Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Pada zaman sekarang perbuatan meluahkan perasaan atau masalah di facebook merupakan satu trend yang mula menjadi ikutan ramai. Perkara positifnya ialah mungkin tekanan yang ditanggung semakin berkurang atau mungkin ada rakan - rakan atau ahli keluarga yang sudi membantu jika mereka berkemampuan.
Namun, apa yang negatifnya disini ialah masalah tersebut mungkin akan bertambah besar jika ramai yang lebih sudu dari kuah dengan lebih mengapi - apikan masalah tersebut atau sebagainya. Gua lebih suka jika kita semua bersifat lebih matang di dalam menyelesaikan masalah sendiri. Jika masalah itu melibatkan suami anda curang, isteri anda main kayu tiga, tunang anda ada skandal lain, kekasih anda kaki betina atau kaki jantan atau pun keluarga anda porak peranda maka gua sarankan jangan lah diheboh untuk satu dunia tahu masalah kita.
Bukannya gua berkata masalah sebegitu harus dipendam seorang diri. Itu namanya merosakkan jiwa dan boleh bikin gila pada tubuh sendiri tetapi luahkannya pada individu - individu terpilih yang rapat atau boleh anda percayai sahaja kerana gua percaya diri kita ini bukannya sempurna. Kadang - kadang kita rasa kita lah manusia yang berada di pihak yang benar sedangkan masalah sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri tanpa kita sedari.
Kadang - kadang masalah yang berlaku nih kecil sahaja tetapi dijadikan terlalu hiperbola untuk meraih simpati. Seperti contoh kawan anda mengambil sebungkus maggi dan tidak menggantikannya kembali seperti yang dijanjikan lalu anda yang bengang pula terus memberitahu rakan anda yang lain bahawa kawan anda mencuri maggi anda dan tidak mahu menggantikannya semula. Walaupun bukan semua bersikap sebegini tetapi memang wujud insan - insan sebegini.
Pada pandangan gua, kita ini sebenarnya sudah dewasa dan gua akui walaupun kita masih belum matang dalam beberapa perkara kerana ada perkara yang kita masih baru belajar sementelah kehidupan ini telah mengajar kita supaya tidak berhenti belajar dan sentiasa belajar namun kita sudah berakal untuk membezakan yang mana baik dan yang mana tidak dalam bertindak. Jangan ikutkan emosi dalam melakukan sesuatu dan jangan buka aib orang lain kerana kelak aib kita pula yang akan dijaja oleh manusia sekeliling.
P/S : Selesaikan Masalah Kita Dengan Akal Dan Bukannya Dengan Hati Yang Marah! (^_^)Y
betol! berfikir secare matang. :)
ردحذفbetul!
ردحذفtapi manusia akan buat sesuatu yang diluar jangkaan semasa sedang marah dan sedih.
fb ibarat dinding jamban utk melepaskan marah.
em..luahkan kat kawan lg bgos kan..
ردحذفbuat ape bgtau satu dunie..
huhu
Jaga aib org,, Insyaallah aib kita juga akn terjaga.. :))
ردحذفitulah antara nasihat2 cikgu saya
ردحذفdi waktu sekolah dahulu
=_=
a'a selalu jugak tuh perhatikan je, aib sendiri dibuka. masalah keluarga, macam-macam jugak.
ردحذفpositif thinking yawww~~~
ردحذفsetiap masalah ade jln penyelesaiannya cuma lmbt dgn cepat je
normal affected by emotions :P
ردحذفbetul2..pkr positif je..tpi x semua leh positif..=/
ردحذفbtol tu...rasenya masalah family ni buat nak bagitahu..tu dah mengaibkan family sendiri namanye..
ردحذفbetol betol. yg kecik pon boleh jadi besar..
ردحذفitulah, nak kata tak matang, dah besar panjang, belajar tinggi2, tapi bila buat sesuatu, ikut nafsu, akal fikiran dah tolak tepi
ردحذفaku termarah2 then aku delete balek. ahaha. xfikir sgt kan. skang ati2 aje lah XD
ردحذفentry yg menarik.. ;)
ردحذفmsalah mematangkn kita
Itu bahayanya FB, Blog dan twitter ni kalau tak pandai nak manage penggunaannya .. Haaaiiissshh .. Mcam2 ...
ردحذفP/S : Lawa header ^^v
meluahkan kepada yang dipercayai.
ردحذفkadang2 kawan baik pon tikam belakang wo.
entry ni baik punye. suke. :)
Yeppp.. Kematangan fikiran nie kadang2 tengok sapa yang bersuara dulu.. Kadang2 budak2 pun lebih matang dari orang dewasa..
ردحذفtu la kadang kadang ada orang yang macam ketagih update status sampai masalah peribadi satu dunia tau. weh ingat ko tu barack obama ke. ada jugak yang nak kejar populariti murahan. dari nak lepas beban masalah kang tak pasal pasal diketawakn orang.
ردحذفtak berapa suka tengok org buat status marah3 kat fb atau kat mana3 pon.
ردحذفnanti ada lah yang menanya kenapa kenapa. mungkin la orang tu nak perhatian kan? hehe.
selesai masalah dengan kemarahan bukan selesai masalah tapi menambah masalah pula~
fikir b4 buat sumting.. :)
ردحذفmeluat bila tgk post2 yg over2 or gedik2..
ردحذفSalam ziarah follow ke 2951^^, . Luahkan masalah pada Allah, itulah yg terbaik .:)
ردحذفbila terlalu banyak campur tangan berlaku, biasanya salah faham pun akan timbul ...
ردحذفfacebook ni memang platform yang salah juga laa kalau nak buat luahan hati .. kalau ala kadar ok la .. kalau over2 tuh, bahaya juga ..
ردحذفpasal banner flash tuh kenapa ye, tak berapa nak paham ..
FB wouldn't influence me... (~_~)
ردحذفjom terjah
BACA DAN CLICK TAU
CERITA SARANG JERUNG
betol2..setiap maslh kdng2 bukan untuk dikongsi kepada orng ramai..kalo boleh membantu tidak mgapa..bukan semkin mengeruhkan keadaan..
ردحذفbagus Hans...nampak kematangan awak...
ردحذفtpi kadang2 bile marah tu, susah kontrol... abiss...
eh, serius nye hari ni?
pembawakan dr mulut ke mulut ni lah yg jdikan kisah itu jd kucar kacir dan melibatkan campur tgn byk pihak. tokok tambah org kata.
ردحذفmembuka aib orang dosa besar. jaga rahsia orang sprtimana kt mahu org jaga kisah kita. :)
yup btoi to berfikir sebelom bertindak!...jangan ikutkn hti y mrh tu..last2 dpt malu jek ha
ردحذفsaye sokong pendapat hans...tu kire oke lagi..meluah dgn cara menaip...ade yg lg hebat, terus je maki2 kat phone..
ردحذفyeah ! setuju. and lastly bende toh jadi semakin teruk.
ردحذفopah akan post status kalau betul2 rasa perlu.takde la 3 min sekali nak post bagitau ape nak buat.
ردحذفOpah setuju sangat ape y hans cakp tu.opah nk tulis entry begini.takut ade yang terasa..
Mcm boleh agak je entry ni utk sape, hehehehe ;D
ردحذفhaa tau xpe. kite yg bace status die pon nak emo same. hakhak :D
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com