Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans! Macam mana puasa korang setakat nih? Masih dengan rekod penuh atau sudah lebur? Hahahaha! Kepada yang tak ada alasan untuk ponteng puasa tu maka silalah berpuasa yer! Baiklah! Bercakap tentang bulan puasa nih kan maka aku nak tanya apa perasaan korang apabila terpandang posmen singgah depan pagar rumah korang? Mesti korang teringat tentang satu benda kan? KAD RAYAAAAAAAAAAAAA!!! Hohohohohoho!
Aku ingat lagi zaman aku sekolah rendah dulu aku hantar kad raya dekat kawan - kawan mak aku dan yang tuliskan ayat - ayat dalam kad raya tu ialah kakak aku! Hahaha! Fikir - fikir balik lawak weh! Kemudian apabila dah mula mengenali MIRC yang terkenal pada era jahiliah aku dulu - dulu iaitu sewaktu zaman UPSR membawa ke sekolah menengah maka selain daripada kawan - kawan sekolah aku turut sama mendapat kad raya aku ialah kawan - kawan alam maya yang aku tak kenal tetapi memang rapat sebab setiap minggu borak dekat MIRC. Paling seronok gila tu sebab masa hantar kad raya nih lah masing - masing letak gambar masing - masing dalam kad raya tu! Nervous gila wehh nak tengok muka orang - orang yang kita tak tahu macam mana wajah dia! Serius aku seronok gila masa dapat kad raya dari mereka waktu tu!
Ada satu pengalaman aku yang menarik pasal kad raya nih ialah member MIRC aku nih selain bagi kad raya dia selit gambar dia sekali! Aku pun buka lah kad raya tu dan tengok gambar dia! Kemudian aku cuak gila nak mampus lepas tu! Arghhhhhh!! Tolonggg!! Kenapa mamat nih psycho gila!! Mana dia dapat gambar aku nih?? Dia pasang pengintip upahan ker apa nih? Sumpah berpeluh aku weh!! Masa bila dia ambil gambar aku nih??? Lepas tu aku belek - belek balik gambar tu!! Aik!!! Masa bila aku ada baju nih? Kenapa aku pakai topi? Usha - usha balik! Walawehhhh!!! Muka 90% sama macam aku!!! Hahahahaha!! Kagum sekejap aku sebab terjumpa kembar wajah!! Hahaha! Yang menarik tu mak aku pun ingat itu aku!!! Hehehehe!! Tetapi, gambar - gambar dia yang lain waktu aku tengok dekat myspace(beberapa tahun selepas tu) tak ada pula sama macam aku! Cuma gambar yang dia kirim tu jer memang sejibik sama macam aku! Hahahaha!
Seronoknya waktu zaman kad raya terkenal nih sebab hari - hari posmen hantar kad raya! Berdebar - debar tunggu siapa yang hantar dan siapa yang balas! Yang seronok tu bila dapat kad raya yang besar gedabak siap ada bunyi muzik lagi tu! Walawehhhh!! Rasa macam nak tawaf satu kampung jer bagitahu aku dapat kad raya muzik! Hahahaha! Yang seronok lagi waktu dulu - dulu dapat kad raya nih ialah bila dah banyak maka boleh gantung dekat dinding rumah siap buat corak - corak dengan bentuk lagi! Niat aku gantung kad raya waktu dulu selain daripada menimbulkan suasana raya ialah untuk menunjukkan bahawa saham aku sebagai anak lelaki bujang adalah tinggi dengan jumlah kad raya yang banyak. Hahahahaha!
Memang lawak gila bila ingat - ingat balik zaman kad raya nih! Gigih aku tulis macam - macam dalam kad tu minta ampun dan maaf la dengan tulisan aku yang buruk tu! Hahahaha!! Tetapi, sejak era sistem pesanan ringkas a.k.a SMS mula melanda maka tradisi menghantar kad raya semakin dilupakan! Lagi menyedihkan apabila aku hantar 10 kad raya dan balasan daripada kawan - kawan aku hanya dalam 4-5 kad sahaja. Kemudian, dah lama tak hantar kad raya tetapi macam biasa aku kan kacak dan hensem jadi tiap - tiap tahun mesti ada kad raya punya. Tak perlu risau pun sebab paling tidak mesti kedai cermin mata aku akan hantar kad raya dekat aku! Hahahahahaha!
Kemungkinan besar tahun nih aku akan dapat 2 kad raya iaitu pertama seperti mana pada perenggan ke atas aku dah bagitahu iaitu kedai cermin mata aku dan kad raya kedua daripada Blogger Pojie. Hahhhhh!! Kalau korang nak tahu tahun nih si Blogger Pojie beli kad raya banyak gila sebab dia nak hantar kad raya pada member - member blogger dia! Siap pelawa lagi sesiapa yang nak kad raya sila bagitahu dia!
Walaweh! Semangat pula aku menaip pasal kad raya nih! Jadi, kepada sesiapa yang nak hantar dekat aku kad raya atau nak bagi aku duit raya dengan menyelitkan duit tersebut di dalam kad raya boleh lah email aku untuk minta alamat rumah aku yer! Aku sangat berbesar hati jika ada yang sudi memberi! Hehehehe! Okaylah! Assalammualaikum dan salam sejahtera!
oke, sile bg aku kad raye by pos hans
ردحذفWahhhhhhh!!!
ردحذفEksited aku!!
huhuh
Tapi kan zaman kad kad raya dulu memang meriah weh.. Berbalas2 kad Raya..
Btwn tq la sebab promote kan Aku nak bagi kad raya tu kan..
Hhehehhe
rindu plak zaman sekolah dulu..sanggup habiskan duit berpuluh ringgit nak beli kad raya:)
ردحذفhuhu trtanya2 aku postmen bz tak taun ni.. ngan prkhidmatan elektronik sprti phone n social network, aku ragu2 yg masih rmi akn hantar kad raya.. :)
ردحذفbest gilerrr dpt kad raya dolu-dolu kan hehe
ردحذفnnti kalo dh ada kad raya d tgn, baru brani jamin mintak alamat kt korang :P
hahah .. siap request lg tuh ..
ردحذفhehehe .. kau punya claim kat blog aku ye .. printable 100 copies .. time tuh sure2 orang kita famous .. hehe .. guwau je k .
uhuh .. sempat juga kau rasa zaman mirc tuh .. time tuh aku tak pandai mirc sgt .. tp aku pandai gak chatting kampung .. uhuhu
zaman skrang dapat kad raya ni dah macam antik dah .. memang leh heboh satu kampung
rasanya tahun ni sy da xdpt kad raya kot.. -_-'
ردحذفcakap pasal kad raya ni baru teringat nak mintak akram kad raya. MAS punya. kui kui.
ردحذفok bai :D
wow terbaikk :D
ردحذفhans,
ردحذفnak kad raye? =P
HAHA
wadi : kenapa minta dkt aku plak?
ردحذفpojie : aku nak bantu Pos Malaysia..hehehehe
laskar pelangi : sama :-)
saizuan : dah kurang sangat2 dah skrg..tapi masih ada :-)
sutera kasih : dlu2 memang best
iPai : hahahaha....owh..dlu MIRC channel kampung tu femes tu..hahaha
ishiko : peminat dah tak ada? ekekek
J.Syazwana : minta jangan tak minta :-)
abdul farique : terbaikk woookkk :-)
Umie : erkkk..ni sorang lagi...minta dkt Pojie la...hahaha
aku rasa aku dapat kada raya tak sampai 10 kad...hahahahahahhahaha.....tapi citer ko ni membuatkan aku terkenang pada zaman dolu kala...thanx bro...
ردحذفsuka kad raya bermuzik tu....hehehe...tak pernah dapat pun...huhu....
amry : aku penah dapat..4 keping kut tak silap :-)
ردحذفEn Hans...Nak kad raya..huhu...
ردحذفkau tanak bagi aku kad raya ke?
ردحذفhahha yeah kad raya kad raya kad raya... huhuhu
ردحذفHans nak kad raya..(:
ردحذفuntunglah ada orang sehensem ko. kehkehkeh.
ردحذفaku nak gak la kad raya dari pojie =3
seronok kan zaman2 hntr kad raya dulu..lagi2 kad2 yg ade kartun2 Ujang tu...sekolah rendah dulu mmg benda wajib bg kad2 raya ni..pastu time raya gantung dekat rumah buat hiasan..
ردحذفbaru bk buat entry pasal kad raya..hehehe..
ردحذفhans, aku nak kad raya!! haha..
period berbalas-balas kad raya sudah berlalu dan mungkin dianggap tidak relevan lagi kot.
ردحذفterkenang zaman sekolah menengah. masuk minggu kedua berpuasa sudah keluarkan senarai siapa kenalan yg hendak diberikan kad raya. senarainya jangan ceritalah, mesti tiga-empat helai panjangnya.
bila dah beri sebegitu banyak kad raya, yang dibalas juga mestilah banyak.
lepas tu dengan riaknya tampal kat dinding rumah. bangga, bajet dapat kad raya banyak-banyak tanda ramai kawan.
haha. those are the days.
yelah Hans, seronok kalau dapat kat raya, siapcari ranting pokok buat macam pokok kismes lagi...hehe
ردحذفwahh seronoknya dapat kad raya.. dulu kawan2 yang tggl sebelah rumah pun saling berbalas kad raya.. nk pos mcm membazir sbb dekat sgt.. so, masing2 letak dalam peti surat jadi posmen sndiri.. hehee.. skrg dah tak sama, malam raya baru dapat ucapan by sms..
ردحذفmms je skunk...hohoho
ردحذف;D
skrg ni guna msg, mms jer..x ada dah kad raya.
ردحذفdlu2 sek ren, sblm zaman2 fb ni, eksaited giler bla dpt kad raya kn? pastu kumpul suma kad raya, gantung dlm umah..haha..
ردحذفkenangan btul..skrg nk dpt kad rya pun ssh...
aku xpernh bg atau dpt kad raya by pos.. selalunya dpt kt sekolah2 jer.. tp bleh thn jugaklh saham aku.. hahah..
ردحذفhans hantar laa kat raya kat akak... mesti akak hepy..hehehe :P
ردحذفhuhuhu. zaman kad raya dah hampir berlalu.
ردحذفsekarang semua nk FREE & FAST.
:)
happy raya..
sebenarnya nak dibanding bagi kad ngn sms, rasanya bagi kad lebih ikhlas, yer tak?? samalah cam time nak kawen, kalau tak bagi kad, takmo dtg kenduri..kehkeh..
ردحذفwalaupon amalan tu cam dah pupus skrg, akak yg tak gempak ni ttp meneruskan amaln tu walaupon digelak org ramai..ada akak kesah, yg penting akak suka hati..sb dpt wat satu tradisi yg mungkin depa2 kat luar tuh da lupa...
dulu2 mmg excited sgt dpt kad rayer..ehee..
ردحذفtapi jrg bagi2 gmbr ni :P
sbb yg bg rate2 smue yg dah dknli :)
huuu. nak kad raya T__________T
ردحذفsekarang setem sekeping pun dah mahal. Nak bg kad raya byk2 kat org pun dah berpeluh2..haha
ردحذفjop tuka-tuka kad raya nak tak ? :)
ردحذفmmg dah bertahun x dpt kad raya ni.. hehehehe
ردحذفhahahaha lawak
ردحذفmmg mcm tu la dulu2 semngt tulis kad kad raya.. skrng tak de da..
zaman mirc?oh, sangat rindu dgn zaman itu...
ردحذفzaman tu kita x tahu pun rupa paras org yg kita kawan tu. main agak2 jer rupa dia mcm mn. tp bila sekali dah tgk, aiseyman...jauh panggang dari api, x sama langsung mcm kita bayangkan...keh3x
xpnah dapat kad raya pos T.T
ردحذفkadang kadang kemodenan dan kecanggihan ni mengahapus keseronokan yang mendalam..
ردحذفwaahh...nak jugak kad raya... nostalgia tu..sebab zaman skg dah kurang..
ردحذفhahahahahaha..aku tunggu2 kad
ردحذفraya..takde postman dtg hntr..
yg org kira bil tu ade lah dtg rumah ni..hahahaha..
nnti aku minta alamat kau.
nk nak bagi kad..
hehe
bestt laa kalu dpt kad rye bnyk2.. hehe ~
ردحذفhehe .. kalau dulu tiap tahun dpt kad raya ..
ردحذفdari aweks2 .. kwn2 .. perghh best .. skrg dorag dah main tag ke akd raya tu kt fb haha
nk amik inspirasi pojie lah~
ردحذفnk bg kad raye jugak~
agk2 ade org nk x??
haha siyes. seronoknye saat itu.
ردحذفtp skang dah takde maen2 kad raye..sob3
MiRC tu apa? hahaha...nak kad raya dari Hans boleh? hahaha
ردحذفnak kad raye ! *sape soh tnye nak ke x kan. haha
ردحذفbak sini. nak bgi alamt kat email ke? haha
yup mmg meriah pon waktu kad ry dlu..:)
ردحذفtpi skrg mmg jarang lar nmpak posmen anta kad rye mklum la zaman dh canggih,huhu2...
mmg rindu gile ah kad budaya krim kad2 raya ni. time 2 abg posmen la paling jd kegilaan ramai. hakhak ^^
ردحذفzmn canggih tp x best la kalo kad ry pon makin brkurang tiap2 tahun :(
Yea betul3
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com