Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Alhamdulilah dengan ketuhar yang baru dibeli dengan harga yang amat murah di Tesco gara - gara kesilapan teknikal pekerja mereka yang tidak menukar tanda harga menyebabkan harga ketuhar yang asalnya di dalam lingkungan RM60 lebih macam tu menjadi hanya RM40 kerana mengikut polisi mereka yang sememangnya begitu. Alhamdulillah juga siap sudah 2 jenis biskut raya yang dibuat sebentar tadi iaitu biskut arab dan biskut mazola atau biskut kacang. Letih tangan gua nak jadikan doh biskut mazola tu betul - betul doh! Hahahaha!
Gara - gara kesibukan gua dan mak gua menyiapkan biskut raya maka kami berdua sepakat untuk membeli juadah di bazaar ramadhan Stadium Darulaman bersama ayah gua! Walawehhh!!! Banyak gila tapak peniaga di sana sampai rambang mata gua dibuatnya. Nak dijadikan cerita akhirnya gua berkesempatan berjumpa dengan sebuah gerai yang begitu terkenal di kalangan penggemar air teh bunga dan melihat sendiri betapa ramainya manusia yang beratur untuk membeli air teh bunga abang tersebut. Gua nak ambil gambar tapi apabila gua sedar telefon gua hanya ada lampu suluh maka gua pun mencari di enjin carian google dan terjumpa lah gambar dibawah ini.
Sumber Gambar: http://ohvideotv.com
Waktu tadi pun memang ramai gila orang yang beli air teh bunga abang tersebut. Apa yang gua seronok tu dekat gerai abang tu penuh dengan lebah ke tebuan ke apa entah dengan serangga yang kecil - kecil dalam kelompok yang banyak yang mengelilingi tapak abang tu. Mesti gara - gara kemanisan air teh bunga tersebut lah kut! Gua dah pernah minum dan memang sedap lah! Tetapi, mak dan ayah gua tak suka rasa air tu! Mari lihat situasinya yang berlaku minggu lepas!
Mak : Tadi mak jumpa kawan mak! Dia bagi mak ayaq nih satu! Ayaq bunga apa entah! Dia kata sejam dia beratoq nak beli ayaq nih!
Hans Sangat Kacak : Owh! Nih ayaq teh bunga nih! Aik? Awat tiba - tiba dia bagi dekat mak? Dah lah beratoq nak dekat sejam! Dia beli berapa bungkuih?
Mak : Dia beli banyak! Tu dia bagi mak satu! Kalau betoi dia nak bagi mak dua bungkuih tapi mak tak mau lah! Satu cukup lah! Nanti buat tak lalu nak minum buat rugi dia ja!
Hans Sangat Kacak : Eh, ayaq nih sedap owhh mak! Kelopak bunga dia tu cheq suka makan! Rasa lagu mana tak tau tapi sedap lah! Hah! Rasa dia lagu teh la tapi lain sikit!!
Mak : Sedap ka? Kalau hang kata sedap tu selalu sedap la kut! Tak pa! Buka puasa satgi mak dengan abah hang try rasa lah tengok!
Radio : Sekarang sudah masuk waktu maghrib bagi wilayah Alor Setar...Allah Hu Akbar.....
Hans Sangat Kacak : Boleh tahan! Sedap ayaq teh bunga dia!!
Mak : Haihh!! Ayaq apa nih? Rasa pelik ja!! Tak sedap lah!
Hans Sangat Kacak : Tak sedap? Aik? Cheq makan sedap ja!
Mak : Hang tu semua sedap!! Tak apa lah! Bukan citarasa mak lah kut ayaq nih!!
Hans Sangat Kacak : Loh! Ayaq teh bunga dia sedap lah! Mai lah dekat cheq! Cheq perabih ayaq tu!!
Muahahahahahaha!! Bukan semua orang suka air teh bunga kerana buktinya mak dan ayah gua pun kurang gemar air tu! Tetapi, gua suka juga minum air teh bunga tu dan alhamdulillah dapat jugalah jumpa gerai yang menjadi bualan ramai tu. Jadi, kepada sesiapa yang nak cuba merasai kesedapan air teh bunga abang tu bolehlah berkunjung ke Bazaar Ramadhan Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah dan selamat beratur panjang sebelum dapat menikmati air teh bunga beliau yang sedap! Nak tahu gerai dia yang mana satu senang jer! Korang pergi dekat barisan yang paling hujung dan lepas tu korang tengok lah kalau ada lebah ke tebuan ker dekat kedai tu nampak sangat itulah kedainya.
P/S : Selamat Membeli Dan Merasa Air Teh Bunga Bazaar Ramadhan Stadium Darulaman Sementara Kita Masih Berada Di Bulan Ramadhan! (^_^)Y
sedap ke bai? belanje gua satu
ردحذفpergh..buat aku rase dahaga takak jer dengar air teh bunga ni
ردحذفwahhhhh!!! panjang gila line!!!!
ردحذفSitu memang Ramai bru Ja Balik Dri Bazar Dkt Stadium Tu..Balik Tngan Kosong Sbb Terlalu Ramai, malas nk sesak2..
ردحذفsedap sgt ke??..aku walau sedap mana pon tak sanggup do nak beratur panjang mcm tu...
ردحذفok aku xpnh rasa.. tp ak dapat rasa mst tak memenuhi citarasa ak..
ردحذفhoi..bak mai sikit..huhu...gila punye rajin depa tunggu,kalau aku,memang tk lah.
ردحذفbalek aloq staq weekend nehh nak try jugak laa hee tak penah try lagi
ردحذفhans org kedah ke? ceq org kedah gaq, org baling ... tp ceq dok perak ... sana umah tok ceq ja, hehe~
ردحذفwadi : bak duit kau..hahaha
ردحذفrebelist : suka air teh bunga ke? gi beli tgok..kut2 suka..sedap owh
jaja azmi : tahu xper..nasib kawan mak aku bagi..harap aku nak beratur memang tak sanggup..hehehe
shafiq : hahaha..tu la pasal
afiek : kita sama afiek..hahaha
shera haifa : ko xsuka teh bunga..orang yg suka mesti kata sedap :-)
landax : kita serupa..hehehe
fathiah : try la tgok..kalau sanggup beratoq la..hehehe
pink velvet : yups..orang kedah la...selama nih ingat cheq orang apa? Perancis ke? ekekeke :-)
guwa balik kedah sabtu nie.. nanti guwa terjah.. guwa tunggu kedai dia lepas zohor.. hehehe
ردحذفsaya suka ayaq 2...
ردحذفsuka sangat3x... ase die xpelik pon..
hihihi.. belanja cik 1 k..
pergghh..siap promote g..
ردحذفhans belanja aku!haha..post mai Kulim..
biar betul panjang gitu. tak sabar nak balik kedah nak pegi beli jugak
ردحذفAir teh bunga..tak pernah minum..nak cuba rasa lah satu hari nanti.
ردحذفhari2 pgi bazar tu, sesak perut tgk org beratur tp x pernah teringin pula. lebih rela beli teh bunga di tempat lain tanpa perlu beratur..jimat masa!! kelainan sebab letak kurma n madu je kan?
ردحذفfuuuhhh siap ada lebah wat sarang lagi..dasat2
ردحذفserius. Aku bukan setakat kurang gemar.. tp memang tak gemar. hahaha
ردحذفeh air teh kekwa tu memg best la.. sape yg xpnah try memg ase plik sket^^
ردحذفsiyes aku pun x penah mnum air ni..ntah, nampak cm pelik ja..bagus la ko bedal smue dpn mata kan..untung laaaa
ردحذفsedap ker??
ردحذفramai giler org beratur nak beli ayaq tu
ermm... mengidam
aku pernah beli sekali je tahun lepas, itu pun jenuh beratoq..
ردحذفpaling tak tahan tang lebah2 tu semua stady ja landing kat bekas tu
jauh bebenor nak ke sana
ردحذفAIR FAV AKU NIE WEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
ردحذفtudia. awat ramai sangat.. power sangat ka teh bunga tu..
ردحذفada letak madu kot tu yg lebah semua datang..
ردحذفsedapnya..kak suka minum air ni.segeng kita hans
ردحذفerkkk satu family akak suka minum air teh bunga.. akak sorg jerk xminum... xkena ngan tekak.. huhu
ردحذفaku geng ngn mak pak hang...
ردحذفtak lalu....euww..
-amboi..manja aih...mmg kedah sejati...cheq..cheq...-
Cik Pepel : aku saja letak panggilan cheq nak tunjuk situasi utara...hakikatnya aku tak membahasakan diri aku cheq pun....guna cheq pun manja ka? pelik2 betul ko nih...adoiyai
ردحذفmcm menarik je..
ردحذفtak pernah lagi rasa air teh bunga ni..
ee xsuka la.. xsedap ;) hehe
ردحذفmemang sedap pun air teh bunga.
ردحذفhahaa
buat aku bertambah haus je pikir time pose >_<
ishk xleh jadi nih..minggu depan balik raya nak kena p try nih..hehe..xsabaq nak balik kampong!
ردحذفeewwww xske air tu..aritu abah ade beli kt area rumah,wekk..xsedap la..huhuhuhu..
ردحذفbaru seteguk,da bagi kat mak..hahahahaha..
aini antara yg tak suka air bungaaaa,.=p
ردحذفwooaaaa..jual air teh bunga je orang beratur punyala ramai.
ردحذف**tak berapa suka air teh bunga.
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com