Kad Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans! Macam mana puasa korang setakat nih? Masih dengan rekod penuh atau sudah lebur? Hahahaha! Kepada yang tak ada alasan untuk ponteng puasa tu maka silalah berpuasa yer! Baiklah! Bercakap tentang bulan puasa nih kan maka aku nak tanya apa perasaan korang apabila terpandang posmen singgah depan pagar rumah korang? Mesti korang teringat tentang satu benda kan? KAD RAYAAAAAAAAAAAAA!!! Hohohohohoho!

Aku ingat lagi zaman aku sekolah rendah dulu aku hantar kad raya dekat kawan - kawan mak aku dan yang tuliskan ayat - ayat dalam kad raya tu ialah kakak aku! Hahaha! Fikir - fikir balik lawak weh! Kemudian apabila dah mula mengenali MIRC yang terkenal pada era jahiliah aku dulu - dulu iaitu sewaktu zaman UPSR membawa ke sekolah menengah maka selain daripada kawan - kawan sekolah aku turut sama mendapat kad raya aku ialah kawan - kawan alam maya yang aku tak kenal tetapi memang rapat sebab setiap minggu borak dekat MIRC. Paling seronok gila tu sebab masa hantar kad raya nih lah masing - masing letak gambar masing - masing dalam kad raya tu! Nervous gila wehh nak tengok muka orang - orang yang kita tak tahu macam mana wajah dia! Serius aku seronok gila masa dapat kad raya dari mereka waktu tu!


Ada satu pengalaman aku yang menarik pasal kad raya nih ialah member MIRC aku nih selain bagi kad raya dia selit gambar dia sekali! Aku pun buka lah kad raya tu dan tengok gambar dia! Kemudian aku cuak gila nak mampus lepas tu! Arghhhhhh!! Tolonggg!! Kenapa mamat nih psycho gila!! Mana dia dapat gambar aku nih?? Dia pasang pengintip upahan ker apa nih? Sumpah berpeluh aku weh!! Masa bila dia ambil gambar aku nih??? Lepas tu aku belek - belek balik gambar tu!! Aik!!! Masa bila aku ada baju nih? Kenapa aku pakai topi? Usha - usha balik! Walawehhhh!!! Muka 90% sama macam aku!!! Hahahahaha!! Kagum sekejap aku sebab terjumpa kembar wajah!! Hahaha! Yang menarik tu mak aku pun ingat itu aku!!! Hehehehe!! Tetapi, gambar - gambar dia yang lain waktu aku tengok dekat myspace(beberapa tahun selepas tu) tak ada pula sama macam aku! Cuma gambar yang dia kirim tu jer memang sejibik sama macam aku! Hahahaha!


Seronoknya waktu zaman kad raya terkenal nih sebab hari - hari posmen hantar kad raya! Berdebar - debar tunggu siapa yang hantar dan siapa yang balas! Yang seronok tu bila dapat kad raya yang besar gedabak siap ada bunyi muzik lagi tu! Walawehhhh!! Rasa macam nak tawaf satu kampung jer bagitahu aku dapat kad raya muzik! Hahahaha! Yang seronok lagi waktu dulu - dulu dapat kad raya nih ialah bila dah banyak maka boleh gantung dekat dinding rumah siap buat corak - corak dengan bentuk lagi! Niat aku gantung kad raya waktu dulu selain daripada menimbulkan suasana raya ialah untuk menunjukkan bahawa saham aku sebagai anak lelaki bujang adalah tinggi dengan jumlah kad raya yang banyak. Hahahahaha!

Gambar Hiasan

Memang lawak gila bila ingat - ingat balik zaman kad raya nih! Gigih aku tulis macam - macam dalam kad tu minta ampun dan maaf la dengan tulisan aku yang buruk tu! Hahahaha!! Tetapi, sejak era sistem pesanan ringkas a.k.a SMS mula melanda maka tradisi menghantar kad raya semakin dilupakan! Lagi menyedihkan apabila aku hantar 10 kad raya dan balasan daripada kawan - kawan aku hanya dalam 4-5 kad sahaja. Kemudian, dah lama tak hantar kad raya tetapi macam biasa aku kan kacak dan hensem jadi tiap - tiap tahun mesti ada kad raya punya. Tak perlu risau pun sebab paling tidak mesti kedai cermin mata aku akan hantar kad raya dekat aku! Hahahahahaha!


Kemungkinan besar tahun nih aku akan dapat 2 kad raya iaitu pertama seperti mana pada perenggan ke atas aku dah bagitahu iaitu kedai cermin mata aku dan kad raya kedua daripada Blogger Pojie. Hahhhhh!! Kalau korang nak tahu tahun nih si Blogger Pojie beli kad raya banyak gila sebab dia nak hantar kad raya pada member - member blogger dia! Siap pelawa lagi sesiapa yang nak kad raya sila bagitahu dia! 

Walaweh! Semangat pula aku menaip pasal kad raya nih! Jadi, kepada sesiapa yang nak hantar dekat aku kad raya atau nak bagi aku duit raya dengan menyelitkan duit tersebut di dalam kad raya boleh lah email aku untuk minta alamat rumah aku yer! Aku sangat berbesar hati jika ada yang sudi memberi! Hehehehe! Okaylah! Assalammualaikum dan salam sejahtera!

50 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. oke, sile bg aku kad raye by pos hans

    BalasPadam
  2. Wahhhhhhh!!!

    Eksited aku!!

    huhuh
    Tapi kan zaman kad kad raya dulu memang meriah weh.. Berbalas2 kad Raya..

    Btwn tq la sebab promote kan Aku nak bagi kad raya tu kan..

    Hhehehhe

    BalasPadam
  3. rindu plak zaman sekolah dulu..sanggup habiskan duit berpuluh ringgit nak beli kad raya:)

    BalasPadam
  4. huhu trtanya2 aku postmen bz tak taun ni.. ngan prkhidmatan elektronik sprti phone n social network, aku ragu2 yg masih rmi akn hantar kad raya.. :)

    BalasPadam
  5. best gilerrr dpt kad raya dolu-dolu kan hehe

    nnti kalo dh ada kad raya d tgn, baru brani jamin mintak alamat kt korang :P

    BalasPadam
  6. hahah .. siap request lg tuh ..

    hehehe .. kau punya claim kat blog aku ye .. printable 100 copies .. time tuh sure2 orang kita famous .. hehe .. guwau je k .

    uhuh .. sempat juga kau rasa zaman mirc tuh .. time tuh aku tak pandai mirc sgt .. tp aku pandai gak chatting kampung .. uhuhu

    zaman skrang dapat kad raya ni dah macam antik dah .. memang leh heboh satu kampung

    BalasPadam
  7. rasanya tahun ni sy da xdpt kad raya kot.. -_-'

    BalasPadam
  8. cakap pasal kad raya ni baru teringat nak mintak akram kad raya. MAS punya. kui kui.

    ok bai :D

    BalasPadam
  9. wadi : kenapa minta dkt aku plak?

    pojie : aku nak bantu Pos Malaysia..hehehehe

    laskar pelangi : sama :-)

    saizuan : dah kurang sangat2 dah skrg..tapi masih ada :-)

    sutera kasih : dlu2 memang best

    iPai : hahahaha....owh..dlu MIRC channel kampung tu femes tu..hahaha

    ishiko : peminat dah tak ada? ekekek

    J.Syazwana : minta jangan tak minta :-)

    abdul farique : terbaikk woookkk :-)

    Umie : erkkk..ni sorang lagi...minta dkt Pojie la...hahaha

    BalasPadam
  10. aku rasa aku dapat kada raya tak sampai 10 kad...hahahahahahhahaha.....tapi citer ko ni membuatkan aku terkenang pada zaman dolu kala...thanx bro...
    suka kad raya bermuzik tu....hehehe...tak pernah dapat pun...huhu....

    BalasPadam
  11. amry : aku penah dapat..4 keping kut tak silap :-)

    BalasPadam
  12. En Hans...Nak kad raya..huhu...

    BalasPadam
  13. kau tanak bagi aku kad raya ke?

    BalasPadam
  14. hahha yeah kad raya kad raya kad raya... huhuhu

    BalasPadam
  15. Hans nak kad raya..(:

    BalasPadam
  16. untunglah ada orang sehensem ko. kehkehkeh.

    aku nak gak la kad raya dari pojie =3

    BalasPadam
  17. seronok kan zaman2 hntr kad raya dulu..lagi2 kad2 yg ade kartun2 Ujang tu...sekolah rendah dulu mmg benda wajib bg kad2 raya ni..pastu time raya gantung dekat rumah buat hiasan..

    BalasPadam
  18. baru bk buat entry pasal kad raya..hehehe..

    hans, aku nak kad raya!! haha..

    BalasPadam
  19. period berbalas-balas kad raya sudah berlalu dan mungkin dianggap tidak relevan lagi kot.

    terkenang zaman sekolah menengah. masuk minggu kedua berpuasa sudah keluarkan senarai siapa kenalan yg hendak diberikan kad raya. senarainya jangan ceritalah, mesti tiga-empat helai panjangnya.

    bila dah beri sebegitu banyak kad raya, yang dibalas juga mestilah banyak.

    lepas tu dengan riaknya tampal kat dinding rumah. bangga, bajet dapat kad raya banyak-banyak tanda ramai kawan.

    haha. those are the days.

    BalasPadam
  20. yelah Hans, seronok kalau dapat kat raya, siapcari ranting pokok buat macam pokok kismes lagi...hehe

    BalasPadam
  21. wahh seronoknya dapat kad raya.. dulu kawan2 yang tggl sebelah rumah pun saling berbalas kad raya.. nk pos mcm membazir sbb dekat sgt.. so, masing2 letak dalam peti surat jadi posmen sndiri.. hehee.. skrg dah tak sama, malam raya baru dapat ucapan by sms..

    BalasPadam
  22. skrg ni guna msg, mms jer..x ada dah kad raya.

    BalasPadam
  23. dlu2 sek ren, sblm zaman2 fb ni, eksaited giler bla dpt kad raya kn? pastu kumpul suma kad raya, gantung dlm umah..haha..
    kenangan btul..skrg nk dpt kad rya pun ssh...

    BalasPadam
  24. aku xpernh bg atau dpt kad raya by pos.. selalunya dpt kt sekolah2 jer.. tp bleh thn jugaklh saham aku.. hahah..

    BalasPadam
  25. hans hantar laa kat raya kat akak... mesti akak hepy..hehehe :P

    BalasPadam
  26. huhuhu. zaman kad raya dah hampir berlalu.
    sekarang semua nk FREE & FAST.
    :)
    happy raya..

    BalasPadam
  27. sebenarnya nak dibanding bagi kad ngn sms, rasanya bagi kad lebih ikhlas, yer tak?? samalah cam time nak kawen, kalau tak bagi kad, takmo dtg kenduri..kehkeh..

    walaupon amalan tu cam dah pupus skrg, akak yg tak gempak ni ttp meneruskan amaln tu walaupon digelak org ramai..ada akak kesah, yg penting akak suka hati..sb dpt wat satu tradisi yg mungkin depa2 kat luar tuh da lupa...

    BalasPadam
  28. dulu2 mmg excited sgt dpt kad rayer..ehee..
    tapi jrg bagi2 gmbr ni :P
    sbb yg bg rate2 smue yg dah dknli :)

    BalasPadam
  29. sekarang setem sekeping pun dah mahal. Nak bg kad raya byk2 kat org pun dah berpeluh2..haha

    BalasPadam
  30. jop tuka-tuka kad raya nak tak ? :)

    BalasPadam
  31. mmg dah bertahun x dpt kad raya ni.. hehehehe

    BalasPadam
  32. hahahaha lawak
    mmg mcm tu la dulu2 semngt tulis kad kad raya.. skrng tak de da..

    BalasPadam
  33. zaman mirc?oh, sangat rindu dgn zaman itu...

    zaman tu kita x tahu pun rupa paras org yg kita kawan tu. main agak2 jer rupa dia mcm mn. tp bila sekali dah tgk, aiseyman...jauh panggang dari api, x sama langsung mcm kita bayangkan...keh3x

    BalasPadam
  34. xpnah dapat kad raya pos T.T

    BalasPadam
  35. kadang kadang kemodenan dan kecanggihan ni mengahapus keseronokan yang mendalam..

    BalasPadam
  36. waahh...nak jugak kad raya... nostalgia tu..sebab zaman skg dah kurang..

    BalasPadam
  37. hahahahahaha..aku tunggu2 kad
    raya..takde postman dtg hntr..
    yg org kira bil tu ade lah dtg rumah ni..hahahaha..
    nnti aku minta alamat kau.
    nk nak bagi kad..
    hehe

    BalasPadam
  38. bestt laa kalu dpt kad rye bnyk2.. hehe ~

    BalasPadam
  39. hehe .. kalau dulu tiap tahun dpt kad raya ..
    dari aweks2 .. kwn2 .. perghh best .. skrg dorag dah main tag ke akd raya tu kt fb haha

    BalasPadam
  40. nk amik inspirasi pojie lah~
    nk bg kad raye jugak~
    agk2 ade org nk x??

    BalasPadam
  41. haha siyes. seronoknye saat itu.
    tp skang dah takde maen2 kad raye..sob3

    BalasPadam
  42. MiRC tu apa? hahaha...nak kad raya dari Hans boleh? hahaha

    BalasPadam
  43. nak kad raye ! *sape soh tnye nak ke x kan. haha

    bak sini. nak bgi alamt kat email ke? haha

    BalasPadam
  44. yup mmg meriah pon waktu kad ry dlu..:)
    tpi skrg mmg jarang lar nmpak posmen anta kad rye mklum la zaman dh canggih,huhu2...

    BalasPadam
  45. mmg rindu gile ah kad budaya krim kad2 raya ni. time 2 abg posmen la paling jd kegilaan ramai. hakhak ^^
    zmn canggih tp x best la kalo kad ry pon makin brkurang tiap2 tahun :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama