Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Pagi tadi sementara menunggu titisan hujan di langit berhenti aku sempat membaca satu artikel yang membawa aku untuk menonton sebuah filem pendek dokumentari sejarah yang bagi aku sangat menarik iaitu Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka.


Aku memang sangat berminat dengan sejarah kerana bagi aku ilmu sejarah yang aku belajar di dalam buku teks sekolah memang tak cukup dan tak mampu untuk menjawab pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikiran aku. Sejak aku melabur sejumlah wang yang bagi aku agak besar ketika itu untuk membeli sebuah naskhah yang berjudul Natrah karya Fatini Yaacob (Boleh Rujuk Disini) memang membuatkan hati aku menjerit kepuasan kerana aku berjaya mengenali beberapa tokoh yang sebenarnya mempunyai jasa yang begitu besar terhadap negara tetapi langsung tidak pernah aku ketahui atau dapati nama mereka di mana - mana buku di sekolah oleh kerana mereka berhaluan kiri.
 Fahmi Reza

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka pula adalah sebuah filem pendek dokumentari sejarah karya Fahmi Reza yang sebenarnya sudah lama pun ditonton oleh ramai orang kerana karya ini telah pun diletakkan di youtube sejak tahun 2007 lagi. Sayangnya aku baru sekarang berpeluang menonton sesudah karya ini hampir mendekati usia 4 tahun berada di dalam youtube. Memang filem pendek ini memfokuskan kepada 5 orang yang berhaluan kiri tetapi bagi aku yang telah pun menonton sememangnya mereka juga mempunyai jasa yang cukup besar kepada negara.

 Saudara Fadli

Jadi, selamat menonton Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka untuk menambah ilmu kita tentang sejarah negara kita sendiri dan apa yang baik kita ambil dan begitulah sebaliknya. Terima kasih kepada saudara Fadli kerana memperkenalkan karya ini kepada saya di mukabuku beliau.

3 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم