Tajuk :-
Snow White And The Seven Dwarfs
Genre :-
Fantasi
Episod :-
7
Watak - Watak Utama :-
Snow White
Ahli Sihir Jahat
Putera Raja
Orang Kerdil
Makhluk Dalam Cermin Ahli Sihir Jahat
...............................................................................................................................
: Hah!! Cuba tuanku permaisuri tilik tengok!! Hamba pun tak sabar - sabar nak tau nih!! Cepatlah tuanku permaisuri!! Lembab lahhh!!!
: Takutnyaaaaaaaa!!! Okay!! Hamba diam!! Hamba diam!!
: Zzzzzzzzzzzzzzzzzz!! (cermin sakti sedang tidur)
: Zzzzzzzzzzz....Eh..eh...Maafkan hamba wahai tuanku permaisuri!! Hamba terberadu seketika!! Siapakah gadis malang yang mati rentung di dalam rumah Snow White itu?
: Nampaknya tuanku permaisuri terpaksa lah bertanyakan bebola sakti tuanku sekali lagi dimana Snow White berada kini!!
Sementara itu Snow White berasa sangat terkejut apabila mendapati rumahnya hangus terbakar dijilat api dan apa yang paling mengejutkannya ialah apabila penduduk kampung Tiada Salji menyangkakan bahawa dialah mayat yang ditemui mati rentung di dalam rumahnya itu namun sewaktu kepulangan Snow White ke rumahnya selepas menghantar kuih karipap yang dipesan oleh Makcik Leha yang menempah lebih kurang 500 biji kuih karipap sempena jamuan hari lahirnya yang ke-57 itu menjawab segala persoalan orang kampung tersebut.
Wajah Ketua Kampung Tiada Salji - Tok Zamboogari
Jadi, ketua kampung Tiada Salji iaitu Tok Zamboogari mula pening memikirkan siapakah mayat yang rentung di dalam rumah Snow White tersebut. Jadi, beliau telah menyuruh seluruh penduduk kampung berkumpul di dalam acara yang dinamakan sebagai rokol tersebut untuk mencari jawapan kepada mayat yang masih belum dikenal pasti siapakah empunya pemiliknya.
: Tok pun tak tau lah Snow White!! Tok sampai sini ja dah habis rentung dah rumah hang!! Tok ingat hang dah mampuih dah dalam tu sebab ada satu mayat rentung dekat bahagian dapoq rumah hang!! Hang tinggai dengan sapa lagi dalam rumah nih? Setahu tok hang sorang ja kan?
: Kejap!! Tok nak buat rokol nih!! Nak tengok sapa orang kampung Tiada Salji yang tak ada dekat kampung kita sekarang!! Mungkin mayat tu mayat orang kampung nih juga!!
Selepas semua penduduk kampung berhimpun maka Tok Zamboogari pun mengarahkan agar semuanya berbaris dengan mendepa tangan ke hadapan mereka dan diakhiri dengan senang diri. Akhirnya, selepas pemeriksaan mengejut itu didapati terdapat seorang penduduk kampung yang tidak ditemui dan selepas mayat yang rentung itu diperiksa akhirnya bukti ditemui. Memang sah mayat itu ialah....
: Snow White!! Sudah - sudahlah tu!! Kak Senah dah tak ada!! Dah mati rentung pun dalam rumah hang tu!! Hang maafkan jer lah dosa - dosa dia dekat hang!!
: Tok pun tak tau lah Snow White!!! Setakat orang kampung dok cari bukti nih tak jumpa lah pula minyak tanah ka petrol ka apa!! Tak tahu apa punca kebakaran!! Selama hang duduk dekat kampung nih hang ada gaduh dengan sapa - sapa ka? Mungkin orang tu yang bakaq rumah hang nih!!
: Hah! Kenapa Snow White? Hang dah tahu kah siapa yang bakaq rumah hang nih?
: Hang nak pi mana Snow White? Hang ada saudara mara dekat tempat lain ka?
: Hati - hati lah yer Snow White!! Selamat tinggal!!
Snow White sebenarnya cuma menipu Tok Zamboogari sahaja kerana kebenarannya dia hanya hidup sebatang kara. Sudah tiada siapa - siapa lagi untuk mengadu nasib. Snow White mulai berasa takut kerana memikirkan Ahli Sihir Jahat tersebut sudah bertindak berani dengan membakar rumahnya semata - mata mahu membunuhnya yang langsung tidak mengenali ahli sihir tersebut. Seharian Snow White berjalan sehelai sepinggan seorang diri di dalam hutan tersebut.
Keadaan sekitarnya semakin sejuk dan guruh mula bernyanyi di angkasa!! Dia berasa begitu lapar dan dahaga. Tenaganya semakin berkurang dan matanya mulai berpinar - pinar! Snow White terpaksa berehat seketika di bawah sepohon pokok yang besar dan tiba - tiba dia terpandang sebuah rumah yang sangat comel di sebalik rimbunan pokok bunga Orkid yang mekar bunganya.
: Rumah siapa lah agaknya nih!! Aku nak tumpang tidoq semalam lah!! Helloooo!!! Tuan rumahhhhh!!!!!! Helloooooooo!!! Ada orang tak nih?
Selepas 2 minit Snow White menunggu namun jeritannya langsung tidak disambut sesiapa!! Lalu dia mengambil keputusan untuk memecah masuk rumah tersebut kerana hari mulai hujan!!
Selepas 2 minit Snow White menunggu namun jeritannya langsung tidak disambut sesiapa!! Lalu dia mengambil keputusan untuk memecah masuk rumah tersebut kerana hari mulai hujan!!
: Serabut betoi rumah nih!! Macam tongkang pecah!! Haihhh!! Tetapi yang peliknya tu kenapa semua benda dalam rumah nih kecil jer hah??? Eh, ada makanan lah atas meja tu!! Aku dah lah lapaq nih!! Tunggu lagi!!
Snow White pun tanpa segan dan silunya makan kesemua makanan di atas meja itu dengan lahapnya. Disebabkan kekenyangan melampau ditambah keletihan kerana seharian berjalan tanpa tujuan maka akhirnya Snow White tertidur tanpa dia sedari. Tidak berapa lama kemudian kedengaran beberapa suara dari luar rumah tersebut.
Snow White pun tanpa segan dan silunya makan kesemua makanan di atas meja itu dengan lahapnya. Disebabkan kekenyangan melampau ditambah keletihan kerana seharian berjalan tanpa tujuan maka akhirnya Snow White tertidur tanpa dia sedari. Tidak berapa lama kemudian kedengaran beberapa suara dari luar rumah tersebut.
Bersambung.......
P/S : Layankan Jer Lah Kisah Merepek Aku Nih Yer!! Hehehehe! (^_^)Y
udah udah le tu hans oi. sok ghayoo. tgn kanan gua dah gatal gatal ni
BalasPadamkau smbung sminggu lg boleh? ak nk cuti raya ni. hehe
BalasPadamWEII..HAHAHa, terbaik punyer larh..~ paperpunn...trus kan karya kau..aku suke4 :) ^_^
BalasPadamlorr baru jumpa ngn org kerdil kae.. ingtkan yg rentung tu slh seorang org kerdil..hehe
BalasPadambyk tol part2 nye..haha
BalasPadamaayyookkk tggu lpas raya bru smbung...nnt tlpas episod ekekkee
BalasPadamWah..............
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com