Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Nampaknya pada 1 Ogos 2011 ini kita kembali menemui bulan penuh keberkatan untuk umat Islam iaitu bulan Ramadhan. Jadi, saya dengan ini mahu mengucapkan selamat berpuasa lah kepada semua umat Islam khususnya pembaca blog saya ini.
Jadi, apabila kita dah mula berpuasa nih memang seronok bila melihat gelagat pelbagai manusia daripada berlainan peringkat umur terutamanya kanak - kanak yang baru belajar berpuasa. Macam - macam kerenah dan taktik digunakan untuk berbuka puasa sebelum tiba waktunya! Kanak - kanak masih lagi boleh dimaafkan tetapi adalah amat menyedihkan jika kita yang sudah besar, yang sudah akil baligh, yang sudah berkahwin, yang sudah punya anak mahu pun cucu tetapi masih lagi liat untuk menunaikan puasa. Kadang - kadang manusia nih pelik! Malu apabila ditangkap dan dibawa keliling bandar dengan van jenazah tetapi tidak pula mereka malu pada Allah. Semoga dengan meningkatnya denda pada umat Islam yang ditangkap kerana tidak berpuasa iaitu sebanyak RM3000 dapat lah mengurangkan gejala tidak sihat ini.
Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja tetapi juga percakapan, pendengaran, perbuatan, nafsu dan macam - macam lagi. Definisi puasa itu sebenarnya luas! Kawal nafsu sewaktu membeli juadah di bazaar Ramadhan! Kawal nafsu sewaktu berbuka! Kawal nafsu dari mendengar perkara - perkara yang laqha! Kawal nafsu daripada menyebarkan berita - berita tak baik atau mengumpat! Gunakan lah kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk kita sama - sama mengejar keberkatannya seperti :-
1) Membaca Al-Quran
2) Bertarawih
3) Berzikir
4) Menderma
5) Membantu ibu bapa
6) Berniaga dengan jujur dan amanah
7) Buat lah amalan yang baik, berfaedah dan memberi sumbangan pada masyarakat sekeliling.
Insyaallah! Bulan Ramadhan kali ini pasti akan memberi satu memori indah pada kita semua jika kita menghargai dan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang kita peroleh pada tahun ini. Jadi, saya selaku pemilik blog kecil ini ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...dari hati hingga setiap titik darah jika ada mengecilkan hati pembaca - pembaca selama ini antara sedar atau tidak dan saya juga ingin mengucapkan Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Moga kita semua berkesempatan untuk berpuasa penuh tahun ini. Assalammualaikum!
yeahhh , slamat bpuase hans ! ;D
ردحذفselamat menyambut Ramadhan Hans :)
ردحذفselamat berpuasa...
ردحذفSalam Ramadhan Bro. Jangan lupa niat puasa naaa.
ردحذفsalam ramadhan hans~
ردحذفjgn x bgn sahur udah la ye~
berpuasa selamat ramadan bulan!
ردحذفselamat berpuasaa, hans ;)
ردحذفselamat berpuasa hans ;)
ردحذفselamat berpuasa tuan!!
ردحذفselamat berpuasa tuan!!
ردحذفpesanan yang bagus bro ..
ردحذفselamat menyambut ramadhan ye bro hans ..
inchek Hans selamat berpuasa! :)
ردحذفsalam ramadhan..
ردحذفpuasa penuh ok!
Selamat Berpuasa.. ^____^
ردحذفselamat berpuasa Hans...
ردحذفsalam ramadhan.
ردحذفselamat berpuasa HANS =)
ردحذفSalam Ramadhan bro..
ردحذفslmt bepuasa hans! diet jgn lupa. ;p
ردحذفyeah! selamat berpuasa :)
ردحذفselamat berpuasa (:
ردحذفSelamat menyambut Ramadhan, Hans.. =)
ردحذفselamat berpuasa dan lebih sempurna..
ردحذفhans,salam ramadhan...puasa jgn xpuasa...sama2 kita cari pahala lebih bulan puasa ni...;)
ردحذفAlhamdulilah, dah mula dah :)
ردحذفselamat berpuasa juga.
Selamat berpuasa :)
ردحذفselamat berpuasa Hans
ردحذفselamat berpuasa hans hanis .. mana satu nama owner ni ? jwb di blog akk ye..
ردحذفsekejap je rs dah puasa balik dah. apepun, selamat berpuasa :)
ردحذفselamat berpuasa!=)
ردحذفSalam ramadhan... selamat berpuasa..
ردحذفselamat berpuasa dik...
ردحذفsalam ramadhan~
ردحذفSalam ramadhan dan selamat berpuasa hans..(:
ردحذفselamat berpuasa :)
ردحذفselamat berpuasa hans:)
ردحذفsalam ramadhan =)
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com