Telephonophobia adalah sejenis fobia yang terdapat di dalam beratus - ratus jenis fobia yang disenaraikan. Maksud telephonophobia yang aku faham adalah manusia yang fobia pada telefon dimana mereka takut atau enggan untuk membuat atau menerima panggilan telefon yang mereka terima daripada orang yang dikenali atau tidak dikenali dan mereka akan mula berkomunikasi dengan tergagap - gagap atau tidak dapat menyampaikan mesej sebenar yang mereka mahu sampaikan pada pemanggil atau penelefon tersebut.
Rindu Telefon Lama Aku Yang Telah Dicuri Pada Tahun Lepas Nih!!!
Kenapa tiba - tiba aku menaip tentang telephonophobia pula? Hah! Kalau nak tahu waktu dulu - dulu selepas SPM(memang lepas SPM pun baru aku ada telefon bimbit) aku sangat bersifat telephonophobia untuk nombor telefon yang aku tak kenal. Bila naik jer nombor telefon yang tak ada dalam simpanan memang aku teragak - agak nak angkat. Kadang - kadang memang aku buat bodoh jer lah! Kau telefon lah 100 kali pun! Aku tak akan angkat!(tipu sangat lah kan kalau tak angkat) Hahahahaha! Tetapi, lepas tu aku akan sms lah tanya!
Yang boleh buat aku ada sifat telephonophobia nih pun sebab tiba - tiba nombor telefon aku nih diganggu oleh manusia yang gila seks! Takut gila kut waktu mula - mula diganggu! Memang tak layan sudah!! Tetapi, sejak - sejak aku masuk universiti dan memperbaiki cara aku berkomunikasi nih memang dah rasa keyakinan tu dah bagus. Jadi, aku memang berani jer lah untuk jawab telefon aku walaupun nombor tu tidak dikenali. Kalau yang telefon tu aku tak kenal kemudian ada cubaan ke arah perkara merepek memang aku tak akan layan. Kadang - kadang jer lah aku ada sifat telephonophobia nih lagi tetapi bergantung pada emosi. Hahaha!!
Nak dijadikan cerita pada suatu malam dalam lingkungan pukul 11.30 malam macam tu iaitu pada hari Rabu lepas tiba - tiba telefon aku berdering.
H.S.K.T.T.W.B.P : Siapa pula lah yang telefon Hans yang kacak memalam nih? Nak belanja burger oblong ke apa! Ehem Ehem(batuk)! Hello!
L.M : Hai Hans!! Ini Hans kan? (suara control macho)
H.S.K.T.T.W.B.P : Yer! Saya Hans yang kacak! Ini siapa yer? (aku macam pernah dengar jer suara nih)
L.M : Hai Hans! Buat apa tu? Takkan tak kenal aku kutttt!! (suara makin macho)
H.S.K.T.T.W.B.P : Hurmmmm!! Tak kenal lah! Ini siapa yer? (hati dah berdebar - debar cuak)
L.M : Alahhhhhhh!!! Kau nih Hans...sampai hati lupa dekat aku....
Tutttt....tuuuttttt...tuuuuuttttt(telefon dimatikan aku)
H.S.K.T.T.W.B.P : Hans Sangat Kacak Tambah - Tambah Waktu Bulan Puasa
L.M : Lelaki Misteri
Biadap kan aku matikan panggilan macam tu jer!! Hahahaha! Aku nih jenis bila aku tanya orang dengan soalan,"Siapa yer nih?" lepas tu orang tu tak balas memang aku malas layan. Tetapi, bukan itu sebabnya aku matikan panggilan tu tapi suara orang yang telefon aku tu macam seseorang yang aku pernah kenal dan pernah jadi kawan baik aku. Aku memang fobia sikit dengan bekas kawan baik aku tu. Fobia apa aku tak tahu nak katakan tetapi aku memang tak suka orang yang jenis suka tikam belakang kawan nih dan bekas kawan baik aku tu jenis yang suka tikam belakang kawan - kawan dia. Bila dah aku ditikam belakang memang lah aku tak mahu berkawan dengan orang macam tu dan tak mahu ambil tahu lah apa pun dia nak buat.
Jadi, aku pelik dah kenapa memalam macam nih dia call aku pula! Buang tebiat ker apa? Kemudian aku dapat satu sms! Berdebar - debar nak buka nih! Hahahaha! Tiba - tiba.......
ALAMAKKKKKK!!!!!!!
Bersambung..........
Telephonophobia - Kisah Aku Part 2 Disini
Telephonophobia - Kisah Aku Part 2 Disini
P/S : Telephonophobia - Kisah Aku Part 2 Akan Disiarkan Pada 20/08/2011 Pukul 12.00 Tengah Malam Ini!
tak sabo nak tggu part...penuh tanda tanya..haha
ردحذفcessss..bersambung la pulak.
ردحذفakuk pun tak akan angkat call atau layan sms no tak dikenali. buang masa je. kalau betul kenal sms la perkenalkan diri ye tak.
ada sambungan lak...aish..
ردحذفeeeeeeee...ngengada nk buat telenovela plak.. hahahah
ردحذفcepat2 update..aku nk bace lagi..
ردحذفaku ingat kisah hubungan songsang tadi..rupenye tikam belakang..hahhaha
norshim hashim : motiffff kisah songsang!!!! hahaha
ردحذفsekarang asik nak buat part 2 je bro..kasi potong je la ko ni..
ردحذفhans,ok gak telenophobia ni kan?
ردحذفjimat duit topup drpd nk lyn anonymous2 sekalian ni...haha
waiting for the next part.
hee. seram plak :DD
ردحذفAku pun ada telefonofobia... serius.
ردحذفwahhh...same ar..aku lepas spm baru ade handphome...hehehee
ردحذفhuh . ngerii~
ردحذفtelephonophobia, cool (:
ردحذفciannnnnnnnnn
ردحذفHAHAHA..ingat awek yang kol..upenye lelaki..cett :D
ردحذفwalawehhh! berdebor gile baca kisah ni..tak sabar nak nunggu part 2
ردحذفhans kau lelaki atau perempuan?aku fikir kau perempuan
ردحذفcepat smbung!!
ردحذفexcited nie
ahmad uzair : ada ker perempuan hensem? hahahaha
ردحذفCiss, bersambung ==
ردحذفMesti jiran ngko tu.. Nak tanya kabar kot haha..
ردحذفpandai tol la ko buat suspens kan hans....tak per2...nanti aku terjah lagi blog ko ni....
ردحذفala..bersambung pulak!
ردحذفkasi suspens je taw
haaa. same. takut lah nk jawab call yang tak kenal nih. =P
ردحذفsaya pun jenis tak suka angkat phone if number tak dikenali...tp since dh menganggur ni, tak boleh la pulak cmtu..kang panggilan interview ke keje ke..kena angkat jgk huhu
ردحذفhaha :)) cari entry ini dulu sebelum bc part 2. hee ^^
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com