Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Salah satu perkara yang manusia mudah nak buat ialah berjanji dan salah satu perkara yang manusia susah nak laksanakan ialah menunaikan apa yang dijanji. Salah satu perkara yang boleh dikaitkan di dalam hal ini ialah hutang. Sewaktu mahu berhutang kebanyakkannya pasti akan memberi kata - kata manis dan berjanji akan melangsaikannya secepat mungkin. Tetapi, bila wang sudah berada di depan mata dan kemudian berpindah ke tangan segala - gala janji itu bagai hilang diterbangkan angin. Memang susah sebenarnya mahu melangsaikan hutang jika niat asal tidak ikhlas.
Sepanjang hidup aku pun aku telah lihat ramai yang berhutang sesama rakan tetapi berhutangnya cepat cuma sayangnya membayar kembali hutang itu lambat. Lambat tak apa lagi tapi kalau tak bayar langsung? Itulah masalahnya! Sewaktu aku bersekolah rendah, aku pernah bermain satu permainan yang diberi nama KUTU. Mesti ramai pernah main kan? Cari lah 4-5 orang rakan - rakan dan setiap minggu kumpul RM1 seorang dan bila sampai giliran seseorang pada minggu yang ditetapkan itu maka semua wang yang dikumpul berjumlah RM5 diberi padanya. Itu lah pertama kali aku melihat manusia berhutang di mana sampai sekarang budak perempuan tu tak bayar - bayar lagi duit dia sedangkan waktu giliran dia mendapat duit, aku dan rakan - rakan yang lain bagi duit duit kitaorang pada dia.
Kemudian, masa aku bersekolah menengah pula ada seorang budak lelaki nih berhutang dengan ramai orang. Aku bertuah sebab mak ayah aku akan bagi wang cukup - cukup untuk aku belanja makan jadi memang aku tak dapat nak bantu budak yang dalam kesulitan tu. Kemudian ada lah 2-3 orang rakan aku yang membantu budak ini. Bukannya sedikit - sedikit tetapi dalam RM100 - RM200 juga lah mereka bantu. Dan seperti biasa si penghutang berjanji akan bayar tapi sampai ke sudah tak pernah di bayar. Ada yang halalkan dan ada juga yang haramkan.
Sebab itu aku sangat takut berhutang. Sewaktu aku di Shah Alam ada juga aku berhutang dengan kawan - kawan aku. Tak banyak cuma dalam RM10 atau RM20 sewaktu aku lupa keluarkan duit dari ATM atau memang aku sedikit sesak tetapi aku akan usahakan bayar secepat mungkin. Risau sangat - sangat takut tak terbayar. Buatnya mati tengah jalan siapa nak bayar hutang aku tu? Kadang - kadang aku terlupa tetapi alhamdulillah ada si pemberi hutang ingatkan. Lega hati nih! Ada juga rakan - rakan yang pernah cuba meminjam duit aku dalam RM100 atau RM200. Aku akui aku cepat kasihan tetapi aku lebih suka ikut gerak hati. RM50 tu boleh juga lah aku tolong pinjamkan tapi kalau beratus - ratus nih susah sikit.
Sebab apa aku kata susah? Sebab aku nih jenis malu nak meminta - minta. Tak faham? Maksud aku ialah bila orang dah hutang aku jadi selalunya aku lah kena pergi dekat orang tu dan cakap,"Eh, kau ada duit tak sekarang? Bayar sikit - sikit dulu pun tak apa." Kalau cakap sekali si penghutang tu dah faham tak apa lah tapi kalau dah berkali - kali kadang - kadang aku dah rasa macam bukan dia yang hutang aku tapi macam aku pula yang hutang dia dan minta tangguh. Hahahaha!
Jadi, kepada sesiapa yang nak meminjamkan duit pada orang lain tu tambah - tambah dalam jumlah yang banyak maka silalah berfikir berpuluh kali. Senang cakap kadang - kadang adik beradik sendiri yang hutang kita pun susah nak bayar apatah lagi orang luar yang kita hanya kenal luaran sahaja. Apa - apapun, semoga berhati - hati di masa akan datang.
P/S : Ada Lagi 3 Orang daripada 8 Pemenang Contest Situasi Hans Yang Aku Belum Bagi Hadiah. Harap Sabar Menanti Yer! Nih Pun Salah Satu Bentuk Hutang Nih! :-)
aku pun xsuka berhutang ni...kalo dah sesak sgt barula pinjam..
ردحذفramai yg berhutang tapi buat-buat lupa. @__@
ردحذفpesanan utk diri sendiri jugak! :)
tu la susah la nak hutang2 ni.. kalau sikit2 takpe.. ni banyak..
ردحذفyang paling best kalau tak reti nak bayar.. haaa
dah hutang kena bayar , kang bagi macam2 alasan . haha
ردحذفzaman sekarang susah nak elakkan diri dr x berhutang..nak beli kereta, rumah, ptptn lagi..alahai
ردحذفfaiz : risau weih..tu hidup ni kalau ada duit jgn boros..tapi kalau dah sesak terpaksa la kan..cuma kalau boleh cuba lah elak
ردحذفhanisah : tu la pasal...
Arief Arf : tu yg dok buat gaduh tu :-)
MyraAyreen : yups..wajib bayar
wida : owh..itu hutang bayar bulan2 tak apa..ini hutang tak bayar langsung masalahnya nih
Syuk : wah wah wah...pandai2 ko reka cerita kan? hahaha
tah bila la nak abes bayor utang ptptn..huhuhu
ردحذفyeah... Janji Rock! haha
ردحذف=PEACE=
aku bagi orang hutang, tapi aku malu nak mintak diorang bayar balik.
ردحذف9 tahun aku kerja, dah berapa ramai kwan duk pinjam. yang bayar nye, berapa kerat je.
malas lah nak mintak, diorang pinjam..diorang sendiri ingat lah.
takut nak berutang..
ردحذفorg nk je hutang, tp lmbt bayar kan,
ردحذفbaik jugk ko ni kan, aku pon xbrani nk mintak balik duit klau org pinjm, tu tanggungjwb dia, hutang masuk kat kubur sendiri tanggungla sbb xlangsai..sbb mmg dcatat dosanya...melainkan org tu dah m'halal kan, aku xpenah main KUTU.
elakkan berhutang... kawal perbelanjaan... hidup ikut kemampuan.
ردحذفhutang tak langsai mati nanti susah woo...
ردحذفaah nak kena elakkan berhutang..
ردحذفharap2 xpernah lupe nak bayar hutang..xder r hutang..just kalo xder duit kecik , kwn tolong byrkan dlu..huuu~
satay 50 cucuk!! satay 50 cucuk!! satay 50 cucuk!!
ردحذفhahahaha..
aku pilih bulu jugak kalau nak bagi hutang2 ni. kalau dah betul2 kenal dan yakin dia boleh bayar, baru kasi pinjam.. :D
aku pun berhutang gak ni.. hutang ngan KPTM tak bayar lagi.. -__-..
ردحذفrisau juge mati dlm keadaan berhutang
ردحذفkalu buleh jgn ler berhutang..
ردحذفhuhu.
ramai sgt ler org suke berhutang..
selamber nyer...hurmm jgn laa pinjam duit orang lain seboleh bolehnye
ردحذفhehe :D pernah gak main kutu time sklh rdah dulu. tp time turn sdiri, ade plak x bayar. haisy,,,
ردحذفhuhu :D betol2. mmg malu la nk mintak org bayar balik. kdg2 lupa trus.
"hutang" 1 perkataan yg agak mnyeramkan..meminjam & berhutang memg senang..tp bila nk bayar balik..memg 1 bnda yg susah nk dibuat..so, klu rasa2 nak berhutang 2..lagi2 dlm keadaan terdesak..pandai2 la ingat nak bayar blk..BETTER TULIS klu kita nak BERHUTANG...(SURAH AL-BAQARAH AYAT282)- byk menceritakan mengenai HUTANG..& merupakan 1 ayat yg paling pnjg dlm mana2 surah..
ردحذف::peringtan utk diri sendiri..;)
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com