Contest Aku Berpuisi - Pelangi Palestin



Matahari pagi menyimbahkan harapan,
Kamu berlari mengejar sang pelangi,
Pelangi mula lari menjauhkan diri,
Kamu terduduk kecewa seorang diri.

Kamu terduduk kerana penindasan,
Kamu berdiri kerana keyakinan,
Kamu percaya pada keajaiban,
Keadilan pasti muncul jua nanti.

Tiba - tiba pelangi itu datang,
Datang mendekati dirimu sendirian,
Bibirmu kembali melirikkan senyuman,
Kamu sedar kamu tidak lagi bersendirian.

Alunan irama menjerat hati,
Nada suara membangkitkan emosi,
Syukur padamu yang esa,
Kerana menghadiahkan rahmat sehebat ini.

Sejak kamu kukenali,
Aku berasa begitu beruntung,
Aku juga berasa amat cemburu,
Kerana kamu mendapat peluang itu.

Kamu selalu bercakap tentang dunia yang kekal,
Kadang - kadang kudrat kamu mengeluh tidak mampu,
Namun aku pasti kejayaan pasti mengiringi kamu,
Selagi hatimu masih setia pada yang satu.

Pelangi itu tidak akan kekal,
Tetapi pelangi itu indah,
Walaupun kemunculannya hanya seketika,
Namun akan tetap tersemat di jiwa sekian lama.


Tiba - tiba gua rasa nak memberi sokongan pada rakan blogger gua iaitu Blogger Mohamadazhan jadi gua pun selongkar balik lah sajak ker puisi ker syair ker yang gua pernah taip sebelum ini dan gua campur serta ubahkan balik lah ikut kesesuaian. Hakikatnya memang gua tak pandai nak bermadah pujangga nih melainkan emosi gua tengah di dalam lingkaran melankolik atau pun kegembiraan melampau. Apa - apapun, gua tag 3 orang nih :-




P/S : Selamat Menyertai Contest Aku Berpuisi (^_^)Y

19 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ohh aku bab2 berpuisi segala nih mmg fail!!

    ردحذف
  2. gudluckk wehhhhh..
    berseni jugakk kau kn..
    bolehh buat sendiri..
    kalau aku pantut boleh lah nk
    reka2 sendiri..hihi

    ردحذف
  3. aku pun nak join jugak la.. tapi tak pandai ar berpuisi nih.. :P

    ردحذف
  4. as salam..
    pegh!! pakcik suka!!
    suka puisi~

    =)

    ردحذف
  5. wah hans rupanya ko sorang pujangga..tak kusangka..

    ردحذف
  6. terasa seperti diawang awangan bila membaca.. hehee

    ردحذف
  7. insyaAllah pelangi akan kekal di sana suatu ketika nanti =)

    Salam puisi,

    Fuh! terbaik bro. Terima kasih sangat atas kesudian menyertai COntest Aku Berpuisi.

    memang sarat dengan mesej perjuangan umat Palestin yang sudah sekian lama tertindas. Kemenangan pasti akan tiba suatu ketika nanti =)

    ردحذف
  8. Pelangi itu terlalu indah untuk di lepas pandang begitu sahaja

    ردحذف
  9. semoga berjaya untuk Hans

    kakak tak pandai berpuisi baca sukalah

    ردحذف
  10. waaah best puisi!! hee rasa macam nak masuk jugak lah contest nih...tapi tengah x de idea...huhu

    ردحذف
  11. PERGHH. TABIK AH. AZIE BARU TRY BERPUISI SEMALAM. TU PUN SAJA JE 3 KERAT NTAH APE. SUKA PUISI NI SERIUS!

    ردحذف
  12. ada bakat hans ni berpuisi..
    puitis...penuh makna...
    good luck hans !

    ردحذف
  13. ada bakat hans ni berpuisi..
    puitis...penuh makna...
    good luck hans !

    ردحذف
  14. hebat giler bro berpuisi....
    tabik spring seribu kali :)

    ردحذف
  15. hmm...rasa mcm nak join pula.

    all da best en. hans (:

    ردحذف
  16. hebat,dah mcm teka teki pun ada ni..hehee

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم