Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Pagi tadi punya lah seronok gua meraban dekat facebook gua dengan mencipta ayat - ayat di bawah ini. Disebabkan banyak kata - kata hikmah telah dicipta pagi tadi secara spontan maka gua gembira untuk menjadikannya sebagai entry pada hari Jumaat yang indah ini. Semoga terhibur dan mendapat manfaat daripadanya.

Terima Kasih Pada Qarr Jalil Untuk Banner Di Atas

1) Kita terlalu kejarkan makanan sehingga kita lupakan air! Kita tinggalkan makanan dan kita kejar pula air sehingga kita terlupakan udara! Namun udara sentiasa mengelilingi kita walaupun kita selalu lupakan kewujudannya! 

2) Kita terlalu banggakan kecantikan luaran sehingga hati ini dibutakan untuk menilai keindahan dalam! Walaupun hati menyampaikan tetapi mata menafikan! Manusia oh manusia!

3) Kita terlalu dambakan angan - angan dan berusaha mendapatkannya dengan segala kudrat! Berbulan - bulan mahu pun bertahun - tahun usaha dijalankan untuk mendapatkannya tetapi apabila sudah berjaya keinginan itu hilang sekelip mata! Aneh bukan?

4) Jadilah berani seperti lalat! Walau dihalau atau diugut bunuh masih juga berani mengganggu - gugat makanan manusia! Tetapi, jangan jadi pengotor seperti lalat! Mandilah selalu untuk kesihatan berpanjangan!
  
5) Kenapa percaya kepada ikan yang berkata - kata dia mampu berjalan di atas jalan raya menikmati suasana kota jika kita sendiri tahu ikan hanya mampu hidup di dalam air? Bukankah bodoh namanya itu? Ibarat kaki judi meminta nombor ramalan daripada tok bomoh yang miskin harta!

6) Jangan jadi seperti nyamuk! Yang betina menyabung nyawa mencari rezeki sedangkan yang jantan duduk rumah goyang kaki!

7) Jangan bermimpi untuk bersuamikan jejaka persis Seth Tan jika hati sendiri seperti Yvonne lagaknya.

8) Apabila makan ais pop perisa sirap yang harganya 10 sen janganlah mengharapkan rasanya seperti Cornetto yang harganya RM2.80!

9) Kalau lif pelajar rosak gunalah lif pensyarah! Hidup ini banyak pilihan! Hanya perlu memilih dan berani mengambil risiko jika mahu sampai ke tingkat 13!

10) Kalau tak pandai berenang janganlah anda pergi snorkeling! Jika tidak anda akan memusnahkan batu karang seperti saya!

11) Kalau badan melidi janganlah pakai baju sebesar baldi! Kalau badan berisi janganlah pakai baju sebesar biji padi!

12) Memandulah seperti kucing mengejar tikus di laluan tengah! Jangan memandu seperti cheetah di laluan kiri kerana ia membahayakan dan jangan pula memandu seperti siput babi di laluan kanan kerana kelak anda akan dimaki!

13) Jadilah manusia baik yang dihormati kerana kebijaksanaannya! Jangan jadi manusia baik seperti di dalam drama sinetron Indonesia kerana kelak anda akan dimaki dan dicaci kerana tidak tahu berfikir yang mana satu emas dan yang mana satu besi!

14) Jika anda seorang artis maka tips untuk berjaya ialah dengan mencuri hati makcik - makcik yang menonton anda di kaca televisyen rumah mereka kerana makcik - makcik mempunyai kusa veto berbanding kuasa pakcik - pakcik di dalam arena perebutan televisyen!

15) Jadilah penyabar seperti pekerja kedai mamak! Walaupun sentiasa ditipu dan dipermaikan oleh pelanggan namun tidak pernah merungut di hadapan dan sentiasa memberikan senyuman yang paling manis kepada mereka!

16) Bila terasa teriknya sinaran mentari dimintanya hujan datang menemani tetapi bila terasa dinginnya tubuh yang berdiri dimintanya kembali cahaya matahari.

17) Banyak gadis mahu menjadi rama - rama kerana kecantikkannya tetapi tidak ada pula gadis yang mahu jadi rama - rama kerana umurnya.

18) Jika tahu mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi kenapa dikunci jam pada pukul 8.59 pagi. Bukankah itu mencari bala namanya.

19) Jika makan hanya sepiring jangan lah dimasak sehingga sekawah banyaknya. Bukankah itu membazir namanya!

20) Jika sudah tahu kepala berkutu janganlah diheboh setiap waktu. Kelak nanti seluruh kampung tahu.




P/S : Dalam Bergembira Moga Dapatlah Manfaat Sedikit Bukan? (^_^)Y

79 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. huhuhuhu..kelakar, tapi ada makna..

    ردحذف
  2. aku book no 6,7,8 please
    nice one,haha

    ردحذف
  3. kata2 indah di hari jumaat ni...

    ردحذف
  4. hahaha!
    yg no 18 tu bestt..
    tp tu la yg sllu dibuat org..
    dh tau meeting kul bpe..
    lg lmbt2 kan dtg..HOT!!

    ردحذف
  5. love this... nak curi la ayat2 ni.. *curi ikhlas gtau neh

    ردحذف
  6. ha..tgk hans..ramai peminat tu..berbaloi ko buat :)

    ردحذف
  7. sume nye betull..yeaahhh 200 markah..no.18 i like the most!

    ردحذف
  8. ahhahahaha....

    berhikmah sungguh kata2 nih semua, bagus2... boleh buat panduan hidop, hahah =D

    ردحذف
  9. suka no.6... wahhhh kalah karam singh walia ni =p

    ردحذف
  10. suka yg no 6....mmg ramai da yg cenggitu~~

    ردحذف
  11. hik2..bui suka yg no.8..sungguh dlm maksud tersirat di sebalik kata2 hikmah ni..bestttt

    ردحذف
  12. Kata-kata yang menusuk ke Qlabu nie... Best tul la... Great Job....

    ردحذف
  13. menarik sangat..
    walaupun ble baca tu ada unsur2 lawak, tapi bermakna..
    tahniah hans.. mana tau suatu hari kata-kata hikmah hans akan di guna pakai ramai orang..

    ردحذف
  14. lepas satu,satu..semuanya kelakar dan saya nak like.haha

    ردحذف
  15. ada2 jee..tapi semua bermakna..setuju!!

    ردحذف
  16. owh...aku suke semua..hahaa..
    lagi2 yang banner 2..haha

    ردحذف
  17. pewitt! kata2 yang best dan menarik! hakhak..

    cayalah hans!

    ردحذف
  18. ini memang terbaik dari ladang!!!huhu

    ردحذف
  19. haha, nice sangat. kalah karam singh walia. terhibur bila baca, and setiap tu ada makna sendiri :) keep on it :)

    ردحذف
  20. kita selalu terima komen d blog hingga kita lupa utk komen blog orgg pulak!

    kita selalu menerima follower baru hingga kita lupa utk follow blog org pulak!

    psst!...sori bro, x perasan betoi belalang x follow blog bro...hahaha jgn marah no... ^_^

    ردحذف
  21. nice one. good effort. segment patut diteruskan

    ردحذف
  22. no.9, sbb dlm lif tu skrg... papun smua best ^-^d

    ردحذف
  23. perghhh!! dah pandai buat kata2 hikmah ye sekarang. hebat dah ko kan. patotlah aktif je berstatus semalam. hehe

    ردحذف
  24. haha..mlm tadi penuh home aku dgn kata-kata hikmah kau ni..kau cipta sendiri ke ape?

    ردحذف
  25. wowo...sangat bermakna...mendalam sungguh!

    btw, i'm ur 2727 follower...cantik no tu kan :)

    ردحذف
  26. kata-kata orang bijaksana hans. dah macam kata-kata pujangga china. best!

    jangan jadi lalat, hinggap di bunga mewangi tetap ambil yang busuk. tapi jadilah sang lebah, hinggap atas sampah sekali pun, tetap manisan yang dikutip.

    ردحذف
  27. suka... kata-kata yang penuh hikmah dan penuh makna...

    ردحذف
  28. baru tau rupa nye nyamuk betina yg lebih bekerja dari jantan yer...

    ردحذف
  29. suke no 18 !! ^^ last minute punya kerja.. hihi ^^

    ردحذف
  30. kata hikmah yang ke-19 selalu aku gunapakai..

    blog ang memang best bro!

    ردحذف
  31. bnyk mksd yg mendalam, hehe, sukaaaa!

    ردحذف
  32. wah... kata2 hans.. mantap tu.. hehehe..

    ردحذف
  33. hahhaha suka2, setuju sangat!! pandai hans berkata-kata pujangga rupanya, dalam bergembira moga dapatlah manfaat sedikit. Terima kasih untuk segala nasihat yg diberi. Love this entry!

    ردحذف
  34. hahhaha suka2, setuju sangat!! pandai hans berkata-kata pujangga rupanya, dalam bergembira moga dapatlah manfaat sedikit. Terima kasih untuk segala nasihat yg diberi. Love this entry!

    ردحذف
  35. terbaek lah hans...nmpk sempoi tp sgt mendalam maksudnya..

    ردحذف
  36. wa...best best..nanti leh la anis pinjam pinjam kate kate hikmah nie kan...:)

    ردحذف
  37. ko buat sume kate2 hikmah ni ke hans...mmg mantap...boleh dimasukkan dlm syilibus KBSM...heheh

    ردحذف
  38. nice nya.! saya share yg no 7 ea..bole ea?

    ردحذف
  39. kau buat sndiri ke sume ni hans?!! terbaik la weh!! pntun mkn dlam xhengat!! i like!! hahhaa

    ردحذف
  40. kata-kata itu lucu tp mungkin membawa 1001 makna bg kita semua. kannnn...
    salam hari jumaat!

    ردحذف
  41. suka semuanya..(:

    ردحذف
  42. sasterawan negara yang baru telah muncul

    ردحذف
  43. phew..
    syabassss
    syabassss
    aku suka no 8
    sebab aku baru makan ice pop

    errr ice pop dah dopolosen lahh
    :)

    ردحذف
  44. ekeke. nasib baik schaze takdop kutu..agagaga

    ردحذف
  45. wah .. ni kate2 rekaan yang bagus ni .. semua ye kualiti .. suka yang lalat tuh .. hahah .. diugut bunuh tuh ..

    dan yg 16 tuh, rasa ye macam biasa orang macam tuh kan .. tak puas ape yang ada..

    ردحذف
  46. Nice entry! Agak kelakar, tapi banyak input...ada gak sikit kesedaran sy dpt..hehe.. ^^

    ردحذف
  47. nampak kasar. tp mmg bermakna. kn best kalau boleh guna dalam karangan BM. hahaha

    ردحذف
  48. sakit perut aku bacenye addoi~~
    hahahaha








    lots of luv:
    anamizu ^____^

    ردحذف
  49. terbaikk hans..ak suke ayat no.7..kui..kui..^^

    ردحذف
  50. hehehe..baru cipta sendiri ek..patot la makin lama..makin pendek ayatnyer..hehehehehehe

    ردحذف
  51. errr.. no 7 tu aku suka.. hahahaha!!~


    kelakar tapi sangat2 nice :)



    ^^

    ردحذف
  52. aku sangat setuju ngan no 9.. tapi cuak jugak r ase biler naek lif lecturer.. penah kene suh kuar woo.. hahaha

    ردحذف
  53. tak tahulah pula yang nyamuk betina yang keluar mencari "rezeki"

    ردحذف
  54. suka suka2 ;)

    nak pinjam sepotong dua ea ;)

    ردحذف
  55. best broo...nak curik bleh ayat kau ni...perghh...:P

    ردحذف
  56. best broo...nak curik bleh ayat kau ni...perghh...:P

    ردحذف
  57. waahhh....manyaknyeee....
    hahaha..
    pandai betul =)

    p/s :: nak curi 1,2,3........20 ayat bleh?? hahaaha...gurau2 jek

    ردحذف
  58. kelakar tp sinis. saya suka! :D thanks a lot for sharing! :)

    ردحذف
  59. yang penting mesej penuh hikmah..hehe.terbaik hans!

    ردحذف
  60. kelakar..
    hebat...

    tepuk tgn utk hans..ohyeahh!

    ردحذف
  61. wauuuu..best2 kata2 hikmah ni... saya suka num 7... adoiiii....no 13 memang tepat sekali....huhuhu

    ردحذف
  62. ahahahaha... style gila weyh! smart2.. gelak guling2 aku..

    ردحذف
  63. ahahahahaa~ mcm2.. sakit perut baca.. dlm kelakar, ada pngjrn.. ^_^

    ردحذف
  64. ada jugak no 7 tu... hahahaha
    no 8 da best! sedap apa ais pop :D

    ردحذف
  65. ada jgk tuh no 7...huhuhu
    no 18 paling suke...

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم