Kenapa Ramai Penonton Suka Watak Yvonne Lakonan Wan Sharmila Didalam Drama Bersiri Nora Elena?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi. Hari ini merupakan episod terakhir drama bersiri Nora Elena yang menjadi bualan hangat para penonton berbilang kaum dan berlainan umur sebelum digantikan dengan drama bersiri baru iaitu Dewa Cintaku.


Yvonne Lakonan Wan Sharmila Yang Menjadi Pujaan Ramai


Jadi, di dalam banyak - banyak karakter di dalam drama ini ada satu watak yang paling digemari dan disukai oleh penonton tak lain tak bukan watak Yvonne lakonan bertenaga pelakon wanita berbakat iaitu Wan Sharmila. Kenapa ramai sangat penonton - penonton sukakan watak nih? Makcik - makcik dekat rumah tu pula kalau boleh nak cari gadis - gadis yang ada ciri - ciri macam Yvonne nih untuk dijadikan menantu. Pakcik - pakcik dekat luar pula kalau boleh nak cari calon isteri kedua macam Yvonne nih. Mari kita tengok kenapa watak Yvonne ni disukai.


1) Seorang gadis yang begitu baik, bersopan santun, lembut tutur katanya dan manis percakapannya.

2) Cantik, kemas dan sopan gaya pemakaiannya.

3) Sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan orang yang dicintai.

4) Jujur dan sangat amanah dalam menyimpan rahsia.

5) Tidak suka mengumpat atau menabur fitnah.

6) Tidak mementingkan diri sendiri.

7) Tidak suka meninggalkan barang peribadi merata - rata tempat.


Hah! Lihat lah 7 ciri diatas! Macam mana lah ramai jejaka - jejaka di luar sana tidak terpikat dengan karakter Yvonne nih. Semua cair kut tengok gadis sebaik beliau. Apa - apapun, sama - sama kita tonton episod akhir pada hari ini untuk mengetahui adakah Yvonne dan Seth Tan akan bersatu dan bahagia selama - lamanya. Selamat menonton!



P/S : Ini Entry Sarkastik!

57 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wan sharmila pandai berlakon. lakonan dia sngatlah menjadi.

    ردحذف
  2. ni tambah sakit hati lepas baca penutup entry nih..!! hahahaha... LOL..

    ردحذف
  3. aik betul ke ni ciri2 watak yvonne ni..hihi.

    ردحذف
  4. APE NIIIIIIIIIIIIIII MEMUTARBELITKAN FAKTAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    ردحذف
  5. Haida Hida : memang pelik

    Syazana : yups..memang menjadi sampai naik meluat aku tgok watak Yvonne tu..hahahaha

    Sarah Zulk : kehkhehkehkekhe..tahu xper

    Afiq : ekau rasa? haahahha

    Miss Lolly : faham maksud sarkastik tak? :-)

    ردحذف
  6. hahahhhahah...ni perli ke pa ni.. adoii.. memang la gaya bahasa yang tinggi.. tepat sekali ciri2 diatas tu ada pada si yvone tuh.. adoi...demam..

    ردحذف
  7. permata biru : hahaha...itulah sarkastik..ekekek...mana betul pun..semua berlawanan..hahaha

    saya arief : aku pun...haahha

    ردحذف
  8. Hans best ke cite nie? MH xpenah ikut pun..xsempat.

    ردحذف
  9. yvonne watak gedik desperate annoying. tapi seth tan by Aaron aziz mmg awesome

    ردحذف
  10. aku walaupun tak tengok... tapi sempat tengok dari lagu... dan iklan2... erm janda malatopp nih... hans tak nak cuba try tackle...hahaha.. jgn mareh

    ردحذف
  11. As Salam,

    uikss??wlaupun wyna x follow sgt citer nih tp ciri2 watak yg di sebutkn diatas amat2 la tak betul..haha~mesti nk wt sakit hati fans nora elena ni,kan? huhu~

    ردحذف
  12. muka haluih : hari nih last :-)

    dayah : hahaha..tahu xper

    zik : haih..xmaulah..ekekek

    wyna : erkk...bila masa plak nak sakitkan hati fans nora elena...ini kan entry sarkastik...cuba baca sampai habis..adoiyai

    ردحذف
  13. haha...

    ok dah faham..ini mksd memerli....huwawawwa...

    ewon tu macam cina da tgk..rupanya melayu..hahahh

    ردحذف
  14. honeybunny : dalam drama ni dia bukan melayu tapi luar melayu la :-)

    ردحذف
  15. tp aku serius.. aku memang suka watak yvonne.. lakonan wan sharmila nampak berkesan.. dan seronok utk dihayati..

    tp kalau seth dgn yvonne kahwin.. bukan korunk jer yg tanak.. aku pun !!

    ردحذف
  16. hahaaha... sgt menggoda hati kan wanita ini? hehehe...

    tp rasenye wan ni sgt b'bkt. espeseli kalo berlakon antagonis! ptt diberi lbh peluang pd beliau! syabas:)

    ردحذف
  17. Minggu nie semua blogger cita pasal Nora Elena.. Aku blom pernah tengok lagi citer tu...

    ردحذف
  18. yvonne (wan sharmila) ni mmg best karakternyer....pandai berlakon..naseb bek seth tan x jatuh aty kt die nie,,,kalu x,,aku lepuk2 si seth tan nie..haha

    ردحذف
  19. wan sharmila ni kalau bawak watak jahat, gedik sangat menjadi. camtu kot real life dia. aahaha :P

    ردحذف
  20. hahahahampeh...bru nak tegur tapi bila baca "ini entry sarkastik !" trus x jadi dan ketawa sendiri...

    ردحذف
  21. bunga xtau watak dia cam ne..sbb mmg xfolo citer ni..hheee...

    ردحذف
  22. hahahaha.tepat sekali sume ciri2 ko tulis tuh. :P

    ردحذف
  23. tp dia ne memang mantap lah lakonan!

    ردحذف
  24. hah! ada jugak yg suka dengan yvonne nih? aku tak suka watak dia. sangatlah mengada2.. dan yg paling penting mekap dia sangatlah menakutkan dan macam hantu. hohoho

    ردحذف
  25. Kekekeke... apsal terbalik jer watak yvonne ni hans... saje je nak kenakan org ye? kekekeke...

    ردحذف
  26. sejak episod berape tah aku mula minat sangat-sangat tgk Nora Elena nih.. haha!! mmg meluat sangat-sangat tgk Yvonne tu.. tp ok la, maknanya lakonan Wan Sharmilla tu menjadi sangat-sangat la tu..

    *banyaknya sangat-sangat! nak tiru Seth Tan la tu.. buwekkss!!

    ردحذف
  27. Eh.. Yvonne baik??? Erm.. Semalam masuk 2 kali aku melayan cite Nora Elena.. Hawawwwwwwwww.. Yvonne dah jadi gila.. Padan muka..

    ردحذف
  28. hans tipu!!!haha..
    jaga kau yvonne!!kau tak kn terlepas!!muahhaa

    ردحذف
  29. aku xpernah tgk drama ni sebab time dia pkul 6:30 kan..

    ردحذف
  30. baik la sgt..hehe :)
    watak Yonne tu menjadi.hehe

    ردحذف
  31. nak komen pun tatau sbb xtengok pon drama nora elena yg femes nih.. hehehee

    ردحذف
  32. watak seth menjadi.romantik!! yvonnne pun. sbb meluat tgk watak dia. kira menjadi la dia berlakon ni..

    ردحذف
  33. mcm tk betul je watak yvonne baik cam gitu ke di sebaliknya? hihi...apa2pun watak tu mjd.sgt menyampah tgok watak yvonne.maknanya mnjd lah watak yg dibawakan oleh wan sharmila tu

    ردحذف
  34. aku memang terlampau sukaaa kat Yvonne!

    ردحذف
  35. menjadi betul dia jadi watak jahatkan...suka lakonan dia dari dulu lagi..

    ردحذف
  36. cam xbetol je pe ko tulis hans.....
    ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

    ردحذف
  37. cam xbetol je pe ko tulis hans.....
    ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

    ردحذف
  38. cam xbetol je pe ko tulis hans.....
    ckpje lah ko yg suke yvone 2..hehhee

    ردحذف
  39. err,,lkonan die mmg mnjadi lah,,

    ردحذف
  40. ingatkan dia berlakon watak jahat sbb muka mcm jahat jer.. heheh

    ردحذف
  41. haaaa saya xsuka watak yvonne, seriyessss. huhuhu

    ردحذف
  42. hahaha aku dah konpius tadi.. sarcastic sgt!

    ردحذف
  43. sarkastik sungguh..hehe wan sharmila berjaya membawa wataknya sbb ramai org bnci dia dsbbkan wataknya hehe

    ردحذف
  44. edeiiii aku ingat engko mabuk salah tulis entri hahhaa...akue tak folow drama tue pun tau yg minah ne watak jahat ...
    tapi wa suka wan sharmila ... : )

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم