Snow White And The Seven Dwarfs - Part 4 (Versi Hans)

Tajuk :-
Snow White And The Seven Dwarfs

Genre :-
Fantasi

Episod :-
4

Watak - Watak Utama :-

Snow White


Ahli Sihir Jahat


Putera Raja


Orang Kerdil


Makhluk Dalam Cermin Ahli Sihir Jahat


...............................................................................................................................


Ahli sihir jahat tersebut pun mula menjalankan rancangan jahatnya yang pertama. Dia merancang untuk menghapuskan Snow White dari muka bumi ini tanpa diketahui oleh sesiapa pun jadi dia pun berfikir siapakah orang yang sesuai untuk melakukan tugas yang berbahaya ini. Akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi berjumpa dengan Golimat iaitu seorang pembunuh upahan yang terkenal di kalangan pengupahnya sebagai pembunuh yang tidak pernah gagal dalam melaksanakan segala misi yang diamanahkan kepadanya.


 Wajah Golimat Si Pembunuh Upahan


Ahli sihir tersebut merancang mahu mengupah Golimat untuk membunuh Snow White dan kemudian membakar rumah Snow White serta mayat gadis tersebut untuk menghapuskan segala bukti pembunuhan. Jadi, dia pun pergi berjumpa dengan Golimat untuk menjalankan proses urus niaga dan tawar menawar di dalam mendapatkan perkhidmatan pembunuh upahan tersebut.


: Hoiii!! Adakah hang si pembunuh upahan bernama Golimat yang terkenal di seluruh pelosok negara ini?

: Hoiii perempuan tua kerepot!! Cantik betul bahasa hang!!! Cuba lah hang tegoq aku elok - elok sikit! Dah lah mai rumah aku tak bagi salam!!! Muka hang pun buruk!!

: Kuang jaqqqqq betoiii hang nih!!! Cess!!!

: Selagi hang tak cakap dengan aku elok - elok jangan harap lah aku nak layan segala macam permintaan hang tu!!

: Yer lah!! Yer lah!! Hai! Nama saya Ahli Sihir yang tinggal di atas menara di dalam hutan belantara sana! Adakah saudara ini bernama Golimat si pembunuh upahan yang terkenal itu?

: Hahhhhhhh!! Macam tu lah baru bagus!! Nampak sikit adab kita sebagai manusia! Yer! Aku lah manusia bernama Golimat si pembunuh upahan yang terkenal itu! Ada perkara apa yang membuatkan hang datang jumpa aku nih wahai si tua yang buruk lagi hodoh?

: Hang nih memang cari pasal dengan aku kan?? Huhh!! Aku datang sini nak minta tolong hang hapuskan seseorang untuk aku! Berapakah upahnya yang perlu aku bayaq dekat hang untuk hang laksanakan tugas nih?

: Bergantung pada tugasan yang perlu aku lakukan! Hang nak aku bunuh siapa wahai perempuan tua yang buruk!!

: ............(sedang menahan marah kerana asyik dikutuk tua, buruk dan hodoh oleh Golimat)

: Aku ingat wajah hang saja yang buruk tapi rupa - rupanya hang juga seorang yang pekak badak!! Haihhh!!! HOI ORANG TUA!! HANG NAK AKU BUNUH SIAPA HAHHHHH?? (Menjerit Ke Arah Ahli Sihir)

: Aku tak pekak lahhhhhhhhhhhh setannnnnnn!!! Huhhh!! Aku nak hang bunuh seorang gadis bernama Snow White yang tinggal di Kampung Tiada Salji!! BERAPAKAH UPAHNYAAAAAAA??? (Jerit Ahli Sihir Kepada Golimat Dengan Mata Yang Merah Menyala)

: Owh, kenapakah hang nak aku bunuh gadis tu? Apa dosa dia dekat hang? Adakah dia yang simbah asid dekat muka hang hingga hang menjadi sehodoh ini wahai si tua yang buruk? Hahahahaha!!!

: Kenapa hang nih banyak tanya hahhhh??? Hang nak terima tawaran aku nih atau tidak?? Aku dah bosan melayan kerenah hang nihh!!!

: Wahh!! Jangan marah!! Nanti makin buruk wajah hang yang sudah sedia buruk tu wahai perempuan tua!! Baiklah!!! Aku terima tawaran hang tu!! Jadi, upahnya ialah 10 ribu keping wang emas!! Hang mampu ka nak bayaq dekat aku nih??

: 10 ribu keping wang emas? HAHAHAHA!! Aku ada beratus ribu wang emas!! Apa yang nak dirisaukan!! Jadi, bila hang akan pergi ke sana dan membunuh gadis itu untuk aku?

: Esok aku akan pergi ke kampung Tiada Salji itu dan membunuh gadis tersebut. Jadi, lusa nanti hang mai sini balik dan bawa wang yang aku minta tu!! Jangan kurang pula wang aku tu!! Kalau lebih tak apa!!

: Baiklah!! Aku jumpa hang lusa nanti!!

: Baik lah si tua. Jumpa hang nanti!!!

: Ggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!


Keesokan harinya sewaktu Snow White sedang asyik membuat kuih karipap di dapur rumahnya tiba - tiba dia terdengar pintu hadapan rumahnya diketuk. Dia pun bergegas berlari menuju ke pintu tersebut dan terus membukanya tanpa usul periksa.


: Selamat datanggg!!!! Nak tempah kuih karipap ker? Eh..eh...arghhhhhhhhh!!! (Snow White menjerit)


Bersambung....... 


P/S : Layankan Jer Lah Kisah Merepek Aku Nih Yer!! Hehehehe! (^_^)Y

20 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. haha.. sronok tol ncik hans bercerita.. kretif tu^^

    ردحذف
  2. haha.cool bro entri...selamat raya,mohon maaf byk2 =)

    ردحذف
  3. terbaik r cite ni..kuanggg jaqqq.. haha.. thumbs up..
    keep it up..

    ردحذف
  4. cart kartika : hehehehe..moga terhibur dengan entry kali nih

    Umie : haruslah lambat lagi..filem Snow White pun 2 jam baru habis...hahaha

    Azhan : hehe..thanks..selamat hari raya..maaf zahir batin :-)

    zul fattah : hehe..thanks bro :-)

    ردحذف
  5. haha. kurang ajar betol mulut Golimat tu. dah la nama macam cakap negeri sembilan je geli=goli. hehe

    ردحذف
  6. aku nk dtg tempah karipap. :B

    xleh blah golimat dgn ahli sihir ny dialog. keh3

    ردحذف
  7. Errr,

    snow versi malaysia ni..



    cool !

    ردحذف
  8. mesti kuih karipap dan cucur badak tu kuih kegemaran hans kan? hahahah

    ردحذف
  9. kreatif la. nak baca yg sebelum2 ni. hihi. tbaca part 4 dulu.

    ردحذف
  10. pergh dah boleh buat Novel ni....

    ردحذف
  11. owhh snow white dibunuh kah,, huk2x,,

    ردحذف
  12. pergh.. terbaik lah..

    teror plak wat watak2 gitu.. :)

    ردحذف
  13. pehh. ada gaya direktor la ko ni B)

    ردحذف
  14. punye la byk sambungan..
    best2..bleh wat drama bersiri kat tv..

    ردحذف
  15. dalam jahat masih ada sedikit budi bahasanya hahaha

    ردحذف
  16. mmg best! setiap episode pnuh kelawakan..~

    seyes! tak kering gusi..! :D

    ردحذف
  17. haha...golimat mcm ' GELI MAT' je
    haha..

    sngal golimat..macam annying orange pun ade.haha

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم