Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang kacak(tapi Hans kacak lagi) dan comel - comel belaka! Hah! Seperti yang gua janjikan untuk entry kali ini gua akan menceritakan tentang cabaran - cabaran serta dugaan yang melanda gua sebelum, sewaktu dan selepas menonton filem Transformers: Dark Of The Moon. Kita mulakan mengikut kronologi kejadian iaitu :-
02 Julai 2011 / Sabtu / 4.20 P.M - 6.36 P.M
Salah seorang kawan baik gua sejak dari sekolah rendah lagi iaitu Luqman ajak gua menonton filem Transformers nih. Gua tak kisah nak tengok filem ini dalam format biasa mahu pun 3D tapi memandangkan member gua nak juga tengok 3D jadi hanya satu sahaja lah tempat yang menawarkan filem 3D iaitu Jitra Mall. Jadi, kami berdua pun bertolak ke sana dimana kedua - duanya kurang arif pasal jalan. Sebab waktu tu jalan utama sedang sesak jadi kami menggunakan jalan jauh tetapi tidak sibuk yang melintasi Gunung Keriang. Cari punya cari punya cari akhirnya dapat juga kami menemui Jitra Mall selepas bertanyakan orang sekeliling. Hahahaha! Teruk betul kami berdua nih! Sampai dekat Jitra Mall alhamdulillah dapat juga parking kereta dengan mudah! Tiket yang berharga RM18 pun dibeli iaitu bertarikh 03 Julai 2011 pukul 3 petang. Kemudian, kami berdua pun berkejar pulang memandangkan member gua nih kerja pukul 7 malam. Akhirnya sampailah gua di rumah pada pukul 6.36 petang.
03 Julai 2011 / Ahad / 12.45 A.M - 2.35 A.M
Sedang gua gembira bermain facebook tiba - tiba gua mendapat satu panggilan telefon dari member gua si Luqman. Gua tahu dah! Ini mesti berita buruk kalau tidak takkan lah dia sanggup telefon gua curi - curi waktu tengah kerja. TAHNIAH! Memang berita buruk! Rupa - rupanya esok dia ada mesyuarat dari pukul 3 petang hingga pukul 4 petang. Nak buat macam mana nih? Tiket dah beli! Gua pula tak tahu jalan nak pergi sana! Tak sanggup gua nak biarkan tiket yang harga RM18 hangus macam tu sahaja. Jadi, gua pun berfikir - fikir siapa lah yang boleh teman gua pergi tengok nih. Gua teringat member gua si Afzal tapi tiba - tiba gua baru sedar yang dia ada perlawanan tenis. Fikir lagi dan akhirnya gua teringatkan member gua si Gadis Kampung Separa Bandar. Gua pun ajak lah dia dah dia kata dia tak tengok lagi dan dia okay jer nak ikut. Mau tak okay! Tiket wayang percuma kan! Kalau gua pun nak! Hahahaha! Tiba - tiba kawan gua si Afzal nih dah balik rumah. Jadi, gua suruh lah dia pergi esok tengok dengan gua sekali. Dia kata jumpa esok tapi gua tak percaya sangat sebab mamat nih tengah demam dan dia memang suka bergurau!
03 Julai 2011 / Ahad / 7.00 A.M - 2.10 P.M
Waktu nih memang dah pasti yang si Gadis Kampung Separa Bandar nih ikut gua. Kawan gua si Luqman pun dah kata dia buat amal jariah. Hahaha! Tetapi, hujan turun punya lah lebat! Risau juga gua kalau minah tu tak mahu ikut tapi dia kata nak rempit juga kalau hujan. Gua pun tak kisah lah sebab gua bukan ambil kisah sangat pasal hujan tu cuma gua tak tahu jalan jer. Hahahaha! Jadi, buat pertama kalinya gua naik motosikal merempit ke Jitra Mall sambil memakai baju serta seluar hujan. Hahahaha! Sejarah hidup tu! Memang betul - betul kaki wayang sejati lah gua nih! Jadi, kami berdua pun merempit lah! Si Gadis Kampung Separa Bandar naik skuter dan aku pula ikut dia dari belakang. Lambat betul minah ni bawa. Tetapi, tak apa lah hujan - hujan tak elok bawa laju - laju. Hahahaha! Akhirnya, sampai jua kami di Jitra Mall selepas menempuhi pelbagai halangan di jalan raya.
03 Julai 2011 / Ahad / 2.30 P.M - 6.30 P.M
Gua terserempak dengan member sekolah lama merangkap member dorm merangkap budak atas katil gua yang gua panggil Mat Pon! Hahahaha! Lama gila tak jumpa dia! Nak dekat 4 tahun jugalah! Borak punya borak alih - alih si Afzal sampai! Eh, gua ingat dia main - main rupa - rupanya dia datang betul - betul dengan kawan dia. Borak punya borak akhirnya kami berempat pun masuk lah menonton Filem Transformers: Dark Of The Moon. Nasib aku dengan si Gadis Kampung Separa Bandar dapat tempat duduk yang orang sebelah, depan dan belakang kami baik - baik je perangai. Cuma malangnya si Afzal dan kawan dia dapat tempat duduk yang berdekatan dengan penonton - penonton yang bising dan berperangai aneh. Hahahahaha! Habis menonton kami berempat pergi makan nasi ayam dekat tempat berdekatan. Lepas tu masing - masing balik rumah! Sepanjang perjalanan balik gua menikmati keindahan sawah padi di sepanjang perjalanan pulang gua.
P/S : Senang Jer Pun Nak Pergi Jitra Mall! Jalan Lurus Jer! Hohohoho! (^_^)Y
aku bawa lambat??
ردحذفaku rasa hang yang bawa lambat...
tertinggal jauh di belakang kot...
hahaha....
apa-apa pon thanks pada hang yg ajak aku, thanks juga pada kawan hang yang tak jadi p, so ada rezeki aku nak tengok hahaha...
fuh! cabaran getir btol la nak tengok trenspomez tu.. lu lagi ok la dpt tengok tu brader.. wa x tengok lagi cte nih.. dah 2 kali plan nak tengok tp kensel disaat-saat akhir.. gua rasa givap, gua nak menonton cte Salmiah Bebal the movie jer lepas nih.. gua dah nekad dah..
ردحذفGKSB : sebab hang bawa slow la aku bawa slow...kalau aku bawa laju aku bukan tahu jalan..aiyoooo
ردحذفmiziey : hahha...baik tgok film Mail Lambung
aku rasa citer ni tak abes agi nih..hahah
ردحذفdalam wayang ni lah aku tengok TF3 sampai menguap2 entah berapa puluh kali...
ردحذفweii dh tgk transformer..jelez kot!
ردحذفqarr : hahaha..mana tahu nih?
ردحذفsharkox : hahaha...kena perlu tidur yang cukup untuk tgok filem nih :-)
woit....gagah p kot g.keriang tu watpa...p kot kepala batas sudah...takpun p kot highway ja....
ردحذفcikpepel : menikmati pemandangan indah
ردحذفgigih gile ujan2 merempit. hahaha.
ردحذفnak tgk gakkkk...tak sempat agi
ردحذفsanggup depa redah hujan tu...tp berbaloi kan
ردحذفhahahahaaa..ok lah 2
ردحذفbelum pernah smpai lagi kt Jitra..ni hans dh ceta, dptla gmbrn awal kalo nk ke sana nnti hehe
ردحذفsnggup redah hujan tuu~~
ردحذفMmg dasar kaki wayang nie.. Redah2 hujan.. Nasib baik tak kena demam..
ردحذفini die hard fan betul...hoho..
ردحذفRM 18.. mahal tuh.. member2 aku tengok 3D baru RM 15.. :D
jitra maLL....hg p layan wayang kt jitra mall ka?...best ker panggung kt c2?...awat tak p layan kt aloq staq mall sengai...hkahakhakah
ردحذفsanggup harungi badai n rintangan demi transfomer.....
ردحذفsanggup je redah hujan..harga tiket mahai owhhh
ردحذفMr Ej : hang la sengai...aloq staq mall mana ada 3D...kalau ada 3D dekat situ tak la aku gigih pergi Jitra Mall..aiyoo
gila.. ujan2 naik moto????? smata mata na tgk wayang? adess.. aku takde masa weyh~ haha~ **seumur hidup ta penah tgk wayang.. cayE?? haha~ tak minat kot tempat2 catuh~
ردحذف**untung lah kat sane ade sawah padi yg indah utk d nikmati. kat sini, kiri kanan aku pandang taik burung gagak jE~ cemburu kowt~
ish2...memang terbaik la bro...semangat tu!haha
ردحذفhaha, a long journey...
ردحذفbenci tau...aritu nak tengok tapi tiket semua habis. Wuwu nak tengok yang 3D...
ردحذفalahai,xbrkesmpatan lg nk tgk..
ردحذفwah..besynye ko hans..tgk wayang citer best dengan awek best lagi..jeles2..huhuhu
ردحذفjeles!!
ردحذفganu jauh nak gi wayang T.T
transformer punya pasal le ni
ردحذفcite ni mmg superb...mmg berbaloi mredah banjir...nape xnaik jek bumble bee...hoho..
ردحذفpfff....sanggup redah hujan..>.<
ردحذفhaha..byk nye dugaan..aku hari tu g alamanda nk g tgk,skali tiket bis dar.esok punye pun,da sold out.pergh.mcm ne lak harry potter t...
ردحذفhahah tunggu g cik gk memang tadak hal semua dia bantai redah ;p
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com