Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Disebabkan entry Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis sebelum ini yang mendapat sambutan yang baik oleh kebanyakkan pembaca maka gua dengan gembiranya menyediakan entry ini untuk bacaan semua. Semoga terhibur dan mendapat manfaat daripada ayat - ayat spontan ciptaan gua sendiri.
1) Jika kopi yang diminum terasa masin jangan lah disalahkan garam di dalamnya kerana yang membuatnya ialah si pembuat kopi.
2) Jika masa seperti emas itu bermakna masa boleh dibeli tetapi bukankah masa itu tidak dapat diputar kembali.
3) Nasi yang telah basi dipandang jelik oleh manusia tetapi tidak pada sekawan burung yang tidak habis - habis mengucap syukur pada Nya atas rezeki yang diberi.
4) Nyamuk Aedes yang bawa bencana tetapi pekerja fogging yang ditakuti oleh penghuni perumahan! Bukan takutkan nyawa melayang kerana gigitan nyamuk tetapi risau rumah berminyak kerana semburan asap.
5) Jangan diajak mat rempit berlumba jika anda hanya mengayuh beca roda tiga.
6) Jangan berangan - angan menjadi kacang soya jika diri adalah cincau dan ajarlah diri untuk sentiasa bersyukur.
7) Jangan memesan Ice Lemon Tea jika anda katakan pada penjual anda tidak mahukan ais. Kelak ia akan menjadi pertikaian antara anda dan penjual.
8) Bukan semua orang yang kaya itu disukai wanita mahu pun lelaki untuk dijadikan pasangan. Buktinya tidak ada siapa mahu kan pasangan yang kaya dengan hutang.
9) Jangan dihina manusia yang zahirnya seperti buah nona kerana kelak ia akan menghantui anda semula.
10) Perut yang buncit hanya melambangkan dua perkara iaitu kekayaan dan penyakit.
11) Menyelesaikan masalah bukannya semudah seperti makan durian dan panadol serentak.
12) Jika malas mengapur kasut yang berwarna putih maka pakailah kasut yang berwarna hitam tetapi harus diingat kasut hitam pula wajib digilap jika mahu kelihatan berkilat.
13) Sebusuk - busuk belacan masih mampu membuatkan makanan menjadi sedap sehingga disukai ramai tetapi tidak pada hati yang busuk yang mampu membuatkan manusia berpecah - belah.
14) Jika membeli 4 biji sugus berharga 20 sen janganlah dihulur wang kertas RM50 kepada si penjual.
15) Wang ibarat petrol dimana jika habis pasti segala langkah terhenti tetapi jika ada pasti gembira menanti.
P/S : Dalam Bergembira Moga Dapatlah Manfaat Sedikit Bukan? (^_^)Y
Wahaha sy tertunggu2 segmen ni..hehe..sy paling suka no 13 ^^
ردحذفak stuju no4
ردحذفnum 7 lawak :)
ردحذفbest la hans :) suker semuanye.
ردحذفaeme : hehehe..thanks
ردحذفgimi : hahaha..bagus2
qarr : yg lain?
belbel : tq tq :_)
teruskan.. sangat best smuanya
ردحذفHahaha.. kreatif2!! Semue macam best.. =)
ردحذفno.7 mg terbaik! hehehe ^-*
ردحذفsy dr dewan pustaka dan budaya!
ردحذفanda dikehendaki keje kat company sy okeyh!
ahaks!
wow...
ردحذفmenarik...^^
hehe..suke no3
ردحذف4 , 8 , 13 :)
ردحذفsuka no 10...
ردحذفsebab ramai orang buncit kat tempat saya nie.. hahaha..
kaya ?? bukan..
penyakit..?? mungkin yer.. hahaha
nombor 16 kelakar... erk? salah!!! heheheehehhe...
ردحذفnombor 14... kenapa mesti sugus??? kikikikii...
segmen yang sangat rare
bergembira sambil beringat :)
ردحذفbui suka semua..ngeh3 *_*
ردحذفno 14 tu selalu gak jadi sbb mmg dah xder duit kecil.. huhuu..
ردحذفsemua saya LIKE. hehe. terbaik aa.
ردحذفtersenyum sendiri baca post ni! :)
ردحذفBro yang no 10 tu betulker perut buncit menunjukkan kekayaan?? bkn byk makan duit haram? hehehehehe tp yg no 13 tu mmg best.. aku nak amik letak kat status Fb ye bro.. tq!
ردحذفloike 13!!!
ردحذفfiq suka no 7 dengan 10..hehe.
ردحذفhaha.. pandai hang merapu nowh..
ردحذفkalah karam singh walia ni.. heheh..
nak kate aku kaye mmg tak..xkn aku berpenyakit kot..hehe
ردحذفwahh (Hans Hanis, 2011) ;p
ردحذفaduh,lemah baca segmen ni...tersenyum sorg2..hehe
ردحذفhahah..no 7 aku suke,,
ردحذفbuncit juge melambangkan kemalasan ye...haha
ردحذفwowwww! menarik! nanti boleh pinjam ye~
ردحذفyang perot buncit tu coz of malas jugak..
ردحذفhahahaha...
best :)
ردحذفno 1 tu terbest! :D
ردحذفsuka suka suka !
ردحذفheeeeeeeeeeee :D
dtg jengah n komen sini...
ردحذفbest bro..!
hans ieka suka no seploh. ieka pun lepas mkn perut jadi buncit jap huehuehueh ;p
ردحذفbestnyaa...
ردحذفkreatif2x..hehe
no 11..suicide plan
ردحذفhahaha!
sokong nombo 13
ردحذفmenarik! teruskan ye. heee :)
ردحذفhehe. thanks:)
ردحذفsenang org nak faham kalau buat mcm ni:)
=)
ردحذفsetuju sangat. typical human being gitu le.
ردحذفsuperb!!! menyebabkn sy tersenyum saat ht dilanda kekecewaan
ردحذفhehe. suka no 15!
ردحذفlike statement no 11 ! heh ~
ردحذفSuka no 8 dengan 13. Terbaik woo
ردحذفwah.. banyk manfaat kata-kata hikmah tu.. lawak semua ada.. tapi berguna.. ;p
ردحذفno. 4 thats me
ردحذفeh patut la mcm prnah bca hikmah kata ni.. huhu
ردحذفhahahhaha..buat lagi yang baru!
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com