Snow White And The Seven Dwarfs - Part 7 (Versi Hans)

Tajuk :-
Snow White And The Seven Dwarfs

Genre :-
Fantasi

Episod :-
7

Watak - Watak Utama :-

Snow White


Ahli Sihir Jahat


Putera Raja


Orang Kerdil


Makhluk Dalam Cermin Ahli Sihir Jahat


...............................................................................................................................


: Nampaknya terpaksa lah aku menilik menggunakan bebola kaca sakti aku nih untuk mengetahui mayat siapakah yang rentung semalam!! Haihhh!!! Menyusahkan aku betoi lahh!!!

: Hah!! Cuba tuanku permaisuri tilik tengok!! Hamba pun tak sabar - sabar nak tau nih!! Cepatlah tuanku permaisuri!! Lembab lahhh!!!

: Hang nih reti sabaq tak cermin??? Jangan sampai aku ketuk muka hang dengan mertun!!! Nanti baru hang tau apa ertinya penyesalan!!

: Takutnyaaaaaaaa!!! Okay!! Hamba diam!! Hamba diam!!

: Eh? Eh? Biaq betoiii!!! Betoi lah cakap hang wahai cermin!! Memang bukan Snow White lah yang mati!! Orang lain lah yang mati!!! Kenapa boleh ada orang lain pula dalam rumah Snow White nih? Setahu aku gadis bedebah tu tinggal seorang diri jer dekat rumah tu!! Eh, awat hang diam ja nih cermin??

: Zzzzzzzzzzzzzzzzzz!! (cermin sakti sedang tidur)

: Cermin nih memang tak guna lah!! Aku punya lah penat bercerita alih - alih hang boleh pula tidoq siap berdengkur dengan gembiranya lagi!! Bangun lah setannnnn!! Kuang jaqqqqqqqqqqq!!!

: Zzzzzzzzzzz....Eh..eh...Maafkan hamba wahai tuanku permaisuri!! Hamba terberadu seketika!! Siapakah gadis malang yang mati rentung di dalam rumah Snow White itu?

: Entah!! Aku pun tak tahu siapa tetapi yang pasti mayat itu memang bukan mayat Snow White!!! Memang tak boleh jadi nih!! Sekarang aku tak tahu dekat mana gadis bedebah itu berada!!!

: Nampaknya tuanku permaisuri terpaksa lah bertanyakan bebola sakti tuanku sekali lagi dimana Snow White berada kini!!

: Itulah pasal!! Nampaknya sekali lagi aku terpaksa mengerah tenaga bertanyakan bebola sakti aku ini!! Wahai bebola sakti ku!! Tunjukkan aku dimanakah Snow White berada sekarang!!


Sementara itu Snow White berasa sangat terkejut apabila mendapati rumahnya hangus terbakar dijilat api dan apa yang paling mengejutkannya ialah apabila penduduk kampung Tiada Salji menyangkakan bahawa dialah mayat yang ditemui mati rentung di dalam rumahnya itu namun sewaktu kepulangan Snow White ke rumahnya selepas menghantar kuih karipap yang dipesan oleh Makcik Leha yang menempah lebih kurang 500 biji kuih karipap sempena jamuan hari lahirnya yang ke-57 itu menjawab segala persoalan orang kampung tersebut.


 Wajah Ketua Kampung Tiada Salji - Tok Zamboogari 


Jadi, ketua kampung Tiada Salji iaitu Tok Zamboogari mula pening memikirkan siapakah mayat yang rentung di dalam rumah Snow White tersebut. Jadi, beliau telah menyuruh seluruh penduduk kampung berkumpul di dalam acara yang dinamakan sebagai rokol tersebut untuk mencari jawapan kepada mayat yang masih belum dikenal pasti siapakah empunya pemiliknya.


: Wahai Tok Zamboogari! Apakah sebenarnya yang telah berlaku nih? Kenapa rumah cheq jadi lagu nih? Apa dosa cheq wahai Tok Zamboogari?

: Tok pun tak tau lah Snow White!! Tok sampai sini ja dah habis rentung dah rumah hang!! Tok ingat hang dah mampuih dah dalam tu sebab ada satu mayat rentung dekat bahagian dapoq rumah hang!! Hang tinggai dengan sapa lagi dalam rumah nih? Setahu tok hang sorang ja kan?

: Tu yang cheq hairan sangat ni tok!! Tadi waktu cheq tinggalkan rumah nih pun rasa - rasa cheq tak ada orang!!

: Kejap!! Tok nak buat rokol nih!! Nak tengok sapa orang kampung Tiada Salji yang tak ada dekat kampung kita sekarang!! Mungkin mayat tu mayat orang kampung nih juga!! 


Selepas semua penduduk kampung berhimpun maka Tok Zamboogari pun mengarahkan agar semuanya berbaris dengan mendepa tangan ke hadapan mereka dan diakhiri dengan senang diri. Akhirnya, selepas pemeriksaan mengejut itu didapati terdapat seorang penduduk kampung yang tidak ditemui dan selepas mayat yang rentung itu diperiksa akhirnya bukti ditemui. Memang sah mayat itu ialah....


: Apa tok? Biaq betoi apa yang tok bagitau dekat cheq nih!! Cheq tak sangka dia sanggup pecah masuk rumah cheq!! Ini mesti dia nak curi resipi rahsia kuih karipap cheq!! Padan muka dia!! Itulah balasan orang yang hasad dengki macam dia tu!! Huh!!

: Snow White!! Sudah - sudahlah tu!! Kak Senah dah tak ada!! Dah mati rentung pun dalam rumah hang tu!! Hang maafkan jer lah dosa - dosa dia dekat hang!!


: Dah tok kata macam tu cheq ampunkan lah dosa Kak Senah tu!! Tetapi, macam mana rumah cheq boleh terbakaq sampai jadi lagu nih? Siapa punya angkara nih tok?

: Tok pun tak tau lah Snow White!!! Setakat orang kampung dok cari bukti nih tak jumpa lah pula minyak tanah ka petrol ka apa!! Tak tahu apa punca kebakaran!! Selama hang duduk dekat kampung nih hang ada gaduh dengan sapa - sapa ka? Mungkin orang tu yang bakaq rumah hang nih!!

: Setahu cheq tak ada lah pula tok!! Kalau yang saya gaduh pun dengan Kak Senah jer lah!! Itu pun dia yang mula dulu! Eh..... (tiba - tiba Snow White teringatkan kata - kata Golimat tentang Ahli Sihir Jahat yang mahu dia mati dibunuh oleh rakan baiknya itu)

: Hah! Kenapa Snow White? Hang dah tahu kah siapa yang bakaq rumah hang nih?

: Eh? Tak ada lah tok!! Cheq cuma teringatkan sesuatu jer tadi!! Nampaknya cheq terpaksalah tinggalkan kampung nih tok!! Senang - senang nanti cheq datang sini balik melawat orang kampung Tiada Salji nih.

: Hang nak pi mana Snow White? Hang ada saudara mara dekat tempat lain ka?

: Cheq ada lagi adik beradik!! Nanti cheq pi duduk dengan depa lah tok! Okay tok! Cheq pergi dulu!! Selamat tinggal!!

: Hati - hati lah yer Snow White!! Selamat tinggal!!  


Snow White sebenarnya cuma menipu Tok Zamboogari sahaja kerana kebenarannya dia hanya hidup sebatang kara. Sudah tiada siapa - siapa lagi untuk mengadu nasib. Snow White mulai berasa takut kerana memikirkan Ahli Sihir Jahat tersebut sudah bertindak berani dengan membakar rumahnya semata - mata mahu membunuhnya yang langsung tidak mengenali ahli sihir tersebut. Seharian Snow White berjalan sehelai sepinggan seorang diri di dalam hutan tersebut.

Keadaan sekitarnya semakin sejuk dan guruh mula bernyanyi di angkasa!! Dia berasa begitu lapar dan dahaga. Tenaganya semakin berkurang dan matanya mulai berpinar - pinar! Snow White terpaksa berehat seketika di bawah sepohon pokok yang besar dan tiba - tiba dia terpandang sebuah rumah yang sangat comel di sebalik rimbunan pokok bunga Orkid yang mekar bunganya.


: Rumah siapa lah agaknya nih!! Aku nak tumpang tidoq semalam lah!! Helloooo!!! Tuan rumahhhhh!!!!!! Helloooooooo!!! Ada orang tak nih?


Selepas 2 minit Snow White menunggu namun jeritannya langsung tidak disambut sesiapa!! Lalu dia mengambil keputusan untuk memecah masuk rumah tersebut kerana hari mulai hujan!!


: Serabut betoi rumah nih!! Macam tongkang pecah!! Haihhh!! Tetapi yang peliknya tu kenapa semua benda dalam rumah nih kecil jer hah??? Eh, ada makanan lah atas meja tu!! Aku dah lah lapaq nih!! Tunggu lagi!!


Snow White pun tanpa segan dan silunya makan kesemua makanan di atas meja itu dengan lahapnya. Disebabkan kekenyangan melampau ditambah keletihan kerana seharian berjalan tanpa tujuan maka akhirnya Snow White tertidur tanpa dia sedari. Tidak berapa lama kemudian kedengaran beberapa suara dari luar rumah tersebut.


: Eh? Hoi kawan - kawan ku sekalian!! Awat rumah kita menyala nih? Sapa yang terakhir keluar dari rumah pagi tadi? Awat hangpa tak tutup lampu hah? Haihhhhh!!!!!


Bersambung....... 


P/S : Layankan Jer Lah Kisah Merepek Aku Nih Yer!! Hehehehe! (^_^)Y

7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. udah udah le tu hans oi. sok ghayoo. tgn kanan gua dah gatal gatal ni

    ردحذف
  2. kau smbung sminggu lg boleh? ak nk cuti raya ni. hehe

    ردحذف
  3. WEII..HAHAHa, terbaik punyer larh..~ paperpunn...trus kan karya kau..aku suke4 :) ^_^

    ردحذف
  4. lorr baru jumpa ngn org kerdil kae.. ingtkan yg rentung tu slh seorang org kerdil..hehe

    ردحذف
  5. aayyookkk tggu lpas raya bru smbung...nnt tlpas episod ekekkee

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم