak buat air tu dah nak ikat mati dah bungkusan air tu jadi gua terus tahan dia,"Eh, Eh! Abang! Jangan ikat mati! Ikat tepi jer!" Lepas tu abang tu pun cakap dekat gua,"Sabar yer dik! Ini abang nih yang punya. Adik punya air kejap lagi!" Arghhhhhhhh!!! Malunya guaaaaaaaaa!!! Sekali lagi rasa clumsy! Apa dah jadi dengan gua nih?
Member Gua = 'Megan Fox'
Lepas tu pergi majlis potluck yang semua classmate gua buat tapi gua sampai lewat gila. Tapi sebab gua dah kenyang minum air memandangkan cuaca dekat Shah Alam nih panas dan kering gila jadi memang gua makan sikit jer. Tak boleh nak telan sebab rasa kenyang minum air. Sempatlah bergambar - gambar semua tapi tak sempat nak jumpa budak - budak group gua iaitu Erna Long Alias dan Ezzati serta rakan group lain iaitu Nadia Azlan. Melepas nak dapat pelukan daripada korang. Kahkahkahakakhahka! Lepas tu pergi pula taklimat praktikal. Gua sampai sekali dengan ketua program gua. Tiba - tiba masa dekat tangga dia pandang muka gua dengan lagak yang tak berapa nak puas hati lepas tu dia cakap,"Hah! Awak nih! Saya dah kata resume buat sehelai jer. Awak buat sampai 2-3 helai! Praktikal saya dah kata mula bulan September! Bukannya bulan Jun! Bla bla bla!"
Member Baru Gua = 'Fashaaa'
Gua nih pula rasa pelik lah! Dah kenapa orang tua nih. Buang tebiat ker? Resume gua 1 helai jer kut. Praktikal gua sah - sah lah dah confirm bulan 9. "Aik? Asal saya pula disalahkan dalam hal nih Encik? Saya tak ada kena mengena pun! Hishhhh!" Tapi dia terus naik atas menuju kelas. Tak pasal - pasal gua pula yang kena dengar dia berleter. Adoi! Apa - apapun, masa taklimat petang semalam tu agak seronok lah bila classmate gua si Nur Wannah nih bagi blender yang dia pinjam dekat housemate gua tanpa plastik. Gila segan housemate gua. Dah macam taklimat nak masuk rancangan Master Chef plak. Hahahaha!
Member Gua = 'A. Galak'
Lepas tu gua balik rumah kemas barang dan kemudian bertolak ke stesen bas dengan blogger Eazy Izzudin. Terima kasih kerana membantu gua yer! Terima kasih sangat - sangat. Masa nih pun gua ada juga lah clumsy juga tapi gua malas ambil port. Sebab letih sangat kut semalam. Lepas tu dalam bas gua punya lah tension! Dari awal gua dalam bas tu sampai ke Shahab Perdana dekat Kedah, semua lagu yang radio atau bas nih pasang semua nak sedih - sedih dan emo - emo jer. Hahahahaha! Nasibbbb! Apa - apapun, terima kasih lah yang sudi membaca sampai habis. Nantilah gua nak update pasal member - member gua untuk waktu degree nih. Gua nak rest kejap! Yang penting memang gua clumsy gila semalam. Tak pernah - pernah gua macam tu! Hahahaha! Bye bye!
P/S : Kotak - Kotak Yang Gua Pos Semalam Dah Sampai Dah Pagi Tadi! Laju Betul Pos Laju!
hisyh.. clumsy2x..
ردحذفtp takpe, ada gak kenangan di masa boring..kehkehkeh
hahahaha. abis hilang kacak ko sebab clumsy. aku suke baca entri ni sebab aku puas dapat gelakkan ko. skrg ni laki paling kacak jatuh kat tgn aku. hahaha
ردحذفsyuwai : bukan selalu
ردحذفsufian : aku clumsy sehari..tapi kekacakan aku berkekalan...hahaha
haha...bnyk gila kesah clumsy ko dlm satu hari...paling tak bole blah ikat air tu...LOL!! agak2..la..orang lain punya la!!! HAHAHAH
ردحذفhahahaha...clumsy tu memang terjadi..lawak entri ni
ردحذفsemua member ko.. sal tak letak gambar aku hahh?
ردحذفwahahahahhaah
kesiannyee..jgn buat slalu ye hans..hehe
ردحذفbest la wahahahha lawak gak entry ni ^^ like9 .
ردحذفwah..
ردحذفhebat kwn2 hans ye..
hehe..
eh, apasal pos tu laju sngt?
TK punya sminggu br sampai..
geram ni..
'laju betul pos laju' haha~ dah nama post laju... gelak2 bace entry ni.. adess
ردحذفpart yg ikta air tu paling malu!!haha..
ردحذفpening bace. hua hua hua.
ردحذفeyh. igtkn betul2 kwn kau mcm yuna td. rupenye mmg yuna. grr
kenangan tu.. ada masa kita juga akan merasai hari2 clumsy itu.. huhuhu..
ردحذفke masa mula2 bangun tidur lupa nak baca doa ni? hehehe.. =P
gua nampak fasha sandha aje dlm n3 lu ni..gerekk sehh member baru lu tu...hahaha
ردحذفbaik lu ngaku lu nangis gak!
ردحذفNorfaridahanum : 4 ur information...I'm not crying! tak ada setitik pun air mata saya tumpah...Btw...saya sangat menghargai semua pengalaman saya selama 1 tahun setengah nih dengan rakan2 saya... :-)
ردحذفclumsy sungguh ye awk smlm hehe
ردحذفowhh awk fakulti komunikasi & pengajian media ekk..
Wahhh bestnya dah sampai kampung :)
ردحذفbetul ke 'A. Galak' tu member lu weiii?
Bapak kawan aku tu... nanti karang aku tanya dia kata tak kenal amacam? hehe
Latifah : cuba tengok dekat setiap nama artis tu ada tanda apa
ردحذفhahaha... saje nyakat kamu...
ردحذفorang kampung sihat ke? ^_^
kalau aku pon aku clumsy.. memang ar,ramai sangat member ko yg ARTIS seperti di atas.. HAHHAHAHAH
ردحذفmmg sgt clumsy..awat nih...musti banyak pikir nih....otak suda merepek~~
ردحذفclumsy biase orng relate ngn comey.. hihhihi =p
ردحذفheheh...byk btol clumsy ko...yg tang beli air tu mesti malu kan..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com